Friday, December 28, 2012

Menantu vs Mertua

Kau aga agak la kan, sapa yang menang?........

Dah tentu la menantu yang tak berapa nak menang, kan.Ni hah aku tengah Hadap tv3 pasal isu menantu mertua ni.Adoiyai, pening kepala..

Kalau mertua saya 'velanja' saya creepe ni...kan best !!!

Aku?kau tanya aku?..eh eh saya tak 'campur' kes kes macam ni, sebab saya belum kawin ok.Wakakakaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Sebab saya 'PAKSA' mertua saya supaya suka saya.....--> durjanapunyamenantu.

Sudah sudah sudah


Thursday, December 27, 2012

Kembali ...

Salam semua,

Lama rasanya aku tak mencarot kat sini kan?..

aku KECIKHATI ,

erm, aku tak bukak pon pintu pagar rumah aku ni.Aku rasa menyampah sampah dengan 'mereka' yang sibuk sangat nak baca belog aku yang hampeh ni lepas tu ngata ngutuk bercakap macam kau tu bagus sangat.Kau mengulas bagaikan seorang pengulas sukan,

tak pun pengkritik #vocalbukansekadarrupa --

>mummytaksukaawaktulispasaldiriawak #

Serius beb !!

AKU BENCI ok.

Kan dulu pernah aku katakan.

KALAU RASA TAK SUKA AKU??TAK PAYAH NAK 'SIBUK HAL AKU'..

KALAU RASA TAK SUKA BELOG AKU ' JANGAN BACA BELOG AKU'..

KALAU RASA MENYAMPAH DENGAN TULISAN AKU ' JANGAN BACA APA YANG AKU TULISKAN'

.....kau memang TAK RETI BAHASA.Aku rasa aku tak perlukan perhatian sesiapa.

Aku tak perlukan stalker macam kau.

Aku rasa baik adanya kau TENGOK SENDIRI DIRI KAU DEPAN CERMIN,

KAU TENGOK KEHIDUPAN KAU SENDIRIK, KAU TENGOK 'KELUARGA' KAU SENDIRI.ANAK BINI KAU,LAKI KAU.KAU BELEK MEREKA SUDAH.jangan ada pepatah baru plak ' SIBUKKAN HAL ORANG, KEHIDUPAN SENDIRI HURU HARA'..

KAU BUKAK PINTU UMAH KAU.PERJALANAN KAU MASIH JAUH.

OK FINE !!

MUNGKIN PERJALANAN KITA..

KAU TAK PAYAH NAK ' SIBUK SANGAT HAL ORANG LAIN'...

'KAU TAK PAYAH NAK RASA SANGAT YANG 'ORANG' LAIN NAK BERLAWAN MACAM KAU'..

KAU TAK PAYAH NAK SAKITKAN KEPALA SEMATA MATA NAK PUASKAN HATI KAU UNTUK 'LAWAN' ORANG LAIN.

KEMOOONNNN LA BEB !!!....

KAU DIRI KAU..

DIA ADALAH DIA

...AKU TETAP AKU.

MEREKA DENGAN KEHIDUPAN MEREKA ...

KITA SEMUA ADA KEHIDUPAN SENDIRI.

Mungkin kau alpa, atau mungkin kau rasa tergugat atas kelebihan orang lain, jom la kita sesama muhasabah diri [ tak pasal aku muhasabahkan orang ].Ini untuk peringatan diri aku juga, ok ok tak pon kau anggap je la aku muhasabah diri aku...senang je kauuuuuu..

Setiap apa yang kita miliki didunia ni hanya PINJAMAN semata mata.Tak ada yang kekal ok, tak ada pon, melainkan kita punya amalan untuk membantu kita 'DISANA' nanti.Itu je, anak??kau tau ke kot esok lusa tak pon lepas kau baca belog aku ni anak kau meninggal, kau tau ke?....tak semua orang tau aturanNYA.

Tu hah, umah aku yang macam reban ayam tu, tah esok lusa kena tarik ke mana nak tau ye dak?...tu hah unda cibik aku tu.tak menjamin untuk aku lalui 'titian siratullmustaqim' naik unda pom.So, aku rasa semua yang kita ada pinjaman semata mata.kalau kau rasa 'pangkat' tu penting buat kau..kau doa banyak2 agar lepas kau baca belog aku ni kau dapat surattttt kenaikan tu.Tak payah kau nak 'sibookkkk' kan hal aku ni laaaaa...
Apa?kau rasa nanti kalau kau mati kau boleh cakap kat malaikat yang soal kita tu ' hello beb,wa 36 ok tak payah soal la'..tak pon kau cakap ' nah !!! amik lah 100K duit ASB saya..tak payah la nak soal2 saya'...gitu??....tak kan.

So, kemonnn la.Kita tak payah nak 'susah' hati sangat dengan kehidupan orang lain.Aku bukan nak kata aku bagus, AKU JUGA BUKAN NAK KATA ADA ORANG 'SUSAH' HATI DENGAN AKU..Tapi aku menyampah.

Kan dulu aku ada perjelaskan, aku tulis belog ni nak kongsi cerita dengan kawan kawan aku yang jauh dimata dekat dihati.Aku nak cakap dengan dunia yang aku ni punya cerita aku sendiri.Tapi, itulah...ada orang yang 'sangat sibuk' nak baca belog aku peh tu nak mengulas panjang lebar.

Aku tak perlukan semua tu.Aku juga perasan yang belog aku bukanlah ramai follower pon, bukan juga belog selebriti.Aku bukan seorang yang kaya, bukan juga seorang yang suka melancong ke sana sini.

yepss !!

Aku juga bukan la anak seseorang dimata semua.Tapi aku adalah anak 'sepasang insan ' yang hebat dimataku.

Tapi,

Kalau kau rasa aku ni 'MENUNJUK'.. kau memang silap.

Kalau kau nak kata aku menunjuk...itu menunjukkan yang kau ni 'SAKIT'.

elllo !!!!!..aku bukan tunjuk aku ada sekepok duit pom.aku tak tunjuk yang aku ada gelang baru selenggan.aku jugak tak tunjuk yang aku ada enbag PRADA pasar malam.

Kalau kau rasa aku tunjuk aku beli enbag ,aku ni sibuk sangat nak tayang enbag yang kat pasar malam belambak,aku sibuk sangat cerita aku sopim2 kat pavi, klcc jalan TAR.Aku sibuk cerita yang aku ada itu ini,aku sibuk nak 'MENUNJUK' semua tu...ok fine,aku minta mahap ek buat kau sakit.Cuma aku nak tanya ..

---> YANG KAU SIBUK KENAPA???...

Kalau kau rasa nak cerita pasal diri kau, silakannnnnnnnnn...

Buat belog kau sendiri.Kau cerita lah apa aje yang kau rasa kau suka pasal diri kau.Dan kalau kau nak baca belog aku??juga SILAKANNNNN..cuma aku memang bencik kalau kau ' eh eh izan tu sikit2 nak tunjuk' oh not good ok.

Aku rasa dah clearkan, inibelogsaya.Bukan belog awak.Saya juga cerita pasal DIRI SAYA bukannya DIRI AWAK..

So, aku minta maaf la kalau kekata ku tu buat kalian terasa.

Tapi, aku lega bila semuanya aku dah LEPASKAN...aku juga punya hati dan perasaan kayak kalian.Aku juga punya kehidupan sendiri kayak kalian, aku juga ada keinginan sendiri juga kayak kalian...harus gimana ingin ku katakan lagik yah !!!!...

Bagi yang ingin mendengar cerita 'hampeh' dariku...ayuh !! teruskan.Bagi yang sudah jelek...ok kawan sila belock LINK saya.Saya tak rugi apa2 pun....malah saya bahagiaaaaaaaaaaaaa...

solerosplit:: nah !!! last sekali aku cakap ala2 pelakon sinetron...-> kesan 2 minggu cotttiii....


Sunday, December 2, 2012

The Power Of Dreams...

Pergh !! memang bebetol ber'kuasa' la penangan 'berangan' tu.Aku?hah, korang tau tak aku memang suka berangan.Takat ni alhamdulillah, apa yang aku berangankan inshaallah pasti akan menjadi kenyataan.Antara lambat dengan cepat je la.

Eh, baru aku perasan, agaknya aku tak dapat 36 tu sebab aku tak berangan kot ek.Tapi betol la.Aku memang tak excited langsung pasal naik naik pangkat, tah napa aku tak teruja macam orang lain.Aku ni paranormal ke?..Bila tak dapat tu 'rileks' je muka aku.Sampai ada yang tegur ' kau tak dapat pun kau bole senyum?'..haha bis tu nak suruh aku buat apa?Bunuh orang....dah lelama baru aku bernapsu nak marah ala ala
 ' kenapa?? kenapa ?? kenapa nama aku tak ada dalam senarai'.......kau lembab izan.Orang lain dah nak meletop gunung berapi, kau baru nak 'warm up'..choi !!!

Aku?dari dulu lagi aku memang suka sangat 'dream dream' ni.Ada je yang di 'berangan'kan.Kalau dulu masa kecik² main cikgu cikgu [ kat rumah aku ada papan hitam kapur putih tau ]..wah kemain lagi menanda katanya.Nah !! sekarang tau tengok la hasilnya , hadaplah paper merah biru sampai **pitam.Dengan kerenah kerenah yang macam macam ragam nak kena layan.Kau tadah je izan oi,orang lain sibuk tak ada kerja.

Peh tu aku berangan berangan yang aku akan pakai kereta satu hari nanti.Wah !! macam best kekdahnya kan kalau kita boleh drive.Boleh kemana mana saja kita nak pergi.Aku ingat lagi, tak ingat la tajuk cerita apa.Pelakon dia si eja tu.Eja bawak kereta wira putih.Pergh !! aku rasa macam, wahhh...sonotnya kan kalau dapat drive kereta macam tu.Mula la berangan angan kat kerusi aku tengah drive kereta.Kalau ingat ingat balik, kelakar pun ada.Tapi sekarang?ala...malasnya aku nak drive kereta ni.Ngantuk la kan.Bila dah kena bawak kereta mula demand ' eh lambat la kete ni,tekan minyak pun tak nak laju'....' ala...penat la tekan clutch, berbunyik bunyik kaki kiri ni...'..' awakkk..kita nak auto, disebabkan awak nak sangat kereta manual kan, awak bayar semuanya'..'ok yang manual u punya, yang auto i punya, i tak kisah brand apa, janji kete auto'.Nah !! demand bukan.Itu lah aku...

Aku kalau dapat berangan, memang syiok sangat oi.Sebelum tido mesti berangan.Selagi tak dapat selagi tu la berangan.Ala, berangan kan free.Tanpa nya angan angan tak mungkin akan menjadi kenyataan kan.Itu lah kuasa berangan sebenarnya.

Aku sekarang berangan nak 'selim melim'..haha tapi?boleh ke.. Ini kena usaha lebih gigih untuk berangan ni.Berangan berangan bila nampak kedai makan terus punah !!!...acaner tu.

nah , sedapnya kauuuuu