Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru ...

Eh bestnya cikgu dapat banyak hadiah.Oh itu cikgu lain bukan aku....ye kawan², bukan aku yang dapat okeh.Yang ada cuma sebiji kek dari student india.Tu pun sebab semalam kami dah berzikir.haha

Kejadian ini akan berlaku 10 tahun sekali.' Hari guru disambut meriah diseluruh negara ' itu tajuk buletin utama malam ni.Hah, meriah la sangat kan.Tapi kat tempat aku, hari guru sama je macam hari khamis yang biasa.Tiada yang luar biasa ok.

Tiba² ada satu student india ku datang ' puan. mana pengajar lain? '.Aku pon jawab ' hah, tak da orang la, kami berdua je, dah kenapa? '... 'saya nak suprise' sambil tersengeh sengeh.Dalam hati, arghh sudah minachi ni.Nak seprais apa pulak la nak buat ni.

Datang lagi budak tu bawak kek ' wah !! kek ke?tenkiu tenkiu tenkiu, bila beli?'

'saya suruh abang samsuri tolong beli .. hehe, puannn i love u '

Waduh !!!!...tersentap kejap.Ada juga yang nak hargai kami ni.

 ' walaupun rupanya sememeh .. ku tetap terharu '

Wednesday, May 15, 2013

Pedih Ulu Hati ...


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Lama kita tak jumpa kat sini kan.Eh, cerita tetap ada.Mana mungkin izan tayen tak ada cerita sensasi.Sudah tentu ada.Hari - hari mesti akan ada cerita.Itu PASTI.Ada je tau yang aku nak ceritakan kat korang semua.Bio...biokan semua orang tau cerita tu.Biokan ianya menjadi bualan hangat.Apa?kau ingat cerita retis je nak hangat, ehhh cerita aku lagi hangat tau...

Erm, sapa kat sini yang pernah kena penyakit pedih ulu hati?sapa.. acer korang tahan napas kejap, aku nak kira.Tapi, tau ke tak penyakut tu acaner?

Aku?pertama sekali aku kena pedih ulu hati ni, aku tak ingat la tahun bila.Tapi masa tu aku ada kursus kat ilp mersing.Kamu ingat tak idah?kursus rsb/msb yang kita pergi lepak umah nisak tu?.

Masa tu memang tak selesa la, aku pun tak tahu la kenapa pedih kat ulu hati.Masa tu tak tahu pun penyakit ni.Masa tu yang aku ingat dia akan lega bila aku berak.Bila aku tekan kt tempat yang sakit tu kan, aku akan sedawa.Yang bengapnya tak pergi pun klinik.Sampai la aku pergi umah kak ana kat kota tinggi.Masa tu la aku mintak dia tolong hantar aku kat klinik.Dan bila doktor aku aku ubat angin...fuh ! lega gila.Dan start dari tu aku pun cari apa la penyakit aku...dan akhirnyaaaaaaaaaa oh ok pedih ulu hati.

Penyakit ni akan sat hello dengan aku ::-->

1 - Aku pergi kursus yang makan FREE.

2 - Aku makan secara berlebihan.

Sebab? bila kita pergi kursus kan biasanya kita akan diberi makan yang ko cuma perlu nganga je.So, memang hantam je la.Akibatnya ko tanggung la sendiri.Masa baru - baru ni aku kena sebab kat tempat aku kerja ada pertandingan robokop, so?aku makannnnnnnnn selagi mampu.Dan hasilnyaaaaaaaa....--->

1 - berat badan aku mencanak & seterusnya mengebu.

2 - Aku sengsara akibat pedih ulu hati.

Eh, aku ni nak cerita pasal penyakit pedih ulu hati ke pasal aku kena pedih ulu hati ek?

Nak tau lebih lanut pasal penyakit ni... boleh klik kat link bawah ya...

http://drlizzy.blogspot.com/2012/05/pedih-ulu-hati.html