Friday, July 26, 2013

Kerja Baru - Hari ke 3 & 4



Salam semua,

Aku satukan je la kan hari ke 3 dan ke 4.Senang cerita.

Oh hari ke 2 aku gatal - gatal nak balik senawang.Konon la kan nak berulang 2 hari sekali.Urm, lupakan je la.Ko tau sikit punya penat oi, dengan mata yang maha mengantuk.Ya allah, memang mengantuk sungguh la mata aku ni.

Pagi tu aku ikut kajang, mula tu kompiden la jalan tu, sampai 1 part tu boleh pulak aku blurr kejap.Adoi la kau.Boleh pulak kau blur ditengah jalan.Teringat kata laki aku, jangan teragak agak.Ikut kata hati, masuk je kalau rasa kompiden walaupun salah.uwaaaaa!!

Confirm salah, aku masuk putrajaya dan terus ke persint 1.muahaha nisak pun tanjat tengok aku boleh masuk kat persint 1.Terus ke kompleks D.Kerja banggang pepagi hari.

Orang kata, kalau kita tak sesat kita tak tahu jalan.Ho la, selama ni aku dok sebalah tak ambil port apa pon kan.Nah !! sekarang kau rasakan.

Masa kat highway tu kan, aku dah slow tau kat AES tu.Aku tengok macam had kelajuan 90 kmj.Tapi masa tu aku bawak 70 kmj.Aku dapat rasa yang aku kena tangkap gambor la.Cilaka betul.kalau betul la.Terbang 300rm.eh eh naik court je la.haha saman balik AES tu.

Terus segar mata aku, start tu la yang aku teringat ingat.Tapi, dah la malas aku nak pikir.Bukan sakit hati je.Tunggu je kot dapat surat pegi bayar sudah.Lain kali aku bawak 50 kmj je kat kawasan tu.

Berbalik pada perjalanan aku, hah aku bawak macam biasa ke cyberjaya.Sampai 1 tempat tu boleh plak GPS aku suh ke kiri.Aku yang bijak ni ikut la.Dan, macam biasa la.Kali ni aku pusing lagi 360 darjah kau.Siap lalu sekolah seri puteri la, lalu cyberview la.Argh sudah.Akhirnya aku jumpa jugak opis.

Itu cerita hari ke 3.

Hari ke 4, aku tido umah nisak.Aku buka pun orang bujang style.Malas nak masak beria sangat.Janji kenyang alhamdulillah.

Malam tu aku tidur la sesungguhnya, hah esoknya pagi baru la tak mengantuk.phewwww !!

Jumaat nuzul quran kan?ooo saya tak kerja.hik's

Thursday, July 25, 2013

Kerja Baru - Episod ' Hari ke - dua '

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk hari ke dua ditempat baru.Hah hari ke dua ni cerita lain pulak tau.Aku pergi kerja dari rumah nisak.Hah pergi dulu la kononnya, almaklumlah aku kan ada GPS.Tak gitu?Memula tu ok ok aje.Sebab GPS kereta malaysia ni agak banggang sikit.Dia lock word tau.So, tak boleh nak taip detail detail.Hangin seluruh alam jugak la.Nanti bila servis kete aku nak komplen.Hamboih kemain kan nak lock lock.

Berbalik pada cerita tadi, sampai je cyberjaya aku pun iktu la GPS aku.Nah kauuuuu , aku pusing puisng punya pusing..

Uwaaaaa !! nak nangesh ok sebab aku tak jumpa ofis.Ofis kesayangan aku tu boleh plak aku tak nampak.Aku macam ala ala lupa gitu.Yang aku ingat ada rahim bistro, ada nouvelles visages dan paling utama bangunan belum siap tersergam indah.

Aku pun pusing punya pusing, sekali aku terpandang RANIA, eh itu mcam dekat opis aku je.Aku tengok depan lagi, ada bangunan HSBC dan juga bangunan MAYBANK.wiwiwi itu macam depan opis aku.

Tapi?mana opis aku.Tengok jam pukul 7.45pg .Ok bertenang izan bertenang, awal lagi ni.Sebab tu aku ambil WP 3.Masuk 8.30 balik 5.30 petang.

Aku pun berusaha untuk ke rania tu.hah akhirnya...oh itu opis sayaaaaaaaa...

Hahahah ketawa bangga sebab jumpa opis.Rasa nak lempang diri sendiri.

Balik pulak aku plan balik senawang sebab rindu roomate eh rindu utin.meow aku tu la.Ummm manja tau dia.Rasa nak lempang - lempang je.

Balik pulak ikut En Majid.Jalan ke dengkil.Aku macam biasa la.Ingat ingat lupa.Tapi disebabkan ikut dia punya pasal.So aku follow je la.Yang aku ingat amik simpang dengkil lepas tu cari salak tinggi ingat tau?salak tinggi salak tinggi salak tinggi.Dah sampai 1 tempat tu barulah jumpa KLIA NILAI.

Aku macam ingat ingat lupa juga jalan tu, chua pernah bawak aku ikut jalan tu.Masa tu aku jaga konvo kat PICC.

Mula - mula tu okeh la jalan macam biasa, sekali kau nah !! jalan jem ok.Rasakan kau !!

Sampai rumah jam 6.45 ptg sebab aku singgah isi minyak dulu.Isi sesiap la senang kan.Malas aku nak singgah - singgah cari pam stesen.

Sampai je , wah !!!!!!!! makanan siap terhidang.Aku dah la laporr lapoorrr [ berzikir kat meja makan ]..haha

Terus panggil utin dan kami berdua terbongkang depan TV.Manakala en roomate menyediakan juadah berbuka.Penat kau, sakit kepala pun ada tau.

Maklumlah kan, 10 tahun pergi kerja dengan senang lenang tanpa memikirkan jalan.Boleh tidur tidur lagi kat dalam kereta.Kini, semuanya berubah 360 darjah.

Doakan yang baik - baik aje.

Wednesday, July 24, 2013

Kerja Baru - Episod 'Hari Pertama'

Assalamualaikum semua, selamat berpuasa juga.

Ok, bagi yang belum tahu lagi, aku dah tukar kerja baru.Ok, siaran tertunda akan dibuat.Tapi nanti dulu ek, sebab tengah nak maintain angin barat daya.hik's

Ok, 22.07.2013 akan menjadi sejarah seumur hidup apabila aku dengan rasminya menjadi warga Jabatan Pembangunan Kemahiran.Sebelum ni aku  kat Jabatan Tenaga Manusia.

Seawal jam 6.40pagi aku keluar rumah dan mulakan perjalanan.Dengan berkat doa naik kenderaan dipagi hari.Aku mula perjalanan dari senawang ke putrajaya.

Episod baru dalam kehidupan akan bermula kini.Kalau semalam lebih 9 tahun aku keluar rumah jam 7.30 pagi, kini kena 1 jam lebih awal.

Hari pertama dah sesat.hah kalau bukan sesat memang bukan aku la kan.GPS?haha eh eh ada.Sebab ikutkan dia la aku salah masuk.Yang aku ni pun bengap tu memang tak boleh nak simpan buat besok sikit.Aku habiskan semua.

Aku dah plan baik punya malam tu, aku akan keluar kat kajang dah dah bayangkan la jalan tu.Kira jadi la ikut jalan tu.Pagi tu dengan semangat yang baru, aku pun mulakan perjalanan.Siap ON GPS lagi kau.Cemerlang kan?aku pun bawa kereta dengan penuh berhati - hati, sekali sampai je 1 simpang tu GPS aku suruh masuk kiri, aku pun kompiden je masuk.Bila masuk keluar je tol tu.Baru perasan, oh nooo aku confirm salah keluar ni oi.Boleh kan aku keluar kajang.Uwa !! ok emosi ada sikit goyah.Kemon izan kemon.Ikutkan boleh je aku pergi putrajaya ikut jalan bangi tu.Tapi, aku rasa macam sesuatu la kalau aku iktu jalan tu.Serabut perut la hai.Aku pun U-turn dan masuk balik highway.

Boleh pulak tu cakap ' haish ! yang kau kuar bangi tu dah kenapa?'.Ok, perjalanan diteruskan.Keluar kajang, hah ni baru betoi.Kajang dan terus amik PUTRAJAYA.hik's.

Nah !! dari kesayupan punyalah panjanggggggggggg...uwa !! emosi dah goyah untuk kali ke 2.Dah la manual.Acer bayangkan, punya la gigih kan.Tak pe, hari pertama izan.Kuatkan semangat.Aku berperang kat jalan tu dalam 10 minit juga la.Masuk ke simpang putrajaya terus amik parcel D.Nah, satu lagi hazab.Belum masuk lagi Q dah panjang okeh.Aku masuk juga secara perlahan lahan.Terus ke belakang bangunan untuk ke parking kakitangan.Gasak je, mujur la guard tu tak check pelekat sangat.Kalau tak?mau aku nangis kat situ juga sebab nak kena cari parking.Adeh !!

Pergi terus ke JPK HQ.Then isi borang berkaitan.Terus di bawa ke ketua pengarah bahagian MOSQ.Ikut je la kan.Urm, kalau tengok HQ?haha malas nak cakap la.Punya la crowded.Bila jumpa big boss dan dia cakap, kamu ke cyberjaya la.Fuh !! alhamdulillah.Cyberjaya parking senang sikit.haha

Maka, perjalanan seterusnya ke cyberjaya la kita.Whewww !! satu hal lagi ON GPS.Sampai dah cyberjaya.Tapi opis pulak tak tahu kat mana.Call nisak, dia bagi direction.Pusing pusing jugak la.Kalau tak berpusing bukan aku la kan.

Jumpa opis, terus dibawa masuk jumpa ketua penolong pengarah.Adeh !! main pengarah - pengarah ni oi.Dia letak aku kat bahagian persijilan.Macam senang kan bahagian ni?sebenarnya, bahagian ni antara yang palinggg renyah.Kerjanya memang senang tapi renyah.Aku kena backp up sebab staff berkenaan nak bersalin.Aku rasa macam kena terus je bahagian ni.Tak apa, aku akan buat dan belajar pepelan.

Bila di bagi briefing, mak ai amik kau.Memang renyah.Tapi bila kau paham konsep.Dan tatacara..urm, smallmatter la kotnya.haha

Hari pertama aku lepak bilik ketua penolong pengarah, sebab tempat tak dok lagi.

Apapun, aku harap dan doa yang baik - baik aje...

Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan ..

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan, rasanya belum terlambat lagi kan aku nak ucapkan?... Harini alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa.

Aku? eh eh dah tentu la masih lagi belum tinggal.Aku harap kalau betul pun kena ganti puasa biarlah ganti tu tak banyak - banyak sangat.

Mesti banyak juadah berbuka korang kan?.. tanya aku lagi?urmm.. dah tentu lah aku kena SHAKE dan minum minum serta minum sampai terbelahak.

Berat?..haha aku tak nak cakap sebab menjengkelkan.Faktor usia?urmm nak kata la dah tua tua ni kadar metabolisma ada menurun.Tapi ada la juga penurunan bukan tak ada.Tapi kalau aku gini 10 tahun lepas, confirm turun banyak kilo...tapi itu cerita 10 tahun lepas.Alasannya sebab kurang minum air....

Mungkin ada yang tak tahu, aku minggu ni adalah minggu teraakhir di tempat kerja lama, iaitu di lot 3298.Sebab lepas ni aku akan menjadi warga selangor, ingat tak lagu sayangi selangor..ewahhh !! kemain kamu orang nak suruh i nyanyi...awww !!

Akhirnya, berangan selama ni akan menjadi kenyataan, aku memang selalu berangan, berangan yang ' eh best juga kan kalau dapat kerja kat JPK'....hah akhirnya alhamdulillah, tuhan makbulkan berangan aku tu.Aku bersyukur sangat, bukan sebab apa tau.Sebab aku pernah dah riki riki tiket kapal terbang bagai.Konon la kot aku akan dapat sabah sarawak ke..ngeee !! mujur bukan berangan yang tu yang dimakbulkan.aminnn.kus semangatttttt ngeri gugurl.

Ok, aku sekarang ni tengah mensettlekan apa yang patut.Aduh, aku tak siap lagi ni.uwaaaa !!!! aku kalau boleh tak nak pergi tinggal macam tu.At least yang aku tinggal tu tak ada la teruk bebenor. Ye dok?



Selamat tinggal 'bilik projek'

Wednesday, July 3, 2013

Ilmu Sangat Penting ...

Assalamualikum ,

Bertemu kembali kita ya.

Masih dalam mood bercakap pasal jaga badan.Opss !! ini kali dah lebih 5 kali aku ke jamban.Adeh !! rasa macam nak setup PC atas mangkuk jamban je.Tapi, syok tau air tencing kaler jernih.Itu maknanya air dalam badan so so.

Dalam menjaga badan ni kita ekna ada sedikit ILMU.Bukan main redah ikut suka hati kita je tau.Walaupun badan kita kurus ini tidak bermakna kita tak perlu untuk jaga badan dan kesihatan.Percayalah, ada juga orang kurus yang tinggi kadar kolesterol berbanding dengan orang yang gemok.

Kita sebenarnya kena tentukan diet apa yang kita nak gunakan [ ini pendapat aku ], diet karbohidrat atau diet kalori.Atau diet untuk berak berak ke jamban.

Kalau kita dah set kita nak diet cemana, kita kena cari sebanyak ilmu sebelum kita mulakan.

Kalau diet karbohidrat contohnya :: Kita kena cari maklumat tentang atkin diet.Urm, sangat berkesan tapi nafsu tertahan tahan.Logik la kan.Kita tak makan karbohidrat yang banyak, dah tentu la badan akan cepat turun.Kalau tak silap aku, sehari dalam 20gm karbohidrat sahaja.

Tak bole minum air manis, ye betul.Kandungan gula yang berlebihan tu la antara penyumbang kegemukan.Sebab gula itu tenaga.Sebab tu kalau ada kencing manis sekalipun tak boleh tak makan gula.Sikit mesti kena.Sebab tu bila kita berpuasa digalakkan untuk makan kurma.Sebab kandungan gula dalam kurma tu sebagai tenaga kita sepanjang hari.

Begitu juga kalau nak diet kalori.Kena kira kalori yang kita ambil.Tak payah la nak pakai kalkulator sangat.kita gaak agak sudah lah kan.

Sebenarnya ia bergantung pada aktiviti kita seharian.

Katakan kerja kita hanyalah DUDUK MENAIP saja.TAK PERLU la kita ambil nasi lemak ayam goreng bersama teh tarik.Ewahhh !! dah macam bapak aku nak pergi kebun gamaknya.Kalau kita tak guna banyak sangat tenaga,sarapan pagi tu oat pun dah cukup.

Lapar?..itu sebenarnya kepala otak kita kompius.LAPAR ke HAUS atau LEBIH KEPADA NAK NGONYEL?..hah kalau aku sebenarnya LEBIH KE{ADA NAK NGONYEL.Bukan lapart sangat pun kan. kan kannnnnnnnn?

Jadi, sebelum nak mulakan diet, set dulu.Nak guna kaedah yang mana 1.

Jom, kita buat sama - sama nak tak?.. aku tak adalah macam JLO pun.Tapi ada kawan ni lain macam dia punya semangat.

** jalan dari pintu belakang dewan ilp pedas sampailah kat suis lampu belakang tu, boleh burn 3 kalori **
 [ aku dah check ya, bukan saja saja cakap ]


Masih confuse?..hah jom tanya aku.kihkihkih

Tuesday, July 2, 2013

Disiplin Paling Penting ...

Assalamualaikum semua ,

Alhamdulillah lagi beberapa hari nak masuk bulan ramadhan.Persiapan?Urm, persiapan raya lebih dulu dibandingkan dengan persiapan puasa.Memang choi tau aku ni.Rasa nak lempang je kan?.

Bila kita nak cerita pasal diet ni, memang ada sikit menyampah.Memang sangat sangat menyampah.Bayangkan lah opsimate aku boleh cakap

Argh, sudahlah izan.Patutnya sekarang ni dah nampak HASIL

Nah !! rasa tercabar kan?aku yang KENA ni lagi la.Sebagai cabaran juga selain dari cabaran roomate.Oh memang ada yang mengatakan ' ala, kalau dah sayang tak pe pun kan'.

Ya,

Betul la tu.Kalau dah sayang.Tapi acer bayangkan pandangan mata sendiri.Tak apa jika selesa boleh teruskan.Tapi kalau dah start semuanya sakit macam aku ni?solat pun dah duduk, hah.. nak teruskan juga ke?Tindakan perlu diambil.

Berbalik pada topik asal.Sebenarnya apa juga yang kita nak lakukan disiplin kena ada.Nak nak kalau bab jaga pemakanan ni.Um, jaga pemakanan lebih sedapkan kalau nak dibandingkan dengan perkataan 'diet'.

Bagi pendapat aku la, semua produk sama je.Kalau kita  tak disiplin, kalau kita tak jaga, memang dia akan bounce 2 3 kali ganda.Percayalah.

Aku?.. apa je yang aku tak pernah cuba.Memang sangat sangat membazir.

Dan orang akan cakap 'ala, aku makan kan bila aku stop badan aku naik sepuluh kali ganda '..Persoalannya kat sini adalah :

KAU DISIPLIN TAK?

Bila kita ambil sesuattu yang kononya untuk membantu penurunan badan kita, sebenarnya minda kita dah SET.Oh produk ni aku kena makan ini sahaja, aku tak boleh makan itu.Aku hanya boleh makan takat ini.

Dan akhirnya YES !!! AKU BERJAYA SELIM DENGAN PRODUK NI

Tapi? bila kita berhenti?kenapa kita tak boleh ikut apa yang kita buat masa kita amik produk tu?kenapa kita makan ikut suka kita?Sebab, kita tak ada disiplin sebenarnya.Kita rasa selesa sebab kita dah dapat apa yang kita nak.kan??

Masa ni kita jawab ' abis tu dah lapar '.Ye betul la jawapan tu.Dah lapar.Makan je la kan?

Itu la sebabnya aku perlukan sesuatu yang boleh support perut aku ni, aku ikut cara sendiri.Ewah !! kemain tak makan itu ini.Tapi bila dapat melantak?memang tak boleh blah.

Aku pernah turun 4 kg dengan 1 produk ni.Wah sangat berjaya.tapi bila aku stop aku makan dengan gumbira, hasilnya naik balik.itu salah aku bukan salah produk.

Dan aku nekad kalini, dari segi pembacaan juga, dan ahkirnya aku memilih ' HERBALIFE ' untuk ubah pemakanan aku.

YA, ' i love HERBALIFE ' --> aku kena love ketat - ketat sebab aku tengah guna kan.hahaha

Membazir duit?untuk orang yang boleh maintain sendiri memang akan kata YA.Tapi untuk orang yang tak ada disiplin macam aku? apa yang boleh aku katakan.

Dalam masa 3 bulan ni akua da coach yang akan pantau aku.Oleh itu aku memang kena berjaga jaga ciksenah ada yang merati...

Dan , saya juga adalah PENGEDAR SAH untuk produk ini.[ Kawan, aku tak adalah jual sangat, tapi kalau korang nak cuba boleh la contact aku [ best price -- rege kawan - kawan ]... sebab aku minum kan, kena la jadi ahli baru la boleh dapat murah.