Wednesday, January 30, 2013

Siap Sudah

Salam sejahtera semuaorang,

Alhamdulillah, setelah berbulan bulan akhirnya siap dah rumahku ini, tenkiu abah untuk semua ni.Sayang lebih sikit la **wink²

Rumah ni  bukan untuk duduk sendiri, tapi untuk disewakan.Tapi kalau tengok macam sayang je nak disewakan.Keluasan dia dalam 20 x 65 rasanya.Eh main rasa rasa pulak.Ye la sebab aku lupa la nak tanya detail.

Siap grill, kicthen kabinet,lampu kipas tempat mesin basuh, basuh baju bagai..amboih,best betul kalau ada tuan umah baik hati sediakan semua ni kan.pernah juga kami cakap ::

Ala, buat biasa - biasa dah la abah 

Ko tau apa jawapan dia?

Eh, jangan macam tu, tak  baik.Kita boleh duduk rumah selesa,kita sewakan dengan orang.Kita ambil duit sewa,biarlah rumah tu selesa macam kita yang duduk rumah tu 
Memang best la kalau dapat tuan umah super baik hati macam ni.Bila rumah ni dah siap, macam biasa la kan.Orang semua nak cadangkan harga sewa yang berpatutan.Ada yang kata :-

Kalau aku kan, RM 300 aku letak 

tak kurang juga yang cakap

Eh eh, kalau la cikgu sekolah tu yang nak sewa, harus RM330 sewanya

Ditambah lagi

wahhh, seronok la kan nak sewa murah murah, rumah nak best.Argh tak ada deposit 3 bulan termasuk deposit api air so semuanya adalah RM900 ya depositnya

Hah, lantak la semua nak cakap pasal sewa,kemain lagi kan.over tau.Dapat kat abah aku, ko nak tau berapa dia bagi??RM 250 sajork.

Dan,alasannya adalah :--

Selagi abah masih hidup,selagi abah masih ada,biar abah yang tentukan semua ni.Kita ni bila lagi nak buat kebajikan,bila lagi nak tolong orang.Masa kita hidup ni la kita nak buat semua ni.Esok kalau kita dah mati, memang dah tak dapat nak buat apa dah.Tak apa la,kita tolong orang tengah susah.Esok kalau abah dah tak ada, terpulang la ko nak letak berapa.Tapi ingat??jangan aniaya orang

Dah, jangan kau nak cakap apa apa lagi.Itu adalah muktamad.Kan nanti kalau dia kuar statement

EH,korang sibuk pehalll??? ni duit aku kan.bukan duit korang pon

Harus lah sentap kan?Tapi eh idak lah abah nak cakap macam tu

so?cemana...

Haruslah berderet yang nak menyewa kan.Deposit pulak boleh pilih,nak letak atau tidak.Kalau tak letak,bulan tu kau tak bayar je rumah tu akan di 'OPEN TENDER' kan.Tapi kalau deposit , hah tengok pada kau letak deposit berapa.Cuma kau kena jaga rumah tu macam rumah kau sendiri [ tapi?penyewa aku ada yang hampeh.com ]

Tarikh nak bayar juga kau boleh kawtim,bila sepatutnya last date.Tapi ni abah dah buat pelarasan , last date bayar sewa adalah sebelum @ pada 10hb setiap bulan.Tapi dalam pada ni biasalah kan.Orang orang ni bukannya nak bersyukur.Lagi nak buat onar.Sewa berbulan tak bayar.Ish ish ish !!! mujur la kena kat abah,kalau kena kat aku?? ehem ehem, sila 'BERAMBOS' sekarang juga.No kompromi,nah !!! gitu.

Rumah ni sebenarnya 2 bilik.Sama dengan rumah sewa yang lainnya, ada 8 biji semuanya sama je konsep 2 bilik & dapur adalah besar sepadang.Biasa orang buat rumah 3 bilik dan dapur adalah sejamban keciknya.Tapi,abah ni lain pesen sikit.Ramai juga orang tanya napa buat camtu,dan jawapannya :

Eh,yela ni rumah sementara orang tu ADA RUMAH SENDIRI, lepas kawin tak ada rumah duduk la rumah sewa,tak kan nak duduk rumah sewa selamanya.paling lama pun 2 tahun je la sewa rumah kalau tak Sampai bila kan hidup nak menyewa.Orang yang kampung jauh, boleh la duduk sementara kat rumah ni.Kalau nak yang 3 bilik kena la cari rumah lain [ wah,budget kan rumah kami lariss ] itu kena pandai pandai lah.Mana ada orang dah buat rumah tapi masih menyewa lagi.Rumah pulak depan mata [ sebab target adalah orang kampung berdekatan juga ].Kalau buat 3 bilik dapur jadi kecik, sempit.

Pepepun jawapannya, itu bukan persoalan yang 'wajib' dijawab, kita ada hak untuk memilihkan.Jadi pilihan ditangan anda.


Muka depan [ tapi ni tak kemas lagi ]


Belakang rumah [ versi belum kemas ]


welcome


Bilik Utama


Bilik ke - 2


Dapur


nah !!! siap ada kitchen kabinet lagi
 [ aku dulu sewa dapat sinki BODOH je ]


The Jamban's


Wow !!


Selain dari ruang makan, boleh juga nak bertiduran kat sini


oit !! jangan buat onar ya --> abang kawasan ni [ kihkihkih ]

Thursday, January 24, 2013

Rasa Macam Nak Cepukk Je ..

Kejadian berlaku beberapa bulan lepas semasa kami sedang bercutian dengan girangnya ::-->

rumate : erk, alamak...kenapa tak boleh masuk gear ni.eh eh pesal ni.

ok, time tu memang panik la kan.Uish, jangan buat hal,Dah la mood percutian ni.Time ni aku la lebih cuak, tapi muka tetap kena menten relak's.

aku : laaaaaaaa, mana nak masuknya tak tekan clucth 

wakakakakaaaaaa.....aku ketawa macam pontianak lepas dapat loteri.

aku : hah, tu laaaaaaaaaaaaa nak sangat yang tekan clucth kan.Sekali bawak yang tak payah tekan terus lupakan clucth

rumate : haha, tu la dah lama tak bawak [ sambil buat muka sehabis cover ], lupa pulak.

kihkihkih, memang tak kelakor sangat jugak.sebab kalau selalu mau jahanam teter mesia kita.oh saya amat cintakan barangan buatan malaysia.

Wednesday, January 23, 2013

Sukar Untuk Melupakan ..

"Dah - dah la zan, tahun 2013 ni patutnya tahun untuk berbaik baik, maafkan la dia, lupakan apa yang dah berlaku "

Hamboih, kemain lagi mereka menasihati aku.Ok, sebagai manusia biasa aku boleh memaafkan sesiapa saja pun.Aku tak kisah semua tu.Tapi, aku juga punya hati & perasaan.Hati aku bisa terluka kayak kalian.

Untuk memaafkan tiada maslaah bagi aku..

"Baiklah, saya akan memaafkan semua kesalahan yang telah dilakukan,& saya juga ingin mohon ampun & maaf atas segala kesalahan yang telah saya lakukan "

Mudah, senang kan....

Untuk melupakan apa yang dah terjadi, oooooo yang itu aku minta maaf sekali lagi.Sukar untuk aku melupakannya & akan tetap terpalit dalam hati aku ni smapai bila.Nak nak bila ia melibatkan seluruh kehidupan aku amnya.Memang TAK AKAN aku lupakan.

Mungkin orang tak paham kenapa susah sangat aku nak lupakan.Ya..tak kena kat batang hidung korang memang la tak akan paham.Tapi, bagi yang DAH KENA, wowowowooooo memang sukar nak lupakan semua tu kan.Tak apa la.kita bersangka baik sudah.

Monday, January 14, 2013

Masak - masak :: NASI AYAM Malas Lagi Pemalas ....

Salam semua,

Hari ni nak share resepi untuk orang malas lagi pemalas.Hah !! cemana tu,dah la malas, nak malas lagi.Dasar....

Aku kalau dah malas nak masak aku memang tak masak terus tau.Aku memang tak ada tagline ' lauk orang malas'.Kalau kita dah masuk dapur siap dapur berkecah tu kira rajin la kan.Kalau goreng telur pun aku kita rajin la orang tu.Tak ada la isitilah pemalas.

Ok, kali ni aku nak SHARE resepi ::

NASI AYAM DASAR PEMALAS

NASI ::
Bahan --

1.Beras - ikutlah nak pakai berapa pot
2.Kiub ayam - 1 ketol [ cukup la tu, kan banyak2 benak pulak ]
3.Secubit's garam [ nak bagi lemak, kalau tak nak kasi pun boleh ]
4.Air rebusan ayam  [ wajib ok, jangan pakai air mandi bunga bawah jambatan pulak ]

Cara :

Sama macam masak nasi biasa, cuma letak kiub ayam dan secubit garam.

AYAM ::
Bahan --

1. Ayam sekor
2.4 inci halia [ nak banyak pun bole ]
3. Air

--> rebuskan ayam sampai 1/2 masak.
--> Toskan ayam bila dah masak, biarkan dia suam suam manja.
--> Perap ayam dengan menggunakan bahan berikut ::
1. Madu
2. Sos Tiram
3.Serbuk lada hitam [ yang bijik pun boleh, ko ketuk sikit.Jangan nak malas sangat la letak sebijik2 ]
4. Kicap sikit je [ kalau tak letak pun tak apa, macam tak ada effect pun ]
--> perap la beberapa jam.Aku selalu buat malam, so dia mesra bagaikan 1 kuarga yang aman harmoni.
-->goreng ayam ni KALAU DAH READY untuk di makan.

SOS ::
Bahan -->
1. Cili Merah
2. Cili Padi [ kalau nak pedas, lebihkan sikit ]
3. Cili Boh
4. Gula
5. Garam secubit
6. Asam Keping [ air asam pun boleh ]

CARA ::
--> Blend Cili dan masukkan semua bahan dalam periuk.Masak atas api yang sederhana.Jangan api besar pulak.Nanti sos akan muntah darah.
-->Pastikan cili masak ya.Kan sakit perut aku tak tauuuuuu.

SUP ::
--> Lebihan air rebusan ayam tu, letak kiub seketol letak garam sikit letak daun sup bawang goreng.

SIAPPPP !!!!..kan,simple dan memang DASAR PEMALAS.

[ gambar ni VERSI RAJIN] 

solerosplit::nanti akan dibuat resepi versi rajin sikit.

Tuesday, January 8, 2013

Cerita DiPagi Hari Pertama Masuk Kerja ..


Hari pertama aku masuk keja di tahun baru [ 2hb ], lama dowh aku cutian gitu.Haruslah kemalasan meningkat...

Tengah aku jalan secara bermalasan di tahun baru untuk ke 'cubicle' ku :-

ane boss : zah, awak tak send lagi ke prestasi, saya check awak punya deraff lagi..

aku :: erk , ye ke?eh saya dah send tau semua [ muka sehabis yakin -- itu sangat penting ]

ane boss : oh ye ke, tapi dekat saya dia tulis awak punya deraff, tak apa cuba check .

aku :: oh oh ok, tak apa la nanti saya check semula [ ayat kaber line beb, kan azam 2013 tak mo HANGIN 1 badan ]

ane boss :: hah, ye la nanti check semula ya .

Aku dah ' alamak?? malasnya aku nak layan hrmis banggang ni '.Masuk opis terus on pc dah masuk line hrmis yang lembab tu.Mujur line bagi kerjasama penuh,sekali...

ya ampun, betul ok dia DERAFF, kambing tua betol la.Haritu check tak ada pom tulis deraf,check kat inbox kata aku dah hantar item.chait !!

Dalam kul 11 pg dapat sms dari boss kecik kata yang dia tak boleh nak markah sebab aku punya deraff.

Aku slowtalk baik punya [ wa siap print screen bukti yang kata aku dah send kononnya [ kena protect diri oi ]....] then settle dengan boss kicik dan aku akan inform bila aku siap nanti.

Pegi p sumber pegi jumpa PA.Pegi lepak meja dila nak buat, boleh pulak aku kena sound dengan kakak jaga punchkad.

kakakjagapunchkad : izan, lain kali jangan tulis kat punchkad ya yang izan cuti rehat, nanti akak cop.

aku : oh ok, tapi kenapa akak cop lompat lompat.saya ingatkan akak tak tau yang saya cuti.

kakakjagapuchkad : tu la .. akak tau, tapi dila ni ..bla bla bla [ ok fine dia dah start bebel ]

aku : ok kak, sori [ habis cerita, tak payah nak bertekak, aku dah la semak kepala dengan hrmis ni ]

Then PA tegur aku ::

PA : orang baru nak kuar nama sapa yang tak settle lagi skt.tetengok nama akak ada.orang baru ingat nak kuar nama minggu ni.

aku : hah, tu la.akak ingat dah send rupanya tak send lagi....ni hah cuba ko tengok ni [ tunjuk slip yg kononnya aku dah send ]

PA : ooo biasa la tu kak.server down kot masa akak tengah send tu...

aku : agaknya la kan, eh nanti dah siap akak bgtau kau ek

PA : hah, ye la....

Aku pon berhempas pulas la balik opis aku dah buat dari meja aku yang best tu sambil mulut bebel bebel kat atef yang ngata aku tu..sabor je la aku dengan mamat tu.Dia dengan selambanya cakap dgn aku

' ala....aku lagi la langsung tak isi lagi ' ---> uwaaaaaaa !!! lagi hampeh dari aku.

Dan akhirnya sms balik bos kecik ::: ok dah hantar nanti check [ ayattttttttttt...arahan ]...lebih kurang gitu la ayat aku.

Nak tau marekah aku?...argh !!!!!!!!! korang tak payah sibuk.hahaha

solerosplit :: ehem ehem ..tahun ni ikutkan cuti aku naik 30 hari tau....kan aku dah servis lama...apa??kau ingat tak naik pangkat tak naik cuti ke?kalau rasa nak naik kasut try la tak bagi cuti tu.....


Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru .... 2013

Salam Tahun Baru ..

31.12 aku punya besday tau.Alhamdulillah, syukur padamu ya allah kerana berikan ku peluang untuk ku berada dibumi ini.

Dan seperti biasa la, kalau dah 31.12 tu mula la kan semua check balik apa yang dah jadi sepanjang tahun.Ada suka & ada duka.

Azam?

Urm, rasa nak cepuk je diri sendiri bila cakap pasal azam ni kan.

Aku?

Dah tentu la 'kelaut' juga.Apa yang aku listkan semuanya hancur berkecai.Siap ada yang lenyek lagi.Tapi 2012 adalah tahun yang sangat mencabar dengan pelbagai cabaran & dugaan dalam hidup aku.Betol, aku di uji dan terus diuji.Alhamdulillah, walaupun semuanya pahit, aku telan juga.Semua tu dah ditentukan.Kita hanya insan biasa.

Banyak yang perlu diperbaiki .... sangat banyak.


Tuesday, January 1, 2013

Semangat Tahun Baru ..

Assalamualaikum kawan - kawan,

Muka ada senyum, mood pun sudah baik,hati pun ada lega sikit,jiwa ada tenteram.Cuma semangat tahun baru belum penuh lagi.

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013.

Semua kawan - kawan cikgu sekolah sibuk attend meeting, sibuk dengan LIST tanggungjawab yang harus dipikul.Aku tak terlepas dari situasi yang indah ni.Oh, jadi cikgu memang indah ok.Sapa cakap tak indah memang dia 'SAKIT'.

2012 tinggal pelbagai kisah DUKA, ku harapkan 2013 akan menjanjikan kisah yang SUKA.

Aku kan sekarang ni tengah cutian,lepak lepak membesarkan badan.Sebelum cuti bos cakap ' izan, kita meeting 4hb' ---> ' ok '

Sebenarnya aku malas nak attend meeting meeting yang plastik sampah ni.Masa meeting kemain semua cakap macam bagus je perancangan tu kan.Memang terbaik katanya.Tapi pelaksaan?...haha.Kadang tu lebih kepada 'LAYANKAN AJE LA'..Itu tak termasuk lagi sesuatu isu yang memang dah ada 'KEPUTUSAN'.

Dah, setopppp !!!

Ni hah, nak masuk tahun 2013, kalau tahun tahun sebelum ni ada je benda baru yang aku beli untuk jadikan semangat.Bunyi macam mengada kan.Tapi kalau nama izan tu memang hakikatnya macam tu.Nak beli kasut?..ala, dah cari tapi tak ada yang berkenan pulak.Lagi pun kasut tu macam elok lagi,tapak je la macam dah haus.--> wah !! nak pegi kolumpo la nak hantar kat tukang kasot tepi jalan TAR tu [ alasan nak pegi jenjalan hari sabtu ].

Nak beli enbag?..wah,kalau nak rasa kena 'LIBAS' kau try la beli ye izan.oooooo baru ingat, hehe aku nak beli jam baru la.JAM JAM JAM..lelama kepala pun JAMMED.


erm, lawa juga kan baju ni.eh eh nanti orang cakap
 ' izan, kau sama geng dengan &^%&$$ la'