Friday, December 28, 2012

Menantu vs Mertua

Kau aga agak la kan, sapa yang menang?........

Dah tentu la menantu yang tak berapa nak menang, kan.Ni hah aku tengah Hadap tv3 pasal isu menantu mertua ni.Adoiyai, pening kepala..

Kalau mertua saya 'velanja' saya creepe ni...kan best !!!

Aku?kau tanya aku?..eh eh saya tak 'campur' kes kes macam ni, sebab saya belum kawin ok.Wakakakaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Sebab saya 'PAKSA' mertua saya supaya suka saya.....--> durjanapunyamenantu.

Sudah sudah sudah


Thursday, December 27, 2012

Kembali ...

Salam semua,

Lama rasanya aku tak mencarot kat sini kan?..

aku KECIKHATI ,

erm, aku tak bukak pon pintu pagar rumah aku ni.Aku rasa menyampah sampah dengan 'mereka' yang sibuk sangat nak baca belog aku yang hampeh ni lepas tu ngata ngutuk bercakap macam kau tu bagus sangat.Kau mengulas bagaikan seorang pengulas sukan,

tak pun pengkritik #vocalbukansekadarrupa --

>mummytaksukaawaktulispasaldiriawak #

Serius beb !!

AKU BENCI ok.

Kan dulu pernah aku katakan.

KALAU RASA TAK SUKA AKU??TAK PAYAH NAK 'SIBUK HAL AKU'..

KALAU RASA TAK SUKA BELOG AKU ' JANGAN BACA BELOG AKU'..

KALAU RASA MENYAMPAH DENGAN TULISAN AKU ' JANGAN BACA APA YANG AKU TULISKAN'

.....kau memang TAK RETI BAHASA.Aku rasa aku tak perlukan perhatian sesiapa.

Aku tak perlukan stalker macam kau.

Aku rasa baik adanya kau TENGOK SENDIRI DIRI KAU DEPAN CERMIN,

KAU TENGOK KEHIDUPAN KAU SENDIRIK, KAU TENGOK 'KELUARGA' KAU SENDIRI.ANAK BINI KAU,LAKI KAU.KAU BELEK MEREKA SUDAH.jangan ada pepatah baru plak ' SIBUKKAN HAL ORANG, KEHIDUPAN SENDIRI HURU HARA'..

KAU BUKAK PINTU UMAH KAU.PERJALANAN KAU MASIH JAUH.

OK FINE !!

MUNGKIN PERJALANAN KITA..

KAU TAK PAYAH NAK ' SIBUK SANGAT HAL ORANG LAIN'...

'KAU TAK PAYAH NAK RASA SANGAT YANG 'ORANG' LAIN NAK BERLAWAN MACAM KAU'..

KAU TAK PAYAH NAK SAKITKAN KEPALA SEMATA MATA NAK PUASKAN HATI KAU UNTUK 'LAWAN' ORANG LAIN.

KEMOOONNNN LA BEB !!!....

KAU DIRI KAU..

DIA ADALAH DIA

...AKU TETAP AKU.

MEREKA DENGAN KEHIDUPAN MEREKA ...

KITA SEMUA ADA KEHIDUPAN SENDIRI.

Mungkin kau alpa, atau mungkin kau rasa tergugat atas kelebihan orang lain, jom la kita sesama muhasabah diri [ tak pasal aku muhasabahkan orang ].Ini untuk peringatan diri aku juga, ok ok tak pon kau anggap je la aku muhasabah diri aku...senang je kauuuuuu..

Setiap apa yang kita miliki didunia ni hanya PINJAMAN semata mata.Tak ada yang kekal ok, tak ada pon, melainkan kita punya amalan untuk membantu kita 'DISANA' nanti.Itu je, anak??kau tau ke kot esok lusa tak pon lepas kau baca belog aku ni anak kau meninggal, kau tau ke?....tak semua orang tau aturanNYA.

Tu hah, umah aku yang macam reban ayam tu, tah esok lusa kena tarik ke mana nak tau ye dak?...tu hah unda cibik aku tu.tak menjamin untuk aku lalui 'titian siratullmustaqim' naik unda pom.So, aku rasa semua yang kita ada pinjaman semata mata.kalau kau rasa 'pangkat' tu penting buat kau..kau doa banyak2 agar lepas kau baca belog aku ni kau dapat surattttt kenaikan tu.Tak payah kau nak 'sibookkkk' kan hal aku ni laaaaa...
Apa?kau rasa nanti kalau kau mati kau boleh cakap kat malaikat yang soal kita tu ' hello beb,wa 36 ok tak payah soal la'..tak pon kau cakap ' nah !!! amik lah 100K duit ASB saya..tak payah la nak soal2 saya'...gitu??....tak kan.

So, kemonnn la.Kita tak payah nak 'susah' hati sangat dengan kehidupan orang lain.Aku bukan nak kata aku bagus, AKU JUGA BUKAN NAK KATA ADA ORANG 'SUSAH' HATI DENGAN AKU..Tapi aku menyampah.

Kan dulu aku ada perjelaskan, aku tulis belog ni nak kongsi cerita dengan kawan kawan aku yang jauh dimata dekat dihati.Aku nak cakap dengan dunia yang aku ni punya cerita aku sendiri.Tapi, itulah...ada orang yang 'sangat sibuk' nak baca belog aku peh tu nak mengulas panjang lebar.

Aku tak perlukan semua tu.Aku juga perasan yang belog aku bukanlah ramai follower pon, bukan juga belog selebriti.Aku bukan seorang yang kaya, bukan juga seorang yang suka melancong ke sana sini.

yepss !!

Aku juga bukan la anak seseorang dimata semua.Tapi aku adalah anak 'sepasang insan ' yang hebat dimataku.

Tapi,

Kalau kau rasa aku ni 'MENUNJUK'.. kau memang silap.

Kalau kau nak kata aku menunjuk...itu menunjukkan yang kau ni 'SAKIT'.

elllo !!!!!..aku bukan tunjuk aku ada sekepok duit pom.aku tak tunjuk yang aku ada gelang baru selenggan.aku jugak tak tunjuk yang aku ada enbag PRADA pasar malam.

Kalau kau rasa aku tunjuk aku beli enbag ,aku ni sibuk sangat nak tayang enbag yang kat pasar malam belambak,aku sibuk sangat cerita aku sopim2 kat pavi, klcc jalan TAR.Aku sibuk cerita yang aku ada itu ini,aku sibuk nak 'MENUNJUK' semua tu...ok fine,aku minta mahap ek buat kau sakit.Cuma aku nak tanya ..

---> YANG KAU SIBUK KENAPA???...

Kalau kau rasa nak cerita pasal diri kau, silakannnnnnnnnn...

Buat belog kau sendiri.Kau cerita lah apa aje yang kau rasa kau suka pasal diri kau.Dan kalau kau nak baca belog aku??juga SILAKANNNNN..cuma aku memang bencik kalau kau ' eh eh izan tu sikit2 nak tunjuk' oh not good ok.

Aku rasa dah clearkan, inibelogsaya.Bukan belog awak.Saya juga cerita pasal DIRI SAYA bukannya DIRI AWAK..

So, aku minta maaf la kalau kekata ku tu buat kalian terasa.

Tapi, aku lega bila semuanya aku dah LEPASKAN...aku juga punya hati dan perasaan kayak kalian.Aku juga punya kehidupan sendiri kayak kalian, aku juga ada keinginan sendiri juga kayak kalian...harus gimana ingin ku katakan lagik yah !!!!...

Bagi yang ingin mendengar cerita 'hampeh' dariku...ayuh !! teruskan.Bagi yang sudah jelek...ok kawan sila belock LINK saya.Saya tak rugi apa2 pun....malah saya bahagiaaaaaaaaaaaaa...

solerosplit:: nah !!! last sekali aku cakap ala2 pelakon sinetron...-> kesan 2 minggu cotttiii....


Sunday, December 2, 2012

The Power Of Dreams...

Pergh !! memang bebetol ber'kuasa' la penangan 'berangan' tu.Aku?hah, korang tau tak aku memang suka berangan.Takat ni alhamdulillah, apa yang aku berangankan inshaallah pasti akan menjadi kenyataan.Antara lambat dengan cepat je la.

Eh, baru aku perasan, agaknya aku tak dapat 36 tu sebab aku tak berangan kot ek.Tapi betol la.Aku memang tak excited langsung pasal naik naik pangkat, tah napa aku tak teruja macam orang lain.Aku ni paranormal ke?..Bila tak dapat tu 'rileks' je muka aku.Sampai ada yang tegur ' kau tak dapat pun kau bole senyum?'..haha bis tu nak suruh aku buat apa?Bunuh orang....dah lelama baru aku bernapsu nak marah ala ala
 ' kenapa?? kenapa ?? kenapa nama aku tak ada dalam senarai'.......kau lembab izan.Orang lain dah nak meletop gunung berapi, kau baru nak 'warm up'..choi !!!

Aku?dari dulu lagi aku memang suka sangat 'dream dream' ni.Ada je yang di 'berangan'kan.Kalau dulu masa kecik² main cikgu cikgu [ kat rumah aku ada papan hitam kapur putih tau ]..wah kemain lagi menanda katanya.Nah !! sekarang tau tengok la hasilnya , hadaplah paper merah biru sampai **pitam.Dengan kerenah kerenah yang macam macam ragam nak kena layan.Kau tadah je izan oi,orang lain sibuk tak ada kerja.

Peh tu aku berangan berangan yang aku akan pakai kereta satu hari nanti.Wah !! macam best kekdahnya kan kalau kita boleh drive.Boleh kemana mana saja kita nak pergi.Aku ingat lagi, tak ingat la tajuk cerita apa.Pelakon dia si eja tu.Eja bawak kereta wira putih.Pergh !! aku rasa macam, wahhh...sonotnya kan kalau dapat drive kereta macam tu.Mula la berangan angan kat kerusi aku tengah drive kereta.Kalau ingat ingat balik, kelakar pun ada.Tapi sekarang?ala...malasnya aku nak drive kereta ni.Ngantuk la kan.Bila dah kena bawak kereta mula demand ' eh lambat la kete ni,tekan minyak pun tak nak laju'....' ala...penat la tekan clutch, berbunyik bunyik kaki kiri ni...'..' awakkk..kita nak auto, disebabkan awak nak sangat kereta manual kan, awak bayar semuanya'..'ok yang manual u punya, yang auto i punya, i tak kisah brand apa, janji kete auto'.Nah !! demand bukan.Itu lah aku...

Aku kalau dapat berangan, memang syiok sangat oi.Sebelum tido mesti berangan.Selagi tak dapat selagi tu la berangan.Ala, berangan kan free.Tanpa nya angan angan tak mungkin akan menjadi kenyataan kan.Itu lah kuasa berangan sebenarnya.

Aku sekarang berangan nak 'selim melim'..haha tapi?boleh ke.. Ini kena usaha lebih gigih untuk berangan ni.Berangan berangan bila nampak kedai makan terus punah !!!...acaner tu.

nah , sedapnya kauuuuu

Friday, November 30, 2012

Penat Nak Cerita ...

Penat ?...urm ikutkan memang penat.Nak nak kalau nak cerita pasal 'anak'.Yess !! aku dah letih nak jawab pertanyaan pertanyaan yang sangat 'bodoh' aku kira untuk diberikan jawapan.Soalan soalan yang memungkinkan aku nak 'slap2' je orang tu sampai mati......

Baru baru ni bila seorang sahabat tanya aku ' zan...aku baru rasa apa yang kau rasa selama ni.Sebab aku tengah hadapi.Cemana kau tabah hadapi selama ni ya?Aku yang baru setahun kawin pun rasa macam tak sanggup nak hadapi'....makanya?...aku pun jalankan sesi kaunseling ,atau mungkin sesi meluahkan perasaan atau lebih tepat meluahkan kemarahan.Hiapppp !! tak baik ok orang tanya kan.Kena jawab bebaik.....kata nak jadi isteri solehah [ erk ! motip???]

Ada orang tanya aku jugak ' eh korang berdua je senang la ek nak romen melakukan aktiviti berfaedah tak ada sapa yang kacau'..erk !!!

Tak kurang juga soalan paling bodoh ' apa perasaan kau ek tak ada anak lagi'..haha kureng punya orang.

Ok mari sini ku cite ek [ cc :: kawan aku yang banyak tanya ] ::-

Sebelum tu aku nak tanya la, ada ke orang kawin tak nak anak?kalau ada pun memang ngok la orang tu.Hello !! yang belum kawin pun sibuuukkkk sangat nak 'anak' kan?ni kan pulak kita yang da habis berpuluh ribu buat majlis kawin.Mula mula tu memang aku rasa sangat sangat tertekan dengan soalan soalan macam tu.Macam macam perasaan.Setiap kali orang tanya pasal hal ni balik tu confirm nangesh macam mati laki.Hati ni tak tentu hala je ko tau.Kawan pun boleh jadi lawan.Sapa orangnya kan.Tapi??itu dulu.Sekarang tak lagi.Aku makin kuat.Aku makin tuli dengan semua tu.Aku tak peduli apa orang nak cakap dengan aku, apa orang nak cakap pasal aku.Aku tak pedulikan semua tu.Sebab aku yakin, tuhan sayangkan aku.Ada hikmah semuanya ni terjadi.Kalau dulu orang cakap pasal benda benda ni aku rasa sangat sangat kekurangan diri.Tapi, kini aku tak rasa apa apa.erk !! aku pun tak paham kenapa aku rasa macam tu.Aku rasa macam ' gasakkk !!! kau la nak cerita pasal anak ke apa, aku angin lalukan je '.

Kalau orang tanya aku ' kau bila lagi '..aku senyum je, dan monkey mind ku pun ligat ' kesian kau, bodoh...'hah !! nampak kasar kan?...dah tu kau tanya gitu napa?Ingat buat anak macam buat cekodok bilis cicah sambal kicap ke?

Kadang tu kan dorang cerita macam bagusss sangat.Nak aje aku ni jawab ' kau jaga anak kau sudah la.Sibukkan aku yang tak beranak ranak lagi.Anak kau huru hara'..haish !!
Bukan nak belagak.Tapi aku letih nak pikir.Letih nak amik pusing, letih nak terasa rasa, letih nak menahan perasaan.Tak kan aku nak bagitau semua orang apa yang aku buat.

Aku cerita dengan kawan aku yang sekarang tengah huru hara jiwa raga.Kalau nak diikutkan berpuluh ribu aku habis.Kalau nak cerita pasal mengangkang?kau tak payah cerita la.Habis doc aku jumpa aku 'tunjuk'.Ikutkan malu memang dah tentu la,Tapi apakan daya.Ada satu tika dulu..kau bayangkan la opismate kau sendiri perli kau depan depan..'idah, cakap dengan adik jangan la amik doc sakit puan.sebab adik tu lelaki'..pergh !! memang sakit sangat hati masa tu.sebabnya 'setan' tu tau aku  tengah follow up dengan doc sakit puan lelaki.Betol, ada banyak doc perempuan.Tapi?yang betol2 pakar & dapat detect kes aku adalah doc lelaki.Aku ingat sampai bila bila apa kau cakap...

Kalau kita fikir je pasal benda ni, memang tak kemana la kita.Usaha tetap usaha.Tapi apakan daya.Korang korang kat luar sana.Kalau nak tanya tu tengok la kiri kanan.Ni aku yang dah kawin , agaknya kalau yang belum kawin lagi?apa lah yang orang tanya mereka kan.Ingat !! semua orang nak yang baik baik.Tak ada sapa nak kehidupan yang tidak sempurna.Semua yang terjadi sudah tertulis.

Aku cakap lagi dengan kawan aku...' kau kena ingat, orang yang ada anak ni sebenarnya tanggungjawab dia sangat sangat besar.Tuhan tengah uji mereka untuk membesarkan anak anak di akhir zaman ni.Dugaan makin banyak diluar sana.Dan kau kena ingat juga, anak bukan jaminan syurga.Kalau didikan tu elok, maka elok lah.Kalau mak pun hidup huru hara, anak apatah lagi kan?'......

Tapi, sapalah kita nak menghukum orang kan?...biarkan la apa yang dorang nak cakap.Biarkan mereka cakap selagi mereka mampu.Biarkan mereka bebas untuk berkata, kita tak mampu merubah apa kata mereka......


Dari aku pening dengan soalan2 ngek tu,Baik aku picit jerawat

Monday, November 26, 2012

Ye La Sangat ...

Kisah berlaku disuatu malam dikala bersiap siap nak pegi kuar makan :-

aku :: urm, lepas ni nampak gayanya no tudung,no enbag, no pavi,no kolumpo,no lepak lepak makan tuti puti...everthing is no no no. Pakai la enbag ni sampai jahanam [ sambil ku membelek cik 'c' berry ].

roomate :: Ye la sangat tu, tak percaya aku ... 

aku :: hahahahaha [ gelak setan ]..sampai hati kau tak caya.Tapi, ye la kan.Belum apa apa hari hari dah blog walking.Hari hari intai enbag baru idaman hati.Tapi ada 1 lagi tu hah,Yang leather tu.Jarang pakai.yang ni nak pakai sampai jahanam la [ sambil belai cik 'c' ]

roomate :: dulu masa JaNDa pun cakap macam tu jugak, tapi?makin melampau aku tengok.Beribu jugak beli enbag..

aku :: hahahaha [ lagi kuat aku ketawa ]...argh !!! kau.

roomate :: hahahaha..........konon kan.

aku :: Tapi, ye la...ni pun tunggu gaji bulan 12 nak grab tudung PH lagi.

roomate :: tengokkkkkkk...

aku :: Ye la, sebab rugi tau tak redeem 30%......

roomate :: kannnnnnnnn dah kata.

aku :: Ye la kan... agaknya kalau haritu dapat 36 confirm la beb !!! setok 'kuar kilang' kita amik ek...[ muka habis kerek..haha]

roomate :: tak apa la, tu la hikmah sebenarnya..nanti kalau dapat, amik la yang 'kuar kilang'..

aku :: hah?tapi..aku la kena bayar??..argh !! memang TAK LA KAN.....kau yang nak, kau la bayar.

roomate :: tengok??

aku :: ye la...aku kan nak jadi pompuan kaya......[ ketawa macam kena histeria ].kan tanggungjawab isteri ngabihkan duit somi.Sebab, nanti kalau somi banyak duit.Confirm !!! somi menggatal dengan anak dara orang.

roomate :: oooooooooooooo gitu..

aku :: nasib kau la...kata nak jadi suami mithali.Jangan sesekali derhaka dengan isteri .. muahahaaaaaaaa

roomate :: kehkehkeh..ampeh

** sekian sedutan cerekarama bertajuk :: bini ku mata duitan **



cik ted sayang 'abang' .... 

Sunday, November 25, 2012

Andai Itu Takdirnya ....

Setiap orang ada masalahnya sendiri, setiap orang juga ada ujiannya sendiri.Andai itu takdirnya, kita kena hadapi juga kuat tak kuat, kena kuat lah.

Bulan ni macam macam cerita aku dengar.Ada yang sedih dan tak kurang juga yang gumbira.Aku ni kadang jadi kaunselor pun boleh, jadi setazah pun boleh, jadi batu api??lagi la sangat boleh.Wah !! serba boleh katakan.Kau bole?.........jalannnnn

Beberapa bulan yang lepas, masa aku balik kampung mak aku bagitau sepupu aku dah peknen.Biasa la kan, semua pun bergumbira sakan.Ye la dah 10 tahun lebih kot dia kawin now baru nak melekat's.Then last 3 week aku dapat tau yang dia dah bersalin.On Fine !! tahniah dah beranak.Yang paling terkejut's sangat tu.Last week GF sepupu bagitau yang anak nora [ kazen aku ] tu ada masalah jantung dan doc kata anak dia ada jantung berlubang.Ui....besar betul dugaan nora ko tau.Dari kecil lagi dia tanggung derita.Lahir dari keluarga yang memang huru hara.Dengan bapak yang panas baran.uiiii.. ngeri beb.Sekarang tuhan uji dia sekali lagi.Moga dia tabah hadapi dugaan ni.Andai Itu Takdirnya...

Semua orang idamkan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat.Betol, kita ni manusia biasa kalau nak dapat apa yang kita nakkan [ perfect ] memang sukar nak dapat lah.Kita kena terima kelebihan & kekurangan pasangan kita.Aku terkejut juga bila dapat call dari kawan aku cakap yang ' izan aku dah cerai' kau bayangkan la yang kawan aku tu baru kawin bulan April tup tup dah cerai raya haji haritu.Alasannya ' tak bahagia selepas 1 bulan berkahwin' [ menurut kata ex-SUAMInya ].Kuang ajor ek?kawin 1 bulan kau dah cakap camtu.Dia ingat kawin ni pakai buang kot.Ke?dia nak 'TEST' ok ke tak?..otak kau.Tapi, tu la.Kita memang tak dapat nak menidakkan sesuatu perkara yang berlaku tu.Andai itu takdirnya ...


**Bila nak ke sini lagi? *

Macam tu juga aku.Tahun 2012 memang memberi kesan yang amat besar dalam diriku.Macam macam hal berlaku.fuh !!! tahan tak tahan je la nak hadapi semua tu.Mungkin ada yang tau, dan mungkin ada yang tak tahu.Aku memang kena redha atas ketentuannya.Ikutkan hati memang akan ada yang mati.Tapi?alhamdulillah diberikan akal & fikiran untuk memikir sedalam dalamnya tiap tindakan yang nak dibuat.Bila difikir balik, inshaallah apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, yang kita pun tak tau....

Wednesday, November 21, 2012

Pasrah..

Pasrah ....... amboih ! kemain senang nak suruh pasrah kan.hait !!..aku nak cerita sikit pasal kerenah kerenah setuden aku tu hah,Ya ampun, kalau tak bagi kita sakit kepala sehari memang tak sah tau.Ada je yang buat kita nak membebel.Kadang tu kelakar pun ada perangai dorang ni.

Kes yang baru ni jadi, bila ada sorang masuk bilik kami then bagitau ada orang sakit.Wah !! kami pun ala - ala, eh eh bantuan bantuan.Bila kawan aku cakap yang budak tu sakit perut sampai nangis nangis duduk kat bawah lantai aku pun macam eh eh apa ke teruk sangat tu kan.Aku pun dengan penuh kekuatan keluar la tengok.

Budak gedik tu dah nangis.Aku pun tanya lah dia :-

 ' hah, awak ni sakit apa?'

--> GASTRIK

'habis tu?makan tak tadi'

--> tak makan

'hah??? tak makan?dah tau sakit kenapa tak makan'

--> dah tadi DM lauk daging, saya tak makan daging

'dah tau tak makan daging, susu ada??biskut ada ?? roti??..makanan lain ?'

--> tak ada

'tak ada???......kita ni kalau tau kita banyak sangat hal itu tak makan ini tak makan, kena la ada standby semua tu....'

Aku terus blah, malas nak layan.Lagi aku tunggu, lagi banyak pulak budak tu makan maki.Adoiyaai !! nampak sangat kan?tak matang.....


nah !! aku bagi kau makan unta sampai pengsan..

Tuesday, November 20, 2012

Berita Terkini ...


MOOD :: TAK PAYAH NAK BANGGA SANGAT LAH.tengok berapa lama boleh tahan...haha

Saturday, November 17, 2012

Kalau Gitu Ceritanya ...

Phew !! lama kan aku menyepi ?Ikutkan banyak nak cerita tau, tapi itulah kemain malas kelaut aku ni.Nak nak sekarang ni jadual aku macam padat gitu.Rasa macam ahli parlimen pun ada juga kononnya.Tapi ye la kan, setiap manusia tuhan bagi 24 jam sehari , so pepandai la kita nak adjust timing kita.Tak payah nak poyo sangat kata kau sibuk sangat la sampai kentut pun tak perasan..

Kerja aku macam biasa la.Aku kan dapat kelas hujung hujung.Makanya? harus la berbogel sambil membuat kerja kan.Dengan kelas yang nak dijenguk, dengan kertas merah biru nak minta dibelai, dengan aktiviti yang menyesakkan kepala, dengan bermacam kejadian yang harus ditempuhi ,dengan kerenah manusia yang minta penampo percuma.Apa pun harus bersyukur sebab kita masih lagi ada kerja kan.Pepepun i love my job but i hate my &*^.[ hahaha.....sori &^% aku memang tak suka kau.nasib kau la sapa suh jadi &^% akuyangmacemharemm ].

Jadual aku kalau hari biasa tu isnin -> jemahat sama je sekarang ni, pagi 8 - 5 kerja macam biasa, lepas tu aku akan berbadminton sampai 6.30ptg.Balik sampai rumah dah 7 malam.8.30 malam pegi ngaji dengan muka terpisat pisat mata stim bacaan kadang kelaut.Dah makin bertambah usia ni kan.badan pun dah tak fit.Kaki pun lenguh lenguh je.Nak tekan clutch kereta pun dah lenguh lenguh ----> [ macam tak ada kaitan je ].Kalau badan pun mengah mengah bila naik tangga.Apakah tandanya tu kan.Makanya harus la saya berusaha untuk menurunkan KG sikit.Yang lagi aku bersemangat yang tak berapa nak semangat ni adalah, bila aku nak cari blouse.Hah !! nangesh ok nerai nerai semuanya tak muat.Ada baju tu habis size aku boleh sendat juga.Nampak sangat kan??nampakkkkk sangat okeh..

Kadang kalau nak cerita pasal hati dan perasaan ni kan memang tak boleh nak diluahkan.Sebab kalau kita luahkan ada je yang makan maki percuma.Not good kan..sangat not good.Tapi sebagai insan biasa yang punya hati dan perasaan kau akan terasa nak marah terasa nak sedih terasa macam nak telan orang idup idup.Tak payah cakap pasal nasib a.Semua orang tau qada dan qadar ketentuan tuhan.Itu tak dinafikan.Tapi, sebagai manusia biasa yang kadangkala alpa, perasaan itu tetap berlegar legar dalam pala otak kau.[ fine !!! aku macam merapu dah ni.ok STOP !! ]


CIK TED mood :: menyampah !!!


Thursday, October 25, 2012

Makan malam ..

Makan malam saya ..


Wednesday, October 24, 2012

GF..Mari Memanggang..

Aku punya GF dah sampai.Tapi memang letih la aku nak mendapatkannya.Bukan apa, agen yang berurusan dengan aku ni yang buat sangat sangat sangat letih.Siyes la oi, aku kan tak pernah berurusan dengan orang cenggini.Kalau ikutkan aku ni memang pembeli online tegar.Kalau boleh sotong ikan sayur pun aku nak bantai online.

Mula tu aku order, lama oo sebab barang ni ikut trip dari UK kan.So, ko pepaham la kalau barang masuk kontena atas laut ni lagu mana kelambatan dia.Ok fine, sebelum tu aku ada order kasut dengan orang lain.Elok je urusannya.Mula order letak deposit terus bagitau dijangka sampai bila.Barang dah sampai terus je msg bagitau kena settle baki sebab barang dah ada depan mata.Hari ni bayar, terus bagitau akan dipos bila.Habis cerita.Barang pun selamat sampai hati pon manyak sinang.

Kena yang ini, ya ampun taubat datok nenek ko tau.Ok, kalau mula tu masalah dengan shipping.Fine ! aku terima sebab kita tak boleh nak elak benda nak jadi kan.Ini ko bayangkan la.Aku memang rasa nak hempok je.Mula tu aku order, dia bagitau la berapa aku kena bayar.Aku dah bank in.Ok dia cuma jawab nanti dia akan update.Aku pun biar je la.Kan nanti aku banyak tanya di katanya aku ni pembeli yang banyak songeh.

Dah sebulan masih senyap, aku tanya status barang aku.Dia cuma jawab barang aku trip 13.Urm, ok fine.Sebab aku memnag follow FB owner.Dia ada la bagitau masalah yang dorang hadapi.Then aku dpaat tau barang untuk trip aku dah sampai.Aku diam je lagi.Dia msg bagitau yang ' rasanya' barang dah sampai dan mintak aku settlekan semuanya.Ok aku settlekan dalam masa 3 4 hari gak.kehkehkeh.tenet lembab la.dengan aku yang memang sedia maklum lembab.

Bila aku dah abyar, aku inform dia terus senyap.2 3 hari aku tunggu.eh eh senyap je dia ni.Bior betol ye dok?aku hantar msg bagitau yang aku kursus.Kalau ada apa apa sms je la.Dia masih senyap.Yang kawan aku dah tanya.Barang dah sampai.Alamak, aku kalau tak melibatkan orang lain aku tak ada hal.Ni kalau melibatkan orang punya barang.Aku mula seram sejuk.

Aku sms kol 2 petang, kol 7 baru nak jawab.Aku tanya barang acane ek.Nak kena amik kat mana.Ye la ko bayangkan la.Dia boleh senyap buat bodoh je.Adoiyaiii !!..then dia cakap, nak collect pon boleh nak pos pun boleh.Kalau pos sure aku kena charge pos pulak kan.So, aku decide nak collect je la kat umah dia.Tu pun ya ampun.Berbulu balik la ketiak aku nuggu dia reply.Aku ni memang la tak menyabar jadi orang.Kan aku sms bertalu talu bersama makian kata pulak aku ni kuang ajor.Tapi ko relak's je cemana pulak.Cakap la bebetul, detail detail kan senang.Bikin orang picah perot tahan cirit la aku melayan orang camni.

Tah la, aku ni bukan la cerewet bebenor, tapi bukan ke senang ko punya step cam orang lain yang biz online.Dapat order -> confirm deposit -> bagitau barang dijangka sampai / masuk trip mana ->bila barang sampai mintak baki -> check payment masuk tak -> bagitau nak collect kat mana. Senang bukan??...

Tapi itulah namanya pengalaman mengajar erti kehidupan, ewaaahhh.Makanya, harus la aku menerai nerai kan.Gigih ok bila dpaat msg yang cakap tak ada kelas mengaji terus ajak roomate pegi tesco beli barang dapur yang dah licin.

Oh ok sate ku dah siap ditelan .. memang patut la 46% reduse FAT.kehkehkeh.


Satay dalam penyelenggaraan


Siap satay, kuah satay dan juga bawang panggang.

Ok, memang best la benda alah ni.Ko masukkan dalam tu bio je dalam beberapa minit, ko tengok la.balik balikan sikit.Siappp !!!...hehe 

**siappp !! jugak la bil letrik ko nanti **

Tuesday, October 23, 2012

Uish !! Boleh Kejar Ke..? nangeshhhhh

Wawawa...aku dah kembali kepada aku yang asal.Seminggu kursus macam tak cukup je kan.Kalau sebulan memang osam la.Puashati la kan kalau dapat kursus sebulan.Wah !! meriahnya idop.

Bila berbalik kepada asal memang idop pun akan huru hara jugak la.Jiwa pulak memang kalah tsunami melanda.Perasaan bercampur macam ABC letak eskrim.Memang semua rasa.Pahit manis maung semuanya ada.Aduh !!!

Aku?wawawa....tengah pikir la sangat nak start dari mana ni oi.Semua pun nak dibuat & kena buat.Kadang macam pelik juga bila ada orang buat statement bosan la tak tahu nak buat apa.Amboih, indah betol idop ko ek.Apa kata meh sini tulun aku mana yang tak patut.

Balik je dari kusus aku start masuk kelas.Eh eh ye la kan.Aku dah 2 bulan tak handle kelas.Tapi, bukan bermakna aku bergoyangan sajek.Kena layan kerenah kerenah birokrasi lagi.Phuihhhhhh [ sambil kesat peluh ]--> kunun

Jadual aku boleh dikatakan macam macam jugak la.Urm, kena request organiser ni.Tak pon nak rekues PA..ops, tapi tak mo PA yang suka jerit jerit tau.Mak tak rela u [ verangannnn ]..ok sudah.

Bebalik kepada cerita asal, aku start kelas untuk 2 minggu.Oh nampaknya aku berada dalam keadaan yang agak cemas.Sebabnya, ko cuba tengok kalender.2 minggu kelas aku termasuk ada raya korban.Makanya 1 hari dah burn begitu je.Selasa budak ada subjek umum, burn jugak.Khamis pulak mereka dapat balik awal.Situ pun dah rugi 1/2 hari.Dah boleh habis kerja 1 task aku kasik.Oh rugi, dah tu hari isnin pulak ada korban mengorban kat institut.Oh tidak, nampaknya budak punya kelas akan jalan seperti biasa la.Aku abaikan semua aktiviti tu.Kalau tak?bila nak siapnya kan.Yang atas tau melalak je nak itu nak ini nak cepat.Aduh duh duh..

Habis je kelas, Minggu berikutnya aku kena pegi konvo kat picc.Oh bukan aku yang konvo.Mereka mereka yang konvo.2 hari je pon.Tapi tu la.Termasuk hari persiapan 3 hari masa ku berlalu begitu je.Mana core abilities tak marking lagi.Mana yang subjek 2 minggu tu tak marking lagi.Tu tak termasuk reject paper.Oh tak dapat ku bayangkan.Hah lepas tu aku amik subjek lagi untuk 3 minggu dah terus final exam.Cemana nak ku bayangkan lagi?.Memang tak terbayang la.Aku rasa seperti biasa, memang harus ada segi betumbuklumat lagi semester ni.Sebabnya ada yang sukati atok nenek dia akan masuk kelas orang tanpa prejudis...uwaaa!!!!..

Nak nanges lagi bila laporan aset tak siap !!!.....☺☺☺

Thursday, October 18, 2012

Akhirnya ...

Aku dah lama nak makan nasi leak depan ciast ni oi.....dulu selalu makan masa zaman seploh tahun lepas........habis ku pinggirkan semuanya.


Wednesday, October 17, 2012

Tenangkan Mata...

Fuh, best gila bila dapat memo pegi kursus.Argh !! bio la kat tempat lama aku belajor pun.Boleh la jenjalan tenang mata selain mendapat ilmu pengetahuan....cheewahh !!

Tapi best kan, kalau kita dapat masuk balik kat tempat lama kita pernah berkampung.Macam macam kenangan pahit manis kelat masam semuanya ada..

Walaupun ku dok ostel bukannya otel, tapi ku sangat sangat bahagia ok sebab biliknya udah macam otel....jom jom masuk bilik ku...wheww !!




Tuesday, October 16, 2012

Marilah hantar padaku.....free op cas ok.

Tak terkata, terkedu 2 saat.Nak nangis pun ada.Nak gelak pun ada.Mujur tak nak pengsan.Agaknya kalau ku pengsan, harus juga ku tersadai sampai besok.Sapa la nak angkat aku yang macam badang cute ni kan.whewww !!

Itulah kan.Orang kata jangan tak suka dengan barang, sebab dia sebenarnya tau yang kita tak berapa suka dengan dia.Tapi, aku bukan la tak suka sangat.Suka juga.Cuma lite lite je la...ehek's

Ok, semua pun mesti melopong sambil dalam hati nak menampo aku kan....aku 'BASUH MAKCIK LUMIA BELACK'...oleh itu?apa perasaan yang sesuai untuk ku dikala itu.Rasa nak bogel kat tepi sigemuk samsung tu pun ada....

Ye la kan, nak dijadikan cerita.Aku memang selalu tau kalau nak mendobi akan hangkut mana yg nak dibawak turun sekali [ umah aku double storey,bukan atas pokok ya ].Dihari kejadian, ku lantingkan tepon tu dalam bakul baju kotor la.Biasa memang macam tu pun.So, memang tak ada hal.Masa masukkan kain dalam mesin basuh, selalunya ku akan kirai sesatu, termasuklah suar dalam coli semua.Ku akan pastikan tiada anasir tak sepatutnya ku basuh sekali.Tapi kali ni ku buat juga, cuma masa ku ambil baju kurung keje tu ku hangkut segumpal sepasang, masa ku nak masukkan tu kan.Dalam hati tedetik, eh eh kenapa macam berat je.Tapi, ku humban juga la.....konon macam ' ala, baju kurung ni bukan ada apa pun, kan aku pakai tadi pegi koje'.

Dah setop mesin dah nyanyi2 dengan girangnya, aku pun menghangkut kembali ke dalam bakul.Memula tu tenang je, sampai la giliran seseuar dalam .. nah !!! hambek kau.Baik punya port dia landing dalam tu.uwaaaaaaaaaaaaaa !!!! pitam 2 saat ko tau..sampai kesejukan la.Cuma tak putih je.Bayangkan la...hampir 1 jam duduk dalam tu, siap softlan lagi.Memang mantap....

Jadi sesapa yang nak cuci tepon bio bersih suci murni, jangan sesegan ya.Marilah hantar padaku.....free op cas ok.

Saturday, October 6, 2012

Cak !!..

Cak..nampak kita tak??..hah lama sungguh ku tidak bercerita walaupun banyak cerita meh.Nanti kalau aku cerita pasal hopis aku ada plak kata, eleh kau ni salah orang je nampak..Kalau aku cerita pasal jenjalan kolumpo ada juga yang bunyi eleh,pegi kolumpo pun nak kecoh..kan aku cerita aku makan keni rojes kat s2 ada lagi cakap,oi..keni rojes je pun.tu pun nak bagitau satu donia.Kan aku cerita..psssttt !! haritu aku pegi JPO ko..harus ada yang cakap...ala, kekwat ok JPO pun nak bgtau.hikhikhik...tu macam nada nada cemburu je sebab ko tak pernah pegi jpo kan?.haish !! sudah sudah.

Sekarang ni kan fenomena adam hawa.Oh aku sudah terjebak la katanya.Harus ku ada donlot semua episod takat ni.Ye la, asal bukak je FB semua berebut nak jadi ain sebab nak kan abam pailet tu.Aku?tak payah la nak jadi ain.Aku nak jadi mama.Kan seorang anak perlu sayang sayang dengan ibunya.Manakala ibunya perlu berikan sepenuh kasih sayang pada anaknya.Hah, kalau jadi ain, lambat sangat nak pelukciumpenuhkasihsayang dengan am [ sah ! gila talak ]..haha kan?

Haritu aku kan sibuk dengan ON DIET.Yeps,aku masih on ya.Dah 1 week tak makan nasi [ beb, DAH ke?..kalau 1 week tu BARU ok bukan DAH ]..oh silap3.Baru 1 minggu tak sentuh nasi.Tekak rasa nak telan nasi oi [ Nasi arab dah joget depan aku oi....apakah??].Nafsu semata mata ni oi.Kena kawal izan oi kena kawal.Tetiap petang aku layan badminton.Fuh !!!..berpeluh peluh ko.Macam mandi pun ada.Penurunan?..haha rasa macam nak sembunyi dalam baju am je tau.Aku pun tak pasti sebabnya timbang umah aku ni sewel lebih dari aku.Kan aku naik dia ringan..kan aku henyak henyak dia berat.Ok..sebelum sebelum ni berat aku memang mau 73 - 75kg gitu la.Itu memang ISO dia.Tapi last week aku timbang pakai nimbang klinik..eh eh 71kg.Dimana silapnya ni kan.Kalau kat ghumah harus lah 69kg [ kalau timbang umah alwaz la mak selim melim ringan macam belon epibesday, padahal?badan umah macam belon udara panashhhh ].Cuma kalau pakai suar tu kadar kepancitantayarsudahtidakbegituketara.Makanya aku decide sendirik yang ok saya turun la dalam 1 kg lepas main badminton 1 minggu.aci dop.....

Kalau aku cerita,memang tak sah la kan kalau tak cerita pasal donia pekerjaan aku yang penuh pancaroba dikelilingi olehorangorangyangperasanbagussangatsesemuaponnakjadiboss.Letih oi lelemak aku cenggini.Tapi, aku tetap la cenggini tiadaperubahanyangketara.ahak's.Aku kan suka buat keje last minit [ fine !! aku penah kena sembur sebab kes buat keje last minit -->brengsetlok !!! ].Dari kau suka mengeluh...lagi HAMPEH !!.Tapi aku tetap tiada motivasi.Sudah3..aku sudah letih semua ini.[ oh FB tak letih plak ].Ko tau,kalau duduk bengkel kan semua nak kena buat tau.Kalau takat menjadi pencacai tu memang confirm la kan.Jadi makcik clener jadi mak supir jadi guru vokal bukan sekadar rupa jadi neelofa makcik kedai potostat itu sudah nyata..yang terkini adalah jadi KAUNSELOR.hampeh.co..my.kuangasambetol.Ada ke keje dia kita kena backup.Habis keje kita sapa nak backup.The problem is,helooooo....tak ada kene mengena tau dengan bengkel.Siap suruh buat portpolio lagi tu.Kalau diamati semua tu adalah keje beliau.Alasannya adalah kami ni rapat dengan setudent.Hamboihcukupbesorbontot ko ek buat statement cenggitu.Dah la buat soalan tanya hobi la..perasaan la..kira mcm peningkatan kendiri pon ada.Dah kalau kami buat semua tu.Ko buat apa??selain dari detimdetimsambiltengokwayangdanmakankeropok?hamboih !!!!.....

eh eh setop dah la ek.....kunaksesiapninakpegikolumpo

Tuesday, September 25, 2012

Siang Ke Darat..Malam??Terus Ke Laut..

Aduh duh duh..pernah tak dengar pepatah ' asam didarat ikan dilaut dalam periuk bertemu juga ' ewah...itu ikan dan asam.Bila masak asam pedas ikan.Alahai,memang boleh pitam 2 saat kan.nyum nyum.

Itu cerita ikan.Tapi bila dapat cerita izan?hah,harus lah jadi 'siang ke darat,malam kelaut,dalam perut bertemu juga' memang tak boleh nak tolong la kan.Apa pun memang tak boleh.

Itulah kisah diet izan yang makin lama makin mencarut.Hai la izan oi.Aku kan tengah masuk 'cabaran aisyah'.Ye la boleh pulak budak kecik tu main teka teki dengan ibu dia ek.'antara badan ibu dengan badan ibu haikal mana lagi tebal'.Itu soalannya.Sekali jawapan mak dia 'badan ibu haikal'..dia jawab ----> ' badan acu'...uwa !!!!!! ok fine acu sentap 2 minit ek.Aku tak masuk dalam ini teka teki tapi?kenapa mesti jawapan itu adalah akuu..kenapa? kenapa kenapa kenapaaaaaa...

Bila dia call aku tanya makan apa.Mesti jawapan dia ' acu jangan makan banyak nanti gemuk '.Aku ni kan memang kena tau.Kena kuat semuanya.Kali ni memang akan buat la.Mungkin hasilnya adalah lambat sikit berbanding orang lain.Yang penting usaha tu kan..

Berbalik pada tajuk tadi ya.Kalau siang cukup cantik je semuanya.Ku makan ikut keperluan bukannya kehendak.Tapi, bila malam?ala.....serba salah mak jadi oi.Malam aku kan pergi mengaji umah orang.Ustaz datang la rumah tu.Tuan rumah sangat la baik hatinya la hai.Mesti dia akan hidang makanan tau.Aku bukan apa.serba salah.Kalau kita makan sikit,katanya kita tak sudi nak makan makanan dia.Aku memang ligat cari alasan la.Tak kan aku tak nak ngaji sebab makanan tu.Lagi la macam tak logik dek akal.Apapun aku kan memang kreatip..haruslah ku pikior pikior acane nak elak dari makan....errr,nanti saya balik nak makan ,suami saya tunggu..eh eh saya nak kena balik awal ni,dah janji nak keluar..urm..air masak je la.tekak sakit [ tekak sakit betol padan muka ],mulut ada ulser la...tak boleh nak makan [ kene betol meraung kau ].saya dah kenyang la...alamak??saya puasa la.


nowww...izan on MISI MEMBURU LEMAK DEGIL.bolehkahhh kahh kahh

Monday, September 24, 2012

Cerita Wanita Bekerjaya ..

Ecececee, seronot sangat kan bila kita bekerja.Kalau kita tak kerja umpama kita makan nasi tak ada lauk la kan.Ye dop?..eh jap jap..kamuorang seronok tak kerja?seronok kan..malah beronok ronok.Bagi aku?urm..ku redha je la dengan ketentuannya.Ku bersyukur bila ku diberikan pekerjaan.Kalau tak?harus juga aku duduk rumah pakai kain batik tunggu laki balik kerja.Tak pun aku berbaju kelawar disamping sanggul lintang menunggu suamiku pulang dari mencari sesuap nasi..argh ! indah sungguh

Ok dah dah berbalik pada kerja ku.Aku nak start drai mana pun tak tau la.sebab aku pun kadang muskill jugak dengan kerjaya ku sekarang ni.Ikutkan pada surat tawaran kerja dari jpa dulu sebagai pen pengawai latihan.Tapi bila dah lapor diri dan mendirikan diri di tempat kerja.Wah ! bukan je sebagai penolong pegawai latihan.Malahan penolong kepada yang lain lain juga.Ada kalanya penolong pegawai setor,penolong pegawai driver,itu tak masuk lagi penolong pegawai cleaner.Nah !! betul betul multiskill.terbaik !!! orang kata belajar dari pengalaman.Yups, kita kena buat kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.Betul tu, aku pun tau tak payah nak ingatkan 100 kali sehari.Tapi?logik akal la jugak kan.Kadang seronok juga tau dengan kerjaya aku..kadang menyakitkan hati.Nak nak kalau dapat yang atas kita tu sangat sangat sangatttt la macam nyamuk punya kejadian.Haish !! rasa macam nak ridset sekarang jugak.Tanpa prejudis.hikhikhik

Aku lama dah rehat kononya.Sebab kami masuk kelas ikut modul.So, kita akan ajor selama 2 minggu pagi petang sampai besoknya selama 2 minggu.Lepas tu kita rehat la.Masa tu memang muntah la kita hadapppp mereka² itu.Turn orang lain pulak masuk.Sampailah nanti turn kita untuk masuk kelas balik.Tapi,dalam pada free kononya bukan free ok.Tu hah,kertas essemen tu belambak lambak tak menanda lagi.Itu tak termasuk j/kuasa yang kita kena lantik.Tak termasuk lagi kerja - kerja bermusim.Macam aset ke,kik ke,5s ke....hah camtu la.So, bebenda tu kena la buat.Kalau dapat pengerusi yang berwibawa tak apa la juga kan.Dibuatnya dapat pengorsi yang berdiri tegak dikerusi sendiri?mau tak pitam 3 saat.

Itu tak termasuk lagi dilantik untuk j/kuasa pujuk memujuk.Adoiyai, kalau budak 6 tahun ok lagi, tak nak pergi kesekolah.Memang cute la kan kita nak pujuk segala.Ini kalau kawin pun hukumnya wajib, lagi nak kena pujuk.Ish ish ish..tenang izan tenang.Parents call minta pujuk anak dia suh datang belajor.Uwa !! nak gelak pun ada nak sekeh² pun ada.Tak tau nak buat apa tau.Kalau dah mak pak sendiri tak boleh nak handle anak,kita yang tak ada kaitan ni apa kes pulak ye dak?haritu abahnya yang call.Dah selesai,budak tu pun kadang kelas,ku dengan segeranya pun apa lagi ' eh eh kenapa kamu tak nak datang?..kamu marah dengan saya ya.Kamu tak suka saya ya ' jejaka itu pun menjawab  ' eh eh tak ada la puan, mana ada saya marah sapa sapa.Saya tak nak belajar la puan.Saya nak kerja, dah dapat pun kerja tu.Tapi, mak abah saya tak bagi pulak '.Sempat juga la aku bagi 2 3 patah perkataan kat dia.Tahan la beberapa puluh hari.Lepas tu tak datang datang oi.Dari raya haritu terus dibawaknya ke raya tahun depan gamaknya kan.Kali ni apaknya dah pasrah kot.Mak dia pulak datang suh pujuk..alololo syomell sungguh.Udah udah la kan.Kalau dah anak tak mo belajar , nak dibuat apa lagi ek.Itu la budak budak zaman sekarang.Tah apa yang dipikirkan.

eh eh macam tak ada kaitan je dengan tajuk.....harus la kelaut kalau ku ni.

Sunday, September 23, 2012

Perempuan Kreatip Dari Gunung Berapi ..

Hah, bijak la sesangat ye tak?...Harus la bijak kamuorang oi.Aku kan tekanan perasaan betul la, dikala ku menumis numis dengan gigihnya sambil memikirkan menu yang osam seterusnya, sekalik???aik, pasaipa bau dah tak ada ni.Tadi kemain sedap bau dia....nah !! GAS HABISSSSSSSSSSSSSSSSS......uwa !! rasa nak nanges guling guling tau.Mencik mencik mencik.Nak tepon ane gas pun x koser.Confirm datangnya 2 jam lagi.nyampah3..

Tenang izan tenang,ko bayangkan la ek.sayur tu aku baru je masukkan dalam kuali.Kiranya tak sempat lagi aku nak layukan.Mujur la peria telur kan.so, ting ting aku dapat idea.Masukkan telur , gaul sebati aku masukkan dalam oven.Nah !! 1 dah settle.Tinggal 1 lagi menu.Urm...pikir2 eh eh tak pikir sangat pom.Terus je ingat kat rice cooker.Kusss semangat mujur la rice cooker lama tak humban lagi.Selamattt !!...

So,sayur aku masuk dalam bekas dan masukkan telur.Ala ala mcm buat macaroni bakar la tu..Aku campak dalam oven.Berguna juga oven ni kan..bagus3.

Sambung tumis asam pedas dalam rice cooker..hah hambek kau.Mujur la ada pengalaman masa belajar dulu masak dalam rice cooker.

So, hanya 1 lauk dan 1 sayur je la dihujung minggu ni...gas tu?tengok la kalau rajin ku call la ane tu.kalau tak?minggu depan je la kan....

Tuesday, September 18, 2012

Dah Tak Payah Nak DIET Sangatlah oi !!!

Hohoho...stress kan kalau cite bab berat badan meningkat merangkap gemuk terlampau atau erti kata lain.Oh besarnya dia...stress tak?kihkih..apa nak stress kan.Biasa la badan besar, cute apa.Sapa cakap badan besar ni tak cute.Itu sendiri je kata tak cute benornya kan.

Kalau cakap bab diet ni, bukan je korang nyampah nak dengar aku cakap.Tapi?aku sendiri pun menyampah lipas jugak nak cerita.Amboih ! cakap macam esok jugak nak diet.Tapi, dah nak sampai hujung tahun tak juga dietnya.Betul la ada 1 pakar omputih cakap [ ni pun aku cedok kat majalah tau ] 'perempuan ni akan berazam untuk diet 4 kali dalam setahun'.Aku rasa untuk tahun ni baru 3 kali kot aku berazam.Hah, tunggu la 1 lagi bulan 12.Sebab nak kurus pada tahun depannya.hik's..

Aku kan kalau nak cerita bab diet merangkap semoll kan badan ni.Dah macam macam bahan bacaan aku beli.Asal ada je orang cakap pasal produk?habis aku xplore.Kiranya secara teori memang aku dah semoll la.Tapi?praktikal dia memang hancus berkecai.Senang cakap memang hampeh la kan.Aacane la hai....aku boleh je nak nasihatkan orang merangkap jadi dietician kononnya, siap ada beberapa orang akan rujuk aku la, tak menahan tu siap bagi senarai apa yang dia makan untuk haritu.Hakikatnya?aku ni oi...aku ni sampai bila nak MULAKAN..

Kat sini aku nak share dengan korang, 5 SEBAB PELAN DIET kita gagal.eh eh ni aku baca dari http://kevinzahri.com. Aku ada beli e-book dia jugak.Apapun kan, kita kena ada SEMANGAT YANG TINGGI...ayuh !!!!!!!!!


  1. Crash Diet: Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat. Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.
  2. Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.
  3. Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.
  4. Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.
  5. Gagal kawal nafsu makan: Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.
Dapatkan eBook percuma saya – 45 Tip Kawal Nafsu Makan.
  1. Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).
Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.
Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

Monday, September 17, 2012

D'elise Setori .. Eh Eh Dah nak siapp da !!

Kalau loan dah lulus, payment pun gomen dah buat.Hah baru nak kata 'confirm la ini rumah saya'.Oh adalah sangat teruja.Dan macam bias ala rutin mingguan.Aku & roomate akan pantau pembesaran.Hah ! gitu.Kalau dibuatnya tumbesaran terbantut kan ke boleh jadi sewel kejap.Loan kau kena bayar tp?tumbesaran rumah terbantut.Hah padan muka aku.Sebab tu kalau nak beli rumah kena tengok jugak sapa la propety dia.Kalau ala ala je...urm, thinking thinking first ok.Kalau tak?harus kau merana bila tumbesaran rumah terbantut.

Aala, cerita elbih lebih pun bukan orang paham.Kan orang suka tengok gambor je.[ aku sebenarnya ].Eh kenangan ni tak tau la bila akan datang tau dalam hidup.Best what, kalau kita simpan memori memori indah ni [ alamak?? nak burn dalam CD la gambar ni...kan apa apa jadi ada back up ]


Nak siap dah

Tengok dari jauh je

Dah clear kawasan sekeliling tu

ops !! pagar dah start buat


Oh sudah cat tembok

wheww !! pintu pagar dah ada 

Mari ngecheck belakang pulak

Saliran

Oh dalam juga ek

?? aku pun tak tau apa benda

*layan je la gambar ek*

Sunday, September 16, 2012

D'elise Setori .. Booking - Tetengok Jek !!!

Mengimbas kembali ............

Kali ni nak mengedik's la cerita pasal My E'elise.Ikutkan lama juga la kitaoram dok mengushar property mana yang best untuk diduduki.Nak nak pulak time tu kami tinggal di rumahmerpati kan.Nak naik tangga tu memang hazab la kalau kau baru balik dari sopim2 barang dapur.Itu tak masuk lagi kalau jiran tetangga mula shooting drama.Memang haru la.Habis semua pintu aku tutup, dan terperap kat dalam bilik.Dok dendiam sudah.

Satu hari tu kami macam biasa la pergi Giant Mall kat senawang.Dulu memang rajin tau.Tiap 3 hari mesti akan ke senawang.Bosan katako hidup dekat kampung yang metropolitan ni.Haha..sentapp!!.Bila dah duduk bandor metropolitan ni?Nak kuar ke Giant pun malash !..macam hazabb je kau nak keluar --> kerek seh !!

Ok berbalik pada cerita.Dalam pada jalan jalan tu nampak pulak booth Taman Bandar Senawang.Ikutkan banyak taman dah survey, tapi?macam tak menarik je.TBS ni pun ikutkan kali ke 2 datang.Mula tu tengok juga koleksi d'palma.View memang cun la.Depan rumah nampak bukit bukau memang suajana mata memandang.Ciri ciri yang dicari pun ada.Cuma harganya tak menepati ISO..haha RM 330k tak silap aku.Opsss....ciri cirinya adalah Corner Lot.Sebab malas nak pikit jiran kiri kanan [ eh eh tak la..sebab senang nak bela rumput rampai lalang ].

Kali ni terus je la bayar booking RM100.Malam ni bayar booking, esok baru pergi tengok rumah contoh.Bila dah masuk je kawasan taman tu.Pergh !!! jakun kejap sebab suasana macam resort ko.Siap ada  fonten kat ronbot.Then setiap lorong yang jalan mati mesti ada kawasan untuk ko pusing balik.Tak adalah mati kutu kat situ.

Tetengok rumah yang dalam pembinaan.Ciri - ciri yang kitaoram nak pun ada , tapi?2 tingkat la pulak.Acane?yang setingkat semua fully book.Dan rumah aku tu orang sebelum ni loan tak lulus.Decide je la terus.Ok 'confirm' --> pejam mata je nok's time tu.Sebab kira kira kami kena bayor sehibu setengah lebih sikit...haish ! -- tido sambil tangan letak kat dahi .


Saya ada penduduk ditaman ini


Nah !! ada fonten - agak agak sesak tak ada air

Oh time ni sebenarnya rege dah makin naik tau.