Sunday, September 1, 2013

Erti 'BUSY' Yang Sebenar ..

Salam,

Lama dah aku tak jenguk kat sini.Whew !! tak sempat ko.Aku rasa setiap minit sangat lah berharga.Cemana raya haritu?best kan?aku..?macam biasa la ada yang tak best dek multu puaka...phew !! mak letih nak dengar, mak laserkan aje.Rasakan kamu.

Disebabkan lama dah kumpul cerita,haruslah banyak nak diceritakan kan ...

Kerja Baru saya

Disebabkan aku baru lagi bertukar kerja, haruslah kalau jumpa orang akan tanya , ' Cemana JPK, Ok tak ?' maka jawapannya haruslah 'OK' apa lagi jawapan yang harus ku berikan.Betul la orang cakap baru lagi memang la semuanya ok.Aku harap lama - lama pun akan OK.

Aku ditempatkan dibahagian MOSQ unit PPT.Di unit PPT aku ditugaskan dibahagian persijilan.Bahagian yang mencabar juga, bak kata timbalan pengarah aku la ' oh bahagian sijil ni mencabar sikit, sebab orang nak tau OUTPUT dia, jadi awak kena sabar la '.Nah !! memang kena kuat sabar.Ikutkan aku yang kurang sabar ni mau aku buat amukan.Memang macam - macam ragam orang yang aku dengar suaranya [ sebab majoriti call je ] tanya status sijil.Ada 1 tu baru endose 2 minggu dah tanya sijil.PPL pun tak hantar laporan lagi dik, bawak2 la bersabar.Siap call sana sini.Then last kat aku, dia ingat aku ni PRINT sijil agaknya.Oh minta mahap ye adik adik.Akak hanya hantar laporan pada bahagian sijil HQ sahaja.

Aku punya kerja, akan key in data calon yang mana PPL dah hantar laporan verifikasi beserta borang pink yang dah selesai & layak untuk dipersijilkan.Aku akan cari data calon melalui desk officer setiap ZON.Carilah celah mana pun, kalau untung nasib jumpa.Kadang tak jumpa, urm kalau lambat sangat aku taip je balik.Tu pun kena tengok juga no pendaftaran, asingkan ikut tahun, ikut pulak dia under mana, wallawei, banyak cekadak jugak.Tapi kena buat sebab nanti orang mintak statistik, jenuh nak cari oi.Bab statistik aku belum buat lagi.Kalau dalam minggu depan boss mintak emmangnya aku bisa pengsan nak buat.

Bagi yang hebat dalam excell memang kacang godok la nak buat semua ni, tapi bagi yang lempun macam aku ni, memang sampai selow la nak siap.Tapi dah nampak la sesikit aku tau.hik's.

Bila dah siap key in semua data calon, aku kena buat DN pulak.Ok DN tu adalah untuk kita nak tau GROUP mana calon tu berada, kiranya kalau sekarang DN 0172 A makanya batch seterusnya DN 0173 A,awalnya agak pusing nak paham.Tapi kena buat, ok faham apa itu DN dan kenapa kena buat.Siap buat DN, kena copy pulak data tu ke dalam folder pengeluaran sijil untuk di hantar ke HQ untuk diprint, kena hantar ke bahagia persijilan HQ.Kena buat memo dan emailkan sahaja.Hah, dah selesai tu semua, biokan aje dalam beberapa ketika dan pergi ke HQ untuk ambik sendiri sijil tu.Cis !! ampeh.Ni yang paling aku tak suka.Buang masa aku okeh.Aku kena hapdet pulak ke dalam data sijil.3 kali la data tu berpindah rumah.

Bila dah siap, aku kena asingkan sama ada calon tu persendirian ataupun calon berkelompok.Aiseh, memang kental sungguh la kerja aku . Lepas tu baru buat surat, pakai mail merge.Uwaa !!! aku agak stress mulanya.Ko bayangkan hari - hari orang call tanya sijil.Kalau data tu ada tak pe.Kalau dibuatnya tak ada jenuh aku nak menjawab.Mula tu aku jujur juga, tapi sekarang aku akan jawab asal jawab.Aku tadah je la kalau kena maki pun.Gasak !! ikut kamu la manusia.Dah kalau memang data kau tak ada, kau nak salahkan sapa?mana aku tau.Siap cakap, saya ni dari bulan 4 lagi tak kan lama sangat, tak buat kerja ke?allahuakbar, sabor izan sabor.Udah kalau kau bulan 4, ko tau tak?ada orang tu dah bulan 4 tahun lepas pun tak dapat sijilnya.Kadang tu PPL la lempun hantar laporan lambat, kadang memang data ko tak ada pada aku, cemana oi.

Sekarang aku tengah check balik file yang KIV tu.Siyes kau, banyak kemain.Aku tengah clearkan mana yang patut, hah aku bagi je la sijil kalau orang tu layak.Apa da hal kan.Lantakkannn.haha tak baik oh buat orang tertunggu tunggu, hak orang bagikan aje la.

Aku rasa kehidupan aku berubah 300 darjah terus.Kalau dulu aku masuk kerja mesti FB aku bukak dulu.Kadang tu sampai pukul 1 petang, pergh !! memang tak boleh buat apa la.Pagi pagi perkara wajib adalah akan cerita tentang tak puashati akan 2 orang yang memang wajib jadi bahan la.Kadang 3 orang tengok la pada keadaan semasa.Siap buat marathon lagi kau.Rasa berdosa sangat.Tapi apakan daya, kena juga luahkan sesama sendiri la.Nak nak aku yang bukan pekerja pilihan kat situ.Sampai ada 1 tahap aku rasa sangat down la.Aku rasa tekanan bukan pada kerja tapi pada orang.Kadang terpikir, wah !! gaji ornag tu banyak, gred tinggi tapi?kerja senang je aku tengok, kadang boleh cuti sesuka hati.Tapi aku??urm tengok tu, aku sempat nak pikir pasal orang.

Tapi sekarang semua tu dah tak ada tau, aku masuk kerja je terus ngadap belai kawna baik aku, wiwiwi..tak senang la tengok borang pink tu, sebab nanti kalau orang call ko cari data dia tak ada memang sadis la nak menjawab.Kadang tu pukul 1 petang pun boleh terlajak, itu tak termasuk lagi pukul 5 petang aku masih tercongok kat opis, fuh !! rasa macam kejap je masa berlalu.Aku memang tak cara orang, aku tak ambil tau pasal gelang emas orang , pasal perangai bos, pasal orang keliling aku, yang aku tau aku punya kerja mesti settle, dan aku akan stop bila nak pegi jamban.Sekarang kira ada la duduk lepak kejap makan kuih sambil sembang - sembang.Kalau sebelum ni memang tak la oi aku nak buang masa macam tu.Baru lagi?mungkin la jugak sebba baru.Tapi aku tak nak kekalkan amalan aku yang BIASA tu.Aku mesti jadi yang lain jauh lebih baik dari dulu.Aku malas nak cara orang , nak cara kerja orang lain.

Memang macam - macam orang cakap pasal tempat kerja aku ni, katanya kuar mulut naga masuk mulut buaya la, kerja banyak la, sakit kepala la.Adoi !! lantak la.Buat masa ni masih under control lagi.Memang aku banyak kerja, tapi itu kerja aku, dan aku mesti buat walau banyak mana pun.Dari aku buat kerja orang lain, yang mana orangnya elok depan mata tengah layan facebook, kan lagi jahanam.Biar aku pepagi hadap PC dan borang pink sampai muntah dari pagi pagi aku hadap muka orang dengan perangai yang macam nak muntah.Stress dan penat kerja lain tau.ko relak's tido alhamdulillah lega la sikit walau tak semua.Dari kau sakit hati dengan orang effect dia sampai sekarang.

Tak apa la kawan, doakan yang baik baik saja untuk saya.Moga apa yang saya nikmati ni berkekalan selamanya, amin.

anda yang mana?hik's

Monday, August 19, 2013

Kih Kih Kih ..



Assalamualaikum semua,

Selamat Hari Raya, dah puasa 6?..kihkikih

Semua masih mood raya ke?udah udah la tu weh.Moh poce 6.Aku?Dah tentu la belum start lagi.Adeh, bila nak start ni.Harini dah 12 syawal.Alamak, kena start cecepat ni.

Aku dah start kerja harini, nah !! sekarang ni aku tengah pening nak start dari mana.Ambik kau, sijil melambak atas meja yang nak diagihkan.

Raya haritu ramai juga tanya spec tugas aku, nanti la ya, aku akan ceritakan apa yang aku buat like kakak kerani ni.Hahhhhhhhhhh, ambik kau.Yang penting hati bahagia.

Kalau sebelum ni, dah tau apa yang akan jadi.Tapi sekarang maca, oh myyy saprais la.Macam magika.Sebelum cuti tak ada 1 lai kertas pun atas meja.Bila dah naik keje?nah !! rasakan kamu.Tak ada 1 pun ruang untuk letak tangan.hahaha

Ok la, aku dah nampak step pertama aku nak buat apa...

Daaaaaa

Monday, August 5, 2013

Yuhuuu..Mana Semua Orang ..


Assalamualaikum semua,

Wah ! lagi beberapa hari lagi nak berhari raya kan.Ada yang dah mula cuti, mulakan perjalanan balik kampung.

Aku? ehem ehem, masih gigih bekerja okeh.Ye, saya akan bekerja sampai esok [6.08.2013] sangat gigih sebab lepas tu aku akan cuti sampai 18.08.2013.Muahaha, orang lain amik cuti kemain selasa rabu dah masuk kerja,Aku?amik kau, 6 hari aku amik cuti.Nak buat open house?hah tengok la nanti.Macam malas la nak buat.

Aku macam nak panggil 2 3 orang je datang lepak umah aku.Hah yang lain boleh je datang nak raya, silakan la.Biasa la beb ' kawan farewell party sukar dicari, kawan open house? uwaahh, tak payah cari '.Eh tak baik ek cakap gitu.Ok2 tak pe jom datang lepak umah aku.Sementara aku ada kat rumah tu.

Raya?urmm bagi aku biasa je.Tapi kan kita wajib raikannya.So, jom la raikannya bersama.Sebab biasanya raya la masa aku berdukacita.Oh, aku malas nak repeat kenapa.Sapa yang rasa dan paham akan tau maksud aku.Tak apa,dugaan.

Kat opis ni harini je la ramai orang, sebab esok dah mula bercuti.Pagi pagi lagi boss tanya ' izan esok keje ?' ... aku jawab ' Ha ah sampai esok '.. boss gelak ' hahaha esok sorang la kat opis '..aku jawab balik ' hahaha, kalau tak ada orang esok saya duduk kat kaunter je la puan '...boss pun  ' hah, ye la esok kalau tak ada orang duduk kaunter je '...

Kot la dia nak cakap ' tak apa la, esok awak amik halfday '..

Nak dijadikan cerita, kad access aku tertinggal pulak dah.Aku rasa tertinggal kat rumah la.Jangan hilang sudah.Pagi tadi nak punch kad ok lagi sebab pintu tu dorang tak tutup rapat.Cuma nak masuk opis plak terpaksa minta belas ehsan orang lain tolong bukak.Haha nasib baik hensem, kemain kemas aku susun ayat nak minta tolong.Alasan, kad tak dapat lagi.

Esok?alamak, esok cemana pulak.Kalau pintu punchkad dorang tutup rapat, habis la aku.Opis tak pe tak masuk.Sebab esok boss sorang pun tak ada.Ni hat punch kad.Dah la masuk kol 8.

Eh, alamak...1 keje pun tak buat lagi ni.Ok nanti saya cerita pulak apa kerja saya buat kat sini okeh.

Daaaaaaaaaa

Oh, ini adalah sejenis 'sambal' ---> sambal hitam pahang, rasa dia memang SUPERB !!

Friday, August 2, 2013

Ku Bahagia ....





Salam Ramadhan ..

Eh eh nak raya dah?alamak, tak berapa best oh.Sebab kalau bulan puasa ni semua roang hapdet pasal berat badan turun.Dengan ini aku mengistiharkan bahawasanya, BERAT AKU TAK GERAK walaupun sekilo.Ok fine !! turun cuma 100gm kot.Nampak macam tipu.Tapi itulah kenyataannya.Kejam la lelemak aku ni.Sungguh !!

Aku nak sedapkan hati, aku cakap ' oh saya berat tak turun tak apa, janji jangan berat badan saya naik, itu marabahaya ' atau ' oh, aku rasa dia bentukkan dulu kot, sebab aku rasa geseran peha makin berkurangan ' itu kata hati, tak boleh nak tipu.hik's

Setiap kali aku jumpa orang, soalan pertama yang aku dapat adalah ' cemana tempat baru'.Hah itu kan lebih baik dari soalan ' Bila nak dapat anak ' oh itu kejam.

Memang la orang akan tanya sebab aku pergi pukul canang 1 dunia cakap aku dah tukar kerja.Harus la orang tanya cemana , ye dok?aku tak jemu nak jawab walaupun adakalanya teringat kata kata dibah noor dalam iklan nasi impit ' dah macam kaset pulak nak kena rewind ', tapi percayalah aku tak jemu nak jawab.Tanya la tanya la, itu maknanya aku dalam perhatian mereka.Oh aku kan public figure kata seorang sahabat *perasaan gedik kejap.

Jawapan yang paling pasti ' aku bahagia ' ye aku tengah bahagia.Tengah merasa keseronokan bekerja.Aku kena tanam perasaan itu dalam dalam ' akubahagiakubahagiaakubahagia'.

Kenapa?

Ok, aku tanya korang lah.Kalau setiap pagi sebelum ni, melangkah masuk je ke opis, perasaan benci dendam kesumat semua ada.Kawan kawan, bayangkan la kalau ianya tertanam 8 tahun lamanya.allahuakbar, tiada kesudahan.

Tapi, dipikirkan balik.SAKIT HATI sebenarnya lebih penat dari PENAT KO DRIVE SELAMA 1 jam 15 minit [ itu kiraan antara senawang ke cyberjaya dengan myvi ektreme putih JaNDa aku yang bawak ].Kalau kita penat, kita rehat tidur tenangkan fikiran, layan perasaan, inshaallah paling lama sehari je akan LEGA.Tapi, bila SAKIT HATI?..oh mak ai.Dari pagi sampai petang tak habis - habis.Itu baru sehari punya sakit hati.Belum lagi 5 hari punya.Uwa !!!!!!!!...bila nak tambah pahala.

Sejujurnya, aku tak senang dengan ex-boss.Tah la, perangai kucing aku lagi indah dari dia.oh aku pastikan aku tak penen tika ini.Takut nanti kuar2 je kenan dengan dia...haha jauh sangat aku pikir.Aku akan tunjuk punca perbelahan ini semakin meruncing.

Memang, sapa nak duduk jauh dari suami, tak ada sapa nak duduk jauh, tak sapa nak travel jauh, tak ada tak ada tak adaaaaaa tau.Tapi demi mencari sesuap nasi, aku mohon suami redha atas pengorbanan ini.

Alamak? laki aku flexi tau.Cecepat la minta sini roomate oiiiiiiiiiiii...kan ko kena tendang jejauh aku tak mo ikut.Ini janji yang harus ditepati.

Ok, nanti aku cite pulak apa la yang aku buat kat sini....tunggu ya, sekarang dalam proses teransper knowledge sebab puan itu mau beranak.....

Adik aku yang setia tunggu 'kakak' balik ..

*bioadikkucingtakpedariadikorangperangaimacamkucing*

Thursday, August 1, 2013

Kini .... Semuanya Telah Berubah .....

 Assalamualaikum ...

Setiap hari mesti ada yang tanya ' cemana tempat baru ? '

Maka jawapannya ::

Alhamdulillah harini dah masuk minggu ke 2 ditempat baru.Yes, semuanya serba baru.Enbag baru [ hik's ], angin baru, masa yang baru,aura yang baru, mental & emosi juga yang baru.Fuhh !! mencabar juga bunyinya.

Tak baik nak bezakan antara yang baru & yang lama.Tapi kalau tak ada yang baru cemana nak bezakan dengan yang lama, kann..hehe

DULU
Pepagi je 'boss' akan buat muka macam kau sorang je ada masalah
[ ok, tiba tiba je rasa nak naik angin bila ingat 'dia' aku rasa macam dah benci dia seumur hidup - ok tak baik cakap camtu.Tapi ko tak rasa cemana 'pedihnya' hati aku ni ] dah setoppp.
KINI
Pepagi boss dah senyum. Fuh, lega rasa...nyaman je nak hirup udara segar.

DULU
Masuk opis je kalau tak ada kelas, eh ada kelas pun.Akan bukak lama sosial dulu.Apa pun tak boleh kan.Bertahun kau macam tu.

KINI
Pagi - pagi masuk opis je mestiiiiiiii kena bukak email dulu.Sebab arahan melibatkan email.Nah !! padan muka aku.Lagipun PC aku je aku tengok tak boleh nak berlaman sosial lepas kol 8.30pg..uwaa !! itu pasal la senak.

DULU
Bangun paling awal kol 6.30 pagi.Pergi kerja paling lewat 7.30 pg.

KINI
Bangun paling awal kul 4 pagi [ padah tak siapkan barang - barang awal ] dan keluar rumah palinggg lewat 6.4 pagi.Sampai opis ngantukkk kau.

DULU
Duduk sebelah en rumet sambil mata pejam dan berangan angan sampai angkasa.
[ tak drive kan ]

KINI
Wah !!! terang mata aku tengok kenderaan kiri kanan depan belakang. [ kena drive kan ]

DULU
Huru hara dengan student, aset, kertas tugasan bagai, j/kuasa tah apa-apa, kerja semasa ke semasa, mesyuarat lagi,kerja pengurusan.

KINI
FOKUS !! 1 kerja sahaja.J/K ada tu ada lah function.Tapi biasanya yang atas atas je la kena, pekerja bawahan?..hik's dok dendiam sajork.

DULU
Asal masuk opis je ada je benda yang aku nak cakapkan pasal orang.Dengan erti kata lain mengutuk tak sudah.haha [ perit tau....]

KINI
Asal masuk opis je, hahhhhh harini aku nak siapkan kerja yang mana dulu ek.haha

DULU
Melayan kerenah boss yang sengal dan anak anak murid

KINI
Melayan kerenah orang ramai yang sangaaattt sengal

DULU
Duit tah kemana hala [ tanpa arah tujuan ]

KINI
Uwaaa !! duit dah tau nak pergi mana [ gaji banyak pun kuarnya banyak juga..ingat !! ]

DULU
Ish !! kafe tu tah apa - apa kan...

KINI
Atas bawah depan belakang kedai makan...adeh !!

DULU
Penolong Pegawai Latihan Vokasional...

KINI
Pegawai Pembangunan Kemahiran a.k.a PPLV la jugaaaakkk [ eleh !! eksyen je lebih ]


Dah dulu ek, kini aku nak sambung balik buat kerja...haha

Friday, July 26, 2013

Kerja Baru - Hari ke 3 & 4



Salam semua,

Aku satukan je la kan hari ke 3 dan ke 4.Senang cerita.

Oh hari ke 2 aku gatal - gatal nak balik senawang.Konon la kan nak berulang 2 hari sekali.Urm, lupakan je la.Ko tau sikit punya penat oi, dengan mata yang maha mengantuk.Ya allah, memang mengantuk sungguh la mata aku ni.

Pagi tu aku ikut kajang, mula tu kompiden la jalan tu, sampai 1 part tu boleh pulak aku blurr kejap.Adoi la kau.Boleh pulak kau blur ditengah jalan.Teringat kata laki aku, jangan teragak agak.Ikut kata hati, masuk je kalau rasa kompiden walaupun salah.uwaaaaa!!

Confirm salah, aku masuk putrajaya dan terus ke persint 1.muahaha nisak pun tanjat tengok aku boleh masuk kat persint 1.Terus ke kompleks D.Kerja banggang pepagi hari.

Orang kata, kalau kita tak sesat kita tak tahu jalan.Ho la, selama ni aku dok sebalah tak ambil port apa pon kan.Nah !! sekarang kau rasakan.

Masa kat highway tu kan, aku dah slow tau kat AES tu.Aku tengok macam had kelajuan 90 kmj.Tapi masa tu aku bawak 70 kmj.Aku dapat rasa yang aku kena tangkap gambor la.Cilaka betul.kalau betul la.Terbang 300rm.eh eh naik court je la.haha saman balik AES tu.

Terus segar mata aku, start tu la yang aku teringat ingat.Tapi, dah la malas aku nak pikir.Bukan sakit hati je.Tunggu je kot dapat surat pegi bayar sudah.Lain kali aku bawak 50 kmj je kat kawasan tu.

Berbalik pada perjalanan aku, hah aku bawak macam biasa ke cyberjaya.Sampai 1 tempat tu boleh plak GPS aku suh ke kiri.Aku yang bijak ni ikut la.Dan, macam biasa la.Kali ni aku pusing lagi 360 darjah kau.Siap lalu sekolah seri puteri la, lalu cyberview la.Argh sudah.Akhirnya aku jumpa jugak opis.

Itu cerita hari ke 3.

Hari ke 4, aku tido umah nisak.Aku buka pun orang bujang style.Malas nak masak beria sangat.Janji kenyang alhamdulillah.

Malam tu aku tidur la sesungguhnya, hah esoknya pagi baru la tak mengantuk.phewwww !!

Jumaat nuzul quran kan?ooo saya tak kerja.hik's

Thursday, July 25, 2013

Kerja Baru - Episod ' Hari ke - dua '

 Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk hari ke dua ditempat baru.Hah hari ke dua ni cerita lain pulak tau.Aku pergi kerja dari rumah nisak.Hah pergi dulu la kononnya, almaklumlah aku kan ada GPS.Tak gitu?Memula tu ok ok aje.Sebab GPS kereta malaysia ni agak banggang sikit.Dia lock word tau.So, tak boleh nak taip detail detail.Hangin seluruh alam jugak la.Nanti bila servis kete aku nak komplen.Hamboih kemain kan nak lock lock.

Berbalik pada cerita tadi, sampai je cyberjaya aku pun iktu la GPS aku.Nah kauuuuu , aku pusing puisng punya pusing..

Uwaaaaa !! nak nangesh ok sebab aku tak jumpa ofis.Ofis kesayangan aku tu boleh plak aku tak nampak.Aku macam ala ala lupa gitu.Yang aku ingat ada rahim bistro, ada nouvelles visages dan paling utama bangunan belum siap tersergam indah.

Aku pun pusing punya pusing, sekali aku terpandang RANIA, eh itu mcam dekat opis aku je.Aku tengok depan lagi, ada bangunan HSBC dan juga bangunan MAYBANK.wiwiwi itu macam depan opis aku.

Tapi?mana opis aku.Tengok jam pukul 7.45pg .Ok bertenang izan bertenang, awal lagi ni.Sebab tu aku ambil WP 3.Masuk 8.30 balik 5.30 petang.

Aku pun berusaha untuk ke rania tu.hah akhirnya...oh itu opis sayaaaaaaaa...

Hahahah ketawa bangga sebab jumpa opis.Rasa nak lempang diri sendiri.

Balik pulak aku plan balik senawang sebab rindu roomate eh rindu utin.meow aku tu la.Ummm manja tau dia.Rasa nak lempang - lempang je.

Balik pulak ikut En Majid.Jalan ke dengkil.Aku macam biasa la.Ingat ingat lupa.Tapi disebabkan ikut dia punya pasal.So aku follow je la.Yang aku ingat amik simpang dengkil lepas tu cari salak tinggi ingat tau?salak tinggi salak tinggi salak tinggi.Dah sampai 1 tempat tu barulah jumpa KLIA NILAI.

Aku macam ingat ingat lupa juga jalan tu, chua pernah bawak aku ikut jalan tu.Masa tu aku jaga konvo kat PICC.

Mula - mula tu okeh la jalan macam biasa, sekali kau nah !! jalan jem ok.Rasakan kau !!

Sampai rumah jam 6.45 ptg sebab aku singgah isi minyak dulu.Isi sesiap la senang kan.Malas aku nak singgah - singgah cari pam stesen.

Sampai je , wah !!!!!!!! makanan siap terhidang.Aku dah la laporr lapoorrr [ berzikir kat meja makan ]..haha

Terus panggil utin dan kami berdua terbongkang depan TV.Manakala en roomate menyediakan juadah berbuka.Penat kau, sakit kepala pun ada tau.

Maklumlah kan, 10 tahun pergi kerja dengan senang lenang tanpa memikirkan jalan.Boleh tidur tidur lagi kat dalam kereta.Kini, semuanya berubah 360 darjah.

Doakan yang baik - baik aje.

Wednesday, July 24, 2013

Kerja Baru - Episod 'Hari Pertama'

Assalamualaikum semua, selamat berpuasa juga.

Ok, bagi yang belum tahu lagi, aku dah tukar kerja baru.Ok, siaran tertunda akan dibuat.Tapi nanti dulu ek, sebab tengah nak maintain angin barat daya.hik's

Ok, 22.07.2013 akan menjadi sejarah seumur hidup apabila aku dengan rasminya menjadi warga Jabatan Pembangunan Kemahiran.Sebelum ni aku  kat Jabatan Tenaga Manusia.

Seawal jam 6.40pagi aku keluar rumah dan mulakan perjalanan.Dengan berkat doa naik kenderaan dipagi hari.Aku mula perjalanan dari senawang ke putrajaya.

Episod baru dalam kehidupan akan bermula kini.Kalau semalam lebih 9 tahun aku keluar rumah jam 7.30 pagi, kini kena 1 jam lebih awal.

Hari pertama dah sesat.hah kalau bukan sesat memang bukan aku la kan.GPS?haha eh eh ada.Sebab ikutkan dia la aku salah masuk.Yang aku ni pun bengap tu memang tak boleh nak simpan buat besok sikit.Aku habiskan semua.

Aku dah plan baik punya malam tu, aku akan keluar kat kajang dah dah bayangkan la jalan tu.Kira jadi la ikut jalan tu.Pagi tu dengan semangat yang baru, aku pun mulakan perjalanan.Siap ON GPS lagi kau.Cemerlang kan?aku pun bawa kereta dengan penuh berhati - hati, sekali sampai je 1 simpang tu GPS aku suruh masuk kiri, aku pun kompiden je masuk.Bila masuk keluar je tol tu.Baru perasan, oh nooo aku confirm salah keluar ni oi.Boleh kan aku keluar kajang.Uwa !! ok emosi ada sikit goyah.Kemon izan kemon.Ikutkan boleh je aku pergi putrajaya ikut jalan bangi tu.Tapi, aku rasa macam sesuatu la kalau aku iktu jalan tu.Serabut perut la hai.Aku pun U-turn dan masuk balik highway.

Boleh pulak tu cakap ' haish ! yang kau kuar bangi tu dah kenapa?'.Ok, perjalanan diteruskan.Keluar kajang, hah ni baru betoi.Kajang dan terus amik PUTRAJAYA.hik's.

Nah !! dari kesayupan punyalah panjanggggggggggg...uwa !! emosi dah goyah untuk kali ke 2.Dah la manual.Acer bayangkan, punya la gigih kan.Tak pe, hari pertama izan.Kuatkan semangat.Aku berperang kat jalan tu dalam 10 minit juga la.Masuk ke simpang putrajaya terus amik parcel D.Nah, satu lagi hazab.Belum masuk lagi Q dah panjang okeh.Aku masuk juga secara perlahan lahan.Terus ke belakang bangunan untuk ke parking kakitangan.Gasak je, mujur la guard tu tak check pelekat sangat.Kalau tak?mau aku nangis kat situ juga sebab nak kena cari parking.Adeh !!

Pergi terus ke JPK HQ.Then isi borang berkaitan.Terus di bawa ke ketua pengarah bahagian MOSQ.Ikut je la kan.Urm, kalau tengok HQ?haha malas nak cakap la.Punya la crowded.Bila jumpa big boss dan dia cakap, kamu ke cyberjaya la.Fuh !! alhamdulillah.Cyberjaya parking senang sikit.haha

Maka, perjalanan seterusnya ke cyberjaya la kita.Whewww !! satu hal lagi ON GPS.Sampai dah cyberjaya.Tapi opis pulak tak tahu kat mana.Call nisak, dia bagi direction.Pusing pusing jugak la.Kalau tak berpusing bukan aku la kan.

Jumpa opis, terus dibawa masuk jumpa ketua penolong pengarah.Adeh !! main pengarah - pengarah ni oi.Dia letak aku kat bahagian persijilan.Macam senang kan bahagian ni?sebenarnya, bahagian ni antara yang palinggg renyah.Kerjanya memang senang tapi renyah.Aku kena backp up sebab staff berkenaan nak bersalin.Aku rasa macam kena terus je bahagian ni.Tak apa, aku akan buat dan belajar pepelan.

Bila di bagi briefing, mak ai amik kau.Memang renyah.Tapi bila kau paham konsep.Dan tatacara..urm, smallmatter la kotnya.haha

Hari pertama aku lepak bilik ketua penolong pengarah, sebab tempat tak dok lagi.

Apapun, aku harap dan doa yang baik - baik aje...

Wednesday, July 17, 2013

Salam Ramadhan ..

Assalamualaikum....

Salam Ramadhan, rasanya belum terlambat lagi kan aku nak ucapkan?... Harini alhamdulillah dah 8 hari kita berpuasa.

Aku? eh eh dah tentu la masih lagi belum tinggal.Aku harap kalau betul pun kena ganti puasa biarlah ganti tu tak banyak - banyak sangat.

Mesti banyak juadah berbuka korang kan?.. tanya aku lagi?urmm.. dah tentu lah aku kena SHAKE dan minum minum serta minum sampai terbelahak.

Berat?..haha aku tak nak cakap sebab menjengkelkan.Faktor usia?urmm nak kata la dah tua tua ni kadar metabolisma ada menurun.Tapi ada la juga penurunan bukan tak ada.Tapi kalau aku gini 10 tahun lepas, confirm turun banyak kilo...tapi itu cerita 10 tahun lepas.Alasannya sebab kurang minum air....

Mungkin ada yang tak tahu, aku minggu ni adalah minggu teraakhir di tempat kerja lama, iaitu di lot 3298.Sebab lepas ni aku akan menjadi warga selangor, ingat tak lagu sayangi selangor..ewahhh !! kemain kamu orang nak suruh i nyanyi...awww !!

Akhirnya, berangan selama ni akan menjadi kenyataan, aku memang selalu berangan, berangan yang ' eh best juga kan kalau dapat kerja kat JPK'....hah akhirnya alhamdulillah, tuhan makbulkan berangan aku tu.Aku bersyukur sangat, bukan sebab apa tau.Sebab aku pernah dah riki riki tiket kapal terbang bagai.Konon la kot aku akan dapat sabah sarawak ke..ngeee !! mujur bukan berangan yang tu yang dimakbulkan.aminnn.kus semangatttttt ngeri gugurl.

Ok, aku sekarang ni tengah mensettlekan apa yang patut.Aduh, aku tak siap lagi ni.uwaaaa !!!! aku kalau boleh tak nak pergi tinggal macam tu.At least yang aku tinggal tu tak ada la teruk bebenor. Ye dok?



Selamat tinggal 'bilik projek'

Wednesday, July 3, 2013

Ilmu Sangat Penting ...

Assalamualikum ,

Bertemu kembali kita ya.

Masih dalam mood bercakap pasal jaga badan.Opss !! ini kali dah lebih 5 kali aku ke jamban.Adeh !! rasa macam nak setup PC atas mangkuk jamban je.Tapi, syok tau air tencing kaler jernih.Itu maknanya air dalam badan so so.

Dalam menjaga badan ni kita ekna ada sedikit ILMU.Bukan main redah ikut suka hati kita je tau.Walaupun badan kita kurus ini tidak bermakna kita tak perlu untuk jaga badan dan kesihatan.Percayalah, ada juga orang kurus yang tinggi kadar kolesterol berbanding dengan orang yang gemok.

Kita sebenarnya kena tentukan diet apa yang kita nak gunakan [ ini pendapat aku ], diet karbohidrat atau diet kalori.Atau diet untuk berak berak ke jamban.

Kalau kita dah set kita nak diet cemana, kita kena cari sebanyak ilmu sebelum kita mulakan.

Kalau diet karbohidrat contohnya :: Kita kena cari maklumat tentang atkin diet.Urm, sangat berkesan tapi nafsu tertahan tahan.Logik la kan.Kita tak makan karbohidrat yang banyak, dah tentu la badan akan cepat turun.Kalau tak silap aku, sehari dalam 20gm karbohidrat sahaja.

Tak bole minum air manis, ye betul.Kandungan gula yang berlebihan tu la antara penyumbang kegemukan.Sebab gula itu tenaga.Sebab tu kalau ada kencing manis sekalipun tak boleh tak makan gula.Sikit mesti kena.Sebab tu bila kita berpuasa digalakkan untuk makan kurma.Sebab kandungan gula dalam kurma tu sebagai tenaga kita sepanjang hari.

Begitu juga kalau nak diet kalori.Kena kira kalori yang kita ambil.Tak payah la nak pakai kalkulator sangat.kita gaak agak sudah lah kan.

Sebenarnya ia bergantung pada aktiviti kita seharian.

Katakan kerja kita hanyalah DUDUK MENAIP saja.TAK PERLU la kita ambil nasi lemak ayam goreng bersama teh tarik.Ewahhh !! dah macam bapak aku nak pergi kebun gamaknya.Kalau kita tak guna banyak sangat tenaga,sarapan pagi tu oat pun dah cukup.

Lapar?..itu sebenarnya kepala otak kita kompius.LAPAR ke HAUS atau LEBIH KEPADA NAK NGONYEL?..hah kalau aku sebenarnya LEBIH KE{ADA NAK NGONYEL.Bukan lapart sangat pun kan. kan kannnnnnnnn?

Jadi, sebelum nak mulakan diet, set dulu.Nak guna kaedah yang mana 1.

Jom, kita buat sama - sama nak tak?.. aku tak adalah macam JLO pun.Tapi ada kawan ni lain macam dia punya semangat.

** jalan dari pintu belakang dewan ilp pedas sampailah kat suis lampu belakang tu, boleh burn 3 kalori **
 [ aku dah check ya, bukan saja saja cakap ]


Masih confuse?..hah jom tanya aku.kihkihkih

Tuesday, July 2, 2013

Disiplin Paling Penting ...

Assalamualaikum semua ,

Alhamdulillah lagi beberapa hari nak masuk bulan ramadhan.Persiapan?Urm, persiapan raya lebih dulu dibandingkan dengan persiapan puasa.Memang choi tau aku ni.Rasa nak lempang je kan?.

Bila kita nak cerita pasal diet ni, memang ada sikit menyampah.Memang sangat sangat menyampah.Bayangkan lah opsimate aku boleh cakap

Argh, sudahlah izan.Patutnya sekarang ni dah nampak HASIL

Nah !! rasa tercabar kan?aku yang KENA ni lagi la.Sebagai cabaran juga selain dari cabaran roomate.Oh memang ada yang mengatakan ' ala, kalau dah sayang tak pe pun kan'.

Ya,

Betul la tu.Kalau dah sayang.Tapi acer bayangkan pandangan mata sendiri.Tak apa jika selesa boleh teruskan.Tapi kalau dah start semuanya sakit macam aku ni?solat pun dah duduk, hah.. nak teruskan juga ke?Tindakan perlu diambil.

Berbalik pada topik asal.Sebenarnya apa juga yang kita nak lakukan disiplin kena ada.Nak nak kalau bab jaga pemakanan ni.Um, jaga pemakanan lebih sedapkan kalau nak dibandingkan dengan perkataan 'diet'.

Bagi pendapat aku la, semua produk sama je.Kalau kita  tak disiplin, kalau kita tak jaga, memang dia akan bounce 2 3 kali ganda.Percayalah.

Aku?.. apa je yang aku tak pernah cuba.Memang sangat sangat membazir.

Dan orang akan cakap 'ala, aku makan kan bila aku stop badan aku naik sepuluh kali ganda '..Persoalannya kat sini adalah :

KAU DISIPLIN TAK?

Bila kita ambil sesuattu yang kononya untuk membantu penurunan badan kita, sebenarnya minda kita dah SET.Oh produk ni aku kena makan ini sahaja, aku tak boleh makan itu.Aku hanya boleh makan takat ini.

Dan akhirnya YES !!! AKU BERJAYA SELIM DENGAN PRODUK NI

Tapi? bila kita berhenti?kenapa kita tak boleh ikut apa yang kita buat masa kita amik produk tu?kenapa kita makan ikut suka kita?Sebab, kita tak ada disiplin sebenarnya.Kita rasa selesa sebab kita dah dapat apa yang kita nak.kan??

Masa ni kita jawab ' abis tu dah lapar '.Ye betul la jawapan tu.Dah lapar.Makan je la kan?

Itu la sebabnya aku perlukan sesuatu yang boleh support perut aku ni, aku ikut cara sendiri.Ewah !! kemain tak makan itu ini.Tapi bila dapat melantak?memang tak boleh blah.

Aku pernah turun 4 kg dengan 1 produk ni.Wah sangat berjaya.tapi bila aku stop aku makan dengan gumbira, hasilnya naik balik.itu salah aku bukan salah produk.

Dan aku nekad kalini, dari segi pembacaan juga, dan ahkirnya aku memilih ' HERBALIFE ' untuk ubah pemakanan aku.

YA, ' i love HERBALIFE ' --> aku kena love ketat - ketat sebab aku tengah guna kan.hahaha

Membazir duit?untuk orang yang boleh maintain sendiri memang akan kata YA.Tapi untuk orang yang tak ada disiplin macam aku? apa yang boleh aku katakan.

Dalam masa 3 bulan ni akua da coach yang akan pantau aku.Oleh itu aku memang kena berjaga jaga ciksenah ada yang merati...

Dan , saya juga adalah PENGEDAR SAH untuk produk ini.[ Kawan, aku tak adalah jual sangat, tapi kalau korang nak cuba boleh la contact aku [ best price -- rege kawan - kawan ]... sebab aku minum kan, kena la jadi ahli baru la boleh dapat murah.

Thursday, June 27, 2013

Air Oh Air ...

Assalamualaikum ....

Oh air, dimanakah dikau?...Dikau dimana, marilah kepadaku..ewahhh !!

Hah, korang tau tak? badan kita memerlukan air yang banyak.

25kg = 1 liter air.

Oleh itu, kalau berat kau 50kg kena la minum 2 Liter air.

Kalau macam aku, yang 73 kg [ sebelum diet ] kena la amik 3 liter air.

Nah !!! , itu pasal la dalam sehari sebaiknya kena minum 4 liter air.

Ada yang cakap 4 liter ait termasuk air dalam buah, masakan dan seangkatan dengannya.

Tapi, sebaiknya 4 liter tu adalah air masak.

Oh, kalau korang nak tau aku paling takut bila coach aku sms ...

Salam, akak harini dah minum air berapa liter?

Uwaaa !!!!!...

Aku kena fight untuk air ok, doaka kejayaanku..

Bila Izan Cakap Pasal Diet ...

Assalamualaikum, sahabat saya sihat?...

Diet ,

Tentu korang dah sinonim ataupun jelek dengan perkataan ni bila lepak blog aku kan?Memang aku akui tu, aku ni sembang je lebih, hasilnya memang KELAUT.Orang lain kebintang, manakala kau KELAUT.

Tanpa kesudahan, duit habis beribu [ sorry mate, dapat roomate yang MEMBAZIR ].Tapi, kan ke membazir tu amalan setan jahanam.

Untuk kesekian kalinya aku berfikir berfikir dan terus berfikir.Dengan keadaan kaki aku yang makin teruk sakitnya ni.Aku perlu 1 keputusan.Ok, jumpa doktor dan check apa yang patut.Atau aku perlu ubah cara pemakanan aku.

Kalau aku jumpa doktor, confirm dan sangat pasti lah ' AWAK KENA TURUNKAN BERAT' Nah, kau dah tau akan jawapannya.

Memang, ada yang cakap ' eh eh kau bukan gemuk pun '.Yes, aku tau aku bukan gemuk mana kalau nak dibandingkan dengan HULK HOGAN tu, tapi aku rasa amatlah tak selesa.

Bila kau kuat peluh, badan kau bau macam belacan, peha kau bergurau senda antara satu sama lain, bila period je peha kau akan melecet [ aku pakai whisper wing ..so, memang kesat sikit ] ,bangun tido sakit pinggang , berjalan sikit kaki kau akan sakit sampai bontot , perut kau membukit , naik tangga mengah , naik motor tayar pun nak pancit dann bila kau lalu depan tv 29 inci yang gemok dan besar tu roomate kau cakap ' excuse me, boleh tepi sikit tak? tak nampak la ', Nah !! apa maknanya tu? tell me ? tell me?..kau masih nak kata ' KAU TAK GEMUK MANA PUN '.Boleh ke?....kau mungkin boleh.But not me [ eceh, cakap omputih ] nampak sangat benggang kan?..hik's

Kalau nak ikutkan , perlbagai produk aku pernah cuba.Dari teh sampailah susu.Memang la ada perubahan, tapi? kalau disiplin kau tak ada, memang tiada guna langsung.

Pernah dengar kan kevin zahri  ? aku rasa nama ni sinonim untuk orang yang gemuk sibuk nak kurus.Aku pernah beli buku dia juga.Kalau nak ikutkan aku ni boleh konvo bab makan sihat la, bab senaman, bab kalori , bab kerbohidrat.Macam - macam kaedah cara nak turunkan berat aku baca.Memang aku guna sehabisnya la internet ni untuk cari maklumat.

Secara TEORInya , aku dah berjaya, tapi?secara amalinya?...oh terjun tiruk.


Yes, aku antara overweight ke obese 

Wednesday, June 26, 2013

Di Manaaaaaaaaaaa.....

Assalamualaikum, salam jerebu.Eh eh masih jerebu kan kat luar sana.

Kehadapan semua sahabat yang merindui diriku ini, kesenyapan ku beberapa ketika adalah kerana ku banyak sangat aktiviti yang memerlukan komitmen dariku.Nah !! orang kalau populer dan hangat memang menjadi rebutan semua.Korang kena percaya tau kata - kata aku ni.Hik's

Last entry aku pasal SELAMAT HARI GURU buat semua.Lepas tu memang tiada entry, woaaarrrrrrrrr..apa yang terjadi?Oh lepas tu kan sibuk dengan pilihanraya, masakan kalian lupa.Aku juga turut sibuk membuat kempen 'TOLONGLAH PANGKAH SAYA'.

Lepas je pangkah, aku terlibat untuk menjayakan Pertandingan Robocon.Ko bayangkan la.dengan kelas aku yang ribut taufan, mana nak bagi mereka tugasan, mana nak pergi meeting, mana nak menanda.Wah semuanya ke mana kan.Habis je Pertandingan Robocon aku terlibat pulak dengan Pertandingan Kemahiran.

Walaupun aku hanyalah seekor serangga sahaja, tapi aku kena la tunjukkan komitmen terhadap kerja yang dipertanggungjawabkan ye dak?Eh namun gitu aku sempat juga online.Kan online sebahagian jiwa saya.Ei macam geli je kan?..geli erk !!

Lepas tu mula la sibuk dengan nak siapkan tugasan student semula.Sebab mereka dah nak habis.Oh sapa cakap kami senanang lenang? terima kasih pada yang cakap tu.Kami sememangnya goyang kaki der, hah..lempang mau?

Habis peperiksaan nak menanda, bila semuanya selesai.Ewah !!! ada pulak majlis dah nak dekat ramadhan ni.Amboih , tak senang tau nak puasa sunat.ehek's.

Pelancaran Kolej Vokasional akan diadakan kat tempat aku kerja.Oh Myyyy......terima kasih atas tugasan baru ini.

Roomate ajak kita bercuti tau.... ehem ehem

Monday, May 20, 2013

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru ...

Eh bestnya cikgu dapat banyak hadiah.Oh itu cikgu lain bukan aku....ye kawan², bukan aku yang dapat okeh.Yang ada cuma sebiji kek dari student india.Tu pun sebab semalam kami dah berzikir.haha

Kejadian ini akan berlaku 10 tahun sekali.' Hari guru disambut meriah diseluruh negara ' itu tajuk buletin utama malam ni.Hah, meriah la sangat kan.Tapi kat tempat aku, hari guru sama je macam hari khamis yang biasa.Tiada yang luar biasa ok.

Tiba² ada satu student india ku datang ' puan. mana pengajar lain? '.Aku pon jawab ' hah, tak da orang la, kami berdua je, dah kenapa? '... 'saya nak suprise' sambil tersengeh sengeh.Dalam hati, arghh sudah minachi ni.Nak seprais apa pulak la nak buat ni.

Datang lagi budak tu bawak kek ' wah !! kek ke?tenkiu tenkiu tenkiu, bila beli?'

'saya suruh abang samsuri tolong beli .. hehe, puannn i love u '

Waduh !!!!...tersentap kejap.Ada juga yang nak hargai kami ni.

 ' walaupun rupanya sememeh .. ku tetap terharu '

Wednesday, May 15, 2013

Pedih Ulu Hati ...


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Lama kita tak jumpa kat sini kan.Eh, cerita tetap ada.Mana mungkin izan tayen tak ada cerita sensasi.Sudah tentu ada.Hari - hari mesti akan ada cerita.Itu PASTI.Ada je tau yang aku nak ceritakan kat korang semua.Bio...biokan semua orang tau cerita tu.Biokan ianya menjadi bualan hangat.Apa?kau ingat cerita retis je nak hangat, ehhh cerita aku lagi hangat tau...

Erm, sapa kat sini yang pernah kena penyakit pedih ulu hati?sapa.. acer korang tahan napas kejap, aku nak kira.Tapi, tau ke tak penyakut tu acaner?

Aku?pertama sekali aku kena pedih ulu hati ni, aku tak ingat la tahun bila.Tapi masa tu aku ada kursus kat ilp mersing.Kamu ingat tak idah?kursus rsb/msb yang kita pergi lepak umah nisak tu?.

Masa tu memang tak selesa la, aku pun tak tahu la kenapa pedih kat ulu hati.Masa tu tak tahu pun penyakit ni.Masa tu yang aku ingat dia akan lega bila aku berak.Bila aku tekan kt tempat yang sakit tu kan, aku akan sedawa.Yang bengapnya tak pergi pun klinik.Sampai la aku pergi umah kak ana kat kota tinggi.Masa tu la aku mintak dia tolong hantar aku kat klinik.Dan bila doktor aku aku ubat angin...fuh ! lega gila.Dan start dari tu aku pun cari apa la penyakit aku...dan akhirnyaaaaaaaaaa oh ok pedih ulu hati.

Penyakit ni akan sat hello dengan aku ::-->

1 - Aku pergi kursus yang makan FREE.

2 - Aku makan secara berlebihan.

Sebab? bila kita pergi kursus kan biasanya kita akan diberi makan yang ko cuma perlu nganga je.So, memang hantam je la.Akibatnya ko tanggung la sendiri.Masa baru - baru ni aku kena sebab kat tempat aku kerja ada pertandingan robokop, so?aku makannnnnnnnn selagi mampu.Dan hasilnyaaaaaaaa....--->

1 - berat badan aku mencanak & seterusnya mengebu.

2 - Aku sengsara akibat pedih ulu hati.

Eh, aku ni nak cerita pasal penyakit pedih ulu hati ke pasal aku kena pedih ulu hati ek?

Nak tau lebih lanut pasal penyakit ni... boleh klik kat link bawah ya...

http://drlizzy.blogspot.com/2012/05/pedih-ulu-hati.html 

Tuesday, April 23, 2013

Bila Nak Habis ...

Assalamualaikum, selamat mengundi - ehek's tetiba kau selamat mengundi.

Kalau kita nak cerita tetang perjalanan kehidupan kita hari - hari, ceritanya hampir sama.Malah kaitannya juga seolah tidak pernah putus.Itulah namanya kehidupan.

Kalau nak cerita tentang kerja yang kita buat, adeh.Mengeluh tu dah memang sesuatu yang pasti.Kenapa mesti mengeluh? itulah kerja kita, buat sudah.

Pang !!!!!!!! satu tamparan manja melekat dipipi, oh baru tersedar dari lamunan, haish, konon la cakap jangan mengeluh padahal? diri sendiri tu kemain juga.Mengata dulang paku serpih, eh eh aku tak ngata orang walaupun aku memang over lebih.Tapi bukan mengeluh, aku meluahkan je.Ok, mengeluh dan meluahkan adalah satu perkara yang berbeza, urmmm fakta atau auta?.

Malas nak cerita pasal kerja orang lain, mari sini aku cerita pasal kerja aku.Kerja yang aku rasa macam tak sudah.hahaha tolong ketawa.Aku kan suka buat kerja last lastttttttttt minit.Sampai kena minit la.

Sekarang? aku patutnya nak buat 5s segala macam dokumen terperingkat atas meja aku ni.Kalau sapa tengok meja aku?boleh kena darah tinggi okeh.

Aku baru je semalam masukkan dokumen pelajar untuk semester 1.Alhamdulillah lega sekejap.Haritu berhempas pulas siapkan kertas kerja tugasan dan menanda.Fuh !! peluh ketiak gitu.Habis masukkan bukti dalam portfolio dengan penuh kesabaran [ sebab pelajar semester 1 sangat sangat sangat menguji kesabaran ] maka habis bab ke 2.Bab ke 3 iaitu sign kat RPK belum lagi.Nanti ada kekuatan akan ku lakukan semuanya.Sebab sekarang ni kelas orang lain.Aku hanya menyelit manja je.Sebab dia tak masook pon kelas.

Semester 3 punya dah habis semua, lega.Lepas ni nak kena masukkan markah pulak.Oh ya semester 1 ada lagi 1 modul tak masuk kelas.Sabar la wahai kelas, tak kemana cikgu ko ni.haha sempott.

Itu cerita kelas, oh seperti yang semua belum tahu.ASET adalah salah satu benda yang aku paling malas nak handle.Tapi? aku kena handle juga.Macam tak best kan?Hah, mana pun kerja kan.So, kau kena buat semua tu.Aku nak riak sikit je boleh tak?melalui pemerhatian aku, hampir 98% barang dalam bengkel aku ni aku tau.So? korang jangan nak kidnap barang yang aku jaga.Kiranya kalau orang sebut je nama barang tu inshaallah la aku akan ' oo barang tu di makmal A almari belah kanan no 2'.Hah, hebat tak saya? hebat tak? tapi lagi 2% tu ala ala macam, eh eh japppppp 2 saat.

Patutnya aku kena update DATA, ohh sangat malas.Nanti ye saya buat.Jangan marahhhh.

Lagi 2 minggu lebih kurang la.Ada pertandingan robocon.Oh mai goddd.Buku program aku sebenda tak buat & tak sentuh lagi ko.Lepas tu terus pertandingan kemahiran kimpalan pulop.Aku j.kuasa makan.Oh aku sangat sibuk - sibuk lalat.

Aku rasa kalau aku cerita mau sampai besok, buat masa ni sampai sini je la dulu ek.Nanti aku sambung cite lagi.

Aku nak kemas meja ni hah, serabotttttttttttttttttttttttt.

OMG !! minit mesyuarat untuk j.kuasa kebakaran belum buat.


rinduuu dia...

Saturday, April 20, 2013

uuupppssss cak !!

Assakamualaikum sahabat disana, moga kalian sihat sejahtera hendaknya.

Ehem - ehem, lama dah kan aku menyepi.Oh, bukan lari dari dunia blogging, bukan juga merajuk.Tapi biasa la, aku ni kan 'MALAS' adanya.Ikutkan hari - hari aku berblogwalking termasuklah kat blog aku sendiri.Ada je benda nak cerita, tapi syaitan tu hah, malapetaka sungguh.Aku nak berblog pun dia kata :-
' alah..nanti nanti la izan oi, banyak lagi keje ko boleh buat, eh dengarnya coach ada sale, tu? FB orang tu dok tayang enbag murah katanya '

Sekarang ni aku suam suam bizi, kelas aku ada lagi 1 modul yang tak mula.tapi 2 modul yang dah habis.Ok, jangan salah paham ye, habis bermaksud HABIS MASUK KELAS, bukannya HABIS KESELURUHAN modul tersebut.Sila paham keadaan saya.uwaaaahhh, tiba - tiba nak orang paham keadaan, sajak sungguh.

Aku semester ni kena ajor 3 Modul bersamaan 8 kredit.Makanya banyak juga esseemen dan bukti yang aku nak kena semak merangkap menyelak.Masa bagi tu kemain seronok macam main baling anak patung kat panpair tau.Tapi masa nak menyelak tu, adehhh kemain liat macam kuih terlebih tepung [ erk, kuih ?..gasakk ! ].

Itu tak ditambah lagi dengan kerja kerja sampingan,Jawatankuasa?? oh aku nak belagak sikit, pegi tengok kat file jawatankuasa, ko cari apa jawatankuasa yang nama aku tak ada?..hah aku tipu sket, aku tak terlibat pun dengan jawatankuasa sebut rege, tapi?aku pernah terlibat dengan jawatankausa teknikal.Ohhh apakah?aku dah merepek ni.Kerja memang tak akan habis.Dah jangan merungut izan, berdosaaa tau.

Aku pernah cerita tak kat korang yang kaki aku sakit.Siyes beb, sakit sangat ok.Sakit jenis sengal sengal nyilu kebas,tahap kalau dia sakit tu ko bersih, kau rasa macam nak jerit kuat kuat.Sakit kan?

Tapi, ada juga yang cakap ' eleh kata sakit, tapi main badminton terlompat - lompat, time tu tak sakit ke ?'..time ko lompat - lompat tu memang tak sakit.Tapi bila dah setop?hah, masa tu ko rasakan.Tapi yang aku perasan, dia akan sakit bila aku banyak gerak.That's mean kalau aku banyak jalan la.Eh yang sakit ni kaki kanan tau.Sampai bontot ko tau sakit dia.Kalau aku berdiri time tu, adehhh.Tiap pagi sebelum pegi kerja mesti aku akan sapu fellina sebab tak bau sangat minyak angin.Erk?...macam dah kantoi aku beli fellina.Hahaha ketawakan aku.Itu kalau nak pergi kerja, kalau nak tido malam hah, aku kena sapukan dengan krim yang berangin.Hui mak ai, ko tengok?very the nenek nenek kan.Tido berbaukan minyak angin.Tapi aku tetap sembur minyak wangi tau.Kasi wangi wangi sikit.

Dulu aku ingat lagi tau masa umur aku masih doplohan.Masa tu kak esah umur tiga pohan la.Aku tengok dia akan sapu minyak angin kat kaki dia, siap makan panadol yang untuk sakit sakit kaki ke sengal badan tu.Apa nama tah aku pon tak ingat.Masa tu aku ala ala macam.Eh macam tu ke aku kalau dah tigapohan?? hah sekarang, kau HADAP izan....hadap sendiri.Padan la muka aku.

Oh my lemakkkk..korangg berat badan aku dah bolat kembali.Ok sebab aku tak jaga makan.Asal malam je aku 'melantak' bukan makan tau, aku memang stok melantak punya.Hah dalam masa 3 bulan aku dapat balik berat asal sebelum aku turun berat haritu.Ini padahnya, kalau orang lupa daratan,aku gedik balik nak turunkan berat, doakan kejayaanku ye kawan kawan.Nak raya ni aku nak beli baju siap je la.Hah doakan aku berjaya, alau baju boleh settle, tapi bab kain tu kantoi.Aku kan ala mengalah.Kan nanti aku pakai kain paras buku lali, oh my kain senteng tajuknya.

Aku sekarang ni tengah gigih untuk habiskan semua kertas kerja tugasan pelajar, sebab lepas ni dah start ada event.Aku bukan orang penting pun dalam event tu tapi aku kan seorang yang akan memberikan sepenuh kerjasama, hah lagi 1 yang paling penting , KB aku dah cakap dengan opismate yang dia nak tengok file budak sem 3.Sebab opismate aku dah siap  semua.Oh, sebelum aku kena hentam baiklah aku pun menurut jejak langkah kawan aku tu kan.Aku nak juga tayang yang aku ni tak ada la BURUK sangat.gituuu.

Aku sebenarnya tengah masak laksa untuk kesekian kalinya, aku rasa bulan ni dah kali ke 2 aku buat laksa, rumet aku tak pernah jemu makan laksa,makanya aku sebagai seorang isteri yang TAAT kata suami, haruslah berusaha untuk menyediakan juadah untuk suami, orang tua tua cakap ' nak tawan suami , kita kena tawan dengan perotnya '.Hah, tawan la sangat.

Ok kalian, sampai disini buat kali ni, lain kali kita ketemu lagi...jaga diri hiasi peribadi.


oh sedapnya 'tupat sotom'

Oh, arini penamaan calon, selamat bertanding.Kita tengok sapa yang menangggg.

Wednesday, March 13, 2013

Mari Menyampul Dinding ..

Assalamualaikum, selamat siang semua orang.Kalian gimana?baek baek aja?--> wah..mengindon ku harini.

Hati macam ada sikit girang sebab esok adalah aku coti.Best best best.Coti gantian bagi orang yang cintakan kerja macam puan wumpot ni.--> ini semua poyooooooooooo.

Ok, selalu tau suka menyimpang.Kali ni nak cerita sikit pasal sampaul menyampul dinding.Maklumlah , aku kan tak ada buku sekolah yang nak di sampul.Berangan nak buat wallpaper ni dah lama benornya.Berangan kan memang hobi aku kan.Sesajor berangan.

Tapi biasa la, kalau nak buat tu nak yang murah je.Rupanya, kalau murah tu adakalanya akan jadi lebih mahal.Bergantung pada keluasan juga ye kengkawan.So, aku dapat lah beberapa ilmu baru pasal wallpaper ni, apa yang kita perlu tahu..hik's

1 - Kalau harga wallpaper tu murah, kena tengok panjang dan lebar dia.Biasanya kalau harga dalam RM 150 per/roll size dia adalah kecik. [ ok aku lupa bab size / ukuran ].

2 - Macam aku punya RM480 /roll.Makanya bukaan dia besar.Untuk dinding rumah aku dapat 3 dinding untuk 2 roll.Tak silap aku size dia 42' x 15 meter [ mahap kalau aku salah ].lama nau la tak ingat.Tu pun ada baki lagi tau.

3 - Wall paper ada beberapa jenis ok.Yang mahal ni biasanya wallpaper korea.

4 - Kalau kita pilih corak corak, makanya banyak juga la kita kena pakai.Sebab dia nak matchingkan corak masa nak pasang nanti.Tapi kalau beli yang plain tak perlu risau sebab dia boleh hentam je.Kan plain tak ada corak.

5 - Perlu diingatkan.Konsep kertas.Bila dia basah [ kena gam ] dia akan mengembang.Dan...korang jangan pengsan pulak bila dah kering nanti.Ada yang renggang sikit antara penyambung tu.Sikittt je tak banyak melampau dan tak semua la.

6 - Apa lagi ek?ooooo lepas je pemasangan dibuat, memang akan ada gemebung gelembung tau, so?biarkan je.Jangan usik apa apa.Nanti dia akan hilang sendiri.Dan bila dah betul betul kering tengok lah apa akan jadi.Itu sebab orang biasanya akan pasang ikut kaler dinding asal.Sebab kalau dia mengecut tak perasan.

7 - Kalau langsir rumah dah corak bunga - bunga, elakkan dari pilih wallpaper yang sarat dengan corak morak.Kan nanti serabut perut plak suasana umah.

8 - Kalau yang suka corak jalur jalur, hati hati semasa memadankan dengan ruang ya.Jangan pakai taram je.Nanti kero mata tetamu.ehek's.

9 - Digalakkan untuk memilih warna warna selamat untuk diletakkan diruang tamu.Cuba bayangkan wallpaper merah, langsir pepel, kapet ijau?ngeri tak?

10 - Better ukur tinggi x lebar sesiap sebelum ke kedai.Senang sikit nak suh dia kira.

11 - Tanya juga upah dikira cemana?per roll atau pun lumpsum atau juga mengikut pada keluasan tak pun dia ikut berapa banyak dinding yang kita nak letak.

Ok, tu serba sedikit info yang saja nak share dengan semua.Harap terhibur [ tetiba pulak ].


Sebelum 


semasa - eh utin tu sebokk je


semasa juga, tak siap lagi


Ruang makan, dan yang sebenarnya ruang belakang tu tak tersenarai.Disebabkan ada lebih banyakk suruh juga dia pasang.


cecorak


proses men'GAM'


ehemmmm...baru la ada merah - merah sikit


sebelum letak frame.Tapi nampak macam pelik ek?
tak apa nanti nak raya aku beli bunga bunga

Tuesday, March 12, 2013

Oh Saya BerTabita...

Assalamualaikum..

Nama baru, suasana je lama.Cerita masih ditakuk yang lama.Rasa macam bagus je kan bila tukar nama belog ni.Terasa diri goblok.huih !!.. kita tak kisah kalau orang nak baca belog kita.Tapi kita dah bagitau dulu dulu.Kita tak suka kalau ada yang sibuk sibuk macam monyet dengan kita [ sori onyet, pakai nama mu -- ampoon ].

Biar la kita berada dialam rumput rampai yang hidup melata.Cukup masam panggil bangala suh mesin.Cukup !!..tak payah nak semak kepala.

Ok, kita balik pada cerita asal.Oh saya baru habis bertabita.Ingat ya, baru habis maknanya dah tak pakai lagi.

Tau kan tabita tu apa?ala..produk yang sedang hangit dipasaran tu.Yang rerata testimoni dok menceritakan akan kehebatan produk ni yang bisa membuatkan kulit mukamu halus bak bulus kucing ku si utin tu.Ate, cuba gugel testimoni.Majoriti akan cakap

 ' mula mula pakai muka akan pedih perit tegang, tapi cuma untuk beberapa hari saja, lepas 1 week...wah !! bercahaya tak payah pakai make up pun dah cungggg '

Itu kata mereka, nak dengar kata makcik wumpot pulak tak?

Mula mula nak pakai tu memang takut ko.Sebab semua testimoni cakap pedih pedih kan lepas 3 hari.Masa mula nak pakai tu dah kira, kalau aku pakai sekarang 3 hari lagi aku kena bertugas kat PD.Panas pulak tu cuaca.Aduh, cemana ni.Tapi sebab lepas tu katanya akan jelita kan.Dah nama pun pompuan harus la menerai.Aku gasak je la,tenyeh kat muka.Hari pertama berlalu, oh alhamdulillah.

Hari ke 2 .. urm masih sama lagi.

Hari ke 3 .. erk, ok ok bagus.sama je.

Hari ke 4 .. alamak, patutnya harini dah start pedih.Pejam pejam mata la masa pakai.Eh, maish sama juga

Hari ke 5 -- 7 .. ok fine, muka aku masih sama ok.samaaaaaaaaa.Adakah tiruan?urm tak berani nak cakap.Sebab aku beli dengan penjual yg jual set original katanya.

Dah, tak payah nak menghitung hari.Samaaaaaaaaaaaa je oi.Sampai ke sudah aku pakai muka aku tak ada rasa pedih walaupun 1 saat.Memang tak ada.Bila aku bagitau penjual tu.Dia pun felik gak.Sebab orang lain semua pedih.Aku je yang keballl.Kulit keturunan buaya tembaga agaknya.

Bayangkan la 1 bulan pakai.Tak boleh pakai bedak semua.Tapi kan walaupun tak pedih ada juga yang tegur.

Muka ko ni kan bersih je.

erk?bersih apanya.kau tak nampak itam ni?

Ala, tu normal la kulit gelap.Tapi jerawat tak ada.Aku dapat rasakan muka ko kan licin je.

Hah, ye la ko.Muka aku memang jarang la ada jerawat.Kadang kadang je.

urmmmm, tapi ye la.Apa yang aku perasan, sejak pakai benda ni 1 bulan muka aku macam tak ada jerawat hinggap.lelain tu.. macam biasa je la.Kan nanti aku cakap lelebih kata pulak ..

ini semua poyooooooooooo

Jadi aku ambil keputusan , pakai balik produk lama sudah.

Kalau korang nak try produk ni?urmmm sukati la kalau nak pakai.Aku tak kata tak bagus, aku juga tak kata bagus.Ikut kesesuian kulit muka la.Aku beli hat trial set pun dah sangap.


ni bukan aku punya --> aku gugel je tah sapa punya
 [ aku pinjam la ek gambor sebab aku punya dah bagi ciktong sampah merah pakai ]

Kesimpulannya --> Kau suka membazir kan??....

Friday, March 8, 2013

Enjoy Your Holiday ...

Assalamualaikum kawan kawan ..

Aku nak share sesuatu dengan kamu kamu dan juga kamu semua.Mungkin ada yang dah buat, dan ada juga yang mungkin tak buat ~~ oh itu adalah aku aku dan aku la tu.

Situasi ni berlaku masa aku buat soalan final last week. Petang tu aku nampak dari bilik kat kaunter depan hotel aku duduk tu ada orang macam kecoh kecoh.Drai jam 5.30 petang kejadian tu.Sampai la malam  dalam pukul 10 kot.Tak pasti.Aku turun makan jam 7 petang.Dengar la dorang bising bising pasal bilik.

Kami beranggapan dorang tak puashati dapat bilik tak best.Tak pun dorang dah bayar tapi hotel kata tak bayar.Memang kecoh beb, siap ada yang rakam aksi aksi tu lagi.Habis kat situ sebab malas nak kepochi sangat [ walaupun rasa nak duduk je situ dengar apa yang jadi ]..dasarrr penyibuk.

Lepas sarapan pagi terus lalu depan kaunter.

eh semalam acaner?settle?
--> dah kak 
oh ye ke, sampai malam kan?dan akhirnyaaa.... 
--> ha ah dari pukul 5.30 ptg sampai la malam dan akhirnya dia keluar la. 
oo ye ke?dah kenapa?tak puas hati bilik?

Dan dia pun bercerita, maka ceritnya begini :-

DIa dapat hadiah la kononnya dari 1 syaritkat insurans, percutian 3 hari 2 malam di Hotel SM PD.Dan dia pun bawak la anak anak sedara untuk bersuka ria.Siap bawak barang nak masak masak lagi [ aku tengok ada sos mee hoon.hehe ].Sampai je dekat hotel nak check in la kan.Dan hotel bagitau tak ada pun sebarang reservation untuk penginapan dorang tu.Lepas tu pun apa lagi, mula la cerekerama segala.Amboi siap bermakian lagi ko.

Hotel suruh dia call agen tu.Ada ke patut, dia suruh agen tu yang call.Haish !! macam lawka la pulak sebab pesal plak hotel nak call, padahal dia la patutnya call.Dan dia yg kena tipu.Dia tetap salahkan hotel.Kata memacam nko.Siap nak ugutan semua la.Habis manager & GM hotel turun.Fuh !! hebat tak hebat.Buat malu melayu's je tau.Siap cekak kolar manager lagi, siap cakap lagi, kalau dia tak salah dia suruh receptionist manager tu resign.haha lawak ek.Dah kenapa kau.

DIa siap cerita la dia dah bayar sekian ringgit, masalahnya dia bukan bayar dengan hotel, tapi dia bayar dengan agen tu sebab nak renew life insurans.Adoiyai la.Nampak sangat tak berapa nak bijak kan.Apa la masalahnya, kau call je la agen tu.Ini ko memekak dan akhirnya ko tak dapat juga duduk hotel tu.Siap makcik dia masuk kat receptionist tu nak kunci bilik hotel.Budak recep tu siap cakap lagi, kami sabar je kak.Sebab dah ditrain jangan melawan.Dia bodohkan kami, siap cakap nak rape la, memacam kak,dah macam gangster dah.

Itulah dia serba sedikit cerita yang aku nak share, dan pengajarannya adalah :-

1. Kalau memana kampeni bagi percutian , jangan nak suka suki sangat okeh.Tak payah nak feeling enjoy enjoy holiday.

2. Call hotel yang kita nak duduk tu, tanya ada tak sesapa bookingkan bilik untuk kita berholiday.

3. Kalau dah confirm ada, hahhh baru la boleh pergi bercuti dengan girang.

Paham tak?Tak payah nak suka sangat kalau dapat free.Mana ada FREE sekarang ni..

So?enjoy your holidayyyyyyyy

Thursday, March 7, 2013

Nampak Sama Tapi Bukan Dia..

' ala, baru nak beli handbag tu tapi dia dah beli pulak '
' alamakkkk baju kau sama dengan baju aku la '

Kehkehkeh alamak?sama la pulak.eh korang kesah ke kalau barang korang sama dengan orang lain?aku? kalau aku tak ada hal la.Tak ada masalah pun, sebabnya sapa la aku kan orang nak buat sesuatu barang tu khas untuk aku.

Aku memang tak kesah punya, sebab aku beli dengan duit aku. Lagipun kalau ramai yang pakai sama dengan kita, ini maknanya barang tu memang best la kan.Itu pasal la ramai orang berminat.Hah, gitu la.Lagipun kau bayar berpuluh ribu ke nak suruh orang buat SPECIAL EDITION kat ko?hahah jangan buat lawak okeh.


macam suka bag ni tapi kaler merah...ehem ehem jom kita beli sesama

Gasak la kalau sama dengan orang pun.Aku memang tak pedulik la.Lantak kau ... kau suka aku pun suka jomm kita pakai sama sama ya.

Tuesday, March 5, 2013

Bergantung Harap ..

'kalau bab bayar bayar bil semua suami buat, saya tak pernah buat'
'eh .. malas la nak ambik lesen, ye la apa guna ada suami kan'
'aku tak tau la subjek ni, kau ajar lah aku tak pergi kursus pun'
'eh, izan kena bantu kak, kak tak tahu la buat ni' 

Selalu dengar akan ada orang cakap macam ni kan.Kalau nak diikutkan memang best kan ada alasan alasan macamni.Tapi sampai bila kita nak bergantung harap pada orang lain.

Macam aku la kan, dulu sebelum kawin teman lelaki [ ayattt !! ] suruh aku ambik lesen kereta tau.

eh, awak ambik la lesen kereta, nanti kereta ada tapi tak boleh bawak, bukan apa kalau apa apa jadi boleh bawak sendiri.Kot la sakit ke kan.Emergency ke.
Itu tak masuk dalam hal seharian, kalau kita asyik la bergantung pada orang lain, sampai bila.Nak nak kalau kita ni perempuan.Semua hal suami kita yang uruskan.Ditakdirkan kita kena tinggal, hah harus lah kuar statement ' lumpuh aku tak der suami '.Sebab apa apa pun kita harapkan dia kan.Aku kalau boleh nak elakkan dari SANGAT bergantung pada orang lain.

Lagi best bila aku nak balik kampung, tapi jarang la aku balik sendiri.Melainkan kalau roomate tak dapat ikut.Memang aku akan balik sendiri.Lepas kerja aku terus berambos.Kadang tetangah keje aku dah berambos juga.Hah, nak balik kampung kan.Mana boleh delay.

Kalau bab mengajar, aduh !! yang ni agak sesak sikit.Sebab kita ni nak ajar orang.So sekurangnya kita kena tahu apa yang kita nak ajar.Aku rasa dalam bab kebergantungan harap, bab ni la paling perit bagi aku.Kalau dah memang tak tahu acaner nak ajor orang ye tak?betul, nak tak nak kena juga belajar.Itu lah yang berlaku sekarang.Aku terpaksa minta bantuan sahabat yang bermurah hati untuk mengajar pelajar aku dan mengajar aku sekali.Tapi ye la, kita ni nak minta MASA orang bukan mudah tau.Sebab dia pun ada MASA dia sendiri.Dia juga ada tugas yang harus dibereskan.Tak kan kita nak minta tolong orang tu kena ikut MASA kita kan.Harus la kena debik nanti.

Jadi untuk memudahkan kita pada masa depan, kita kenalah belajar sama bila pelajar belajar tu.Tak payah nak sombong badak sangat kan.Bio orang bergantung pada kita jangan kita bergantung pada orang...hehe bole ke gitu?

Thursday, February 21, 2013

Tiada Yang FREEE...

mak rasa ,sejak 2 menjak ni kan pinggang mak sakit la, nak kata datang bulan tak juga
oh, yeke nok's. 
Ye la nyah, kadang tu nak solat pun duduk tau
oh dah macam embah embah kan 
embah pun semayang diri nyahhhh oiii, faktor usia kot ek
ye ke? aku tak pulak rasa macam tu, sebab aku makan suppliment kalsium 
ooo ye ke?kau memang makan ke?
urm, ha ah la aku makan suppliment, gigi aku pun tak ada darah darah, kan kadang ada orang tu gusi dia kuar darah kan 
hah, ye la.gusi aku pun kadang macam tu juga
urm, ye la tu.ko kurang kalsium. 
ni pun kaki aku kekebas juga kadang tu
oooo kau kena amik suppliment ni.kau rajin tak minum susu? 
kadang ikut mood la

**antara petikan aku dan kawan suatu malam...

Selang 5 hari dari tarikh aku berwassup tiba tiba

zan, nanti datang depan ambil barang u dah sampai
erk?saya?...hah ok ok 

dalam hati aku berdetik ' eh bila masa pulak aku order barang ni,rasanya tak ada pulak aku beli barang '

sekali aku bukak???...hahaha hambek kau, kawan aku pos pil kalsium ok.aduh la...dalam hati berbunga bunga, eh eh baiknya dia.aku pun sms la dia.

eh pil dah sampai , tenkiu. berapa ek 

[ ok fine aku berbudi bahasa.ikutkan x perlu tanya rege, sebab aku tak pernah order pun kan ]
oh ye ke dah sampai ya, ummm 68rm

ok , dah nampak??? tak ada yang FREE KAT DUNIA ni.Kalau dia cakap ' eh tak apa la, kau kan sakit pinggang kau makan la ubat tu mana tau serasi, next time baru bayar'....ni dia bagitau rege.Dah tu?tak paham paham lagi.

Wednesday, February 20, 2013

Motong Lagi Baik ....

Eh , kamu sorang je? pakcik mana?

Bila aku tengok dia buat kerja sorang sorang

Pakcik tak nak datang dia cakap ' kau pergi la belakang, sok sok pakcik bukan kerja telekom, pakcik motong jugak'

Jawab dia

Hah??dia cakap macam tu dengan awak?

Hati aku dah mengembang dah masa ni

Ya puan, dia cakap macam tu.

Ada satu suara lagi,

Pakcik yang ni pun tak ada puan, kesian dia buat sorang sorang

Dengan hati yang hangat membara, ku terus ke depan [ kelas ].Amboi, kemain dua orang sembang [ katanya ada masalah ].Aku pun ' ish, nak sound ke tak ni, nak sound ke tak ni?'

Naa, ko tau pakcik cakap apa? [ terus la cerita dengan opismate ]

Then opismate jawab

Tu hah KJ pergi cakap dengan dia, pakcik tak minat.

Aku pun terus bukak pintu kelas

Chek, kenapa tak kebelakang??

then dia jawab

Oh, kami ada masalah sikit cikgu, nak bincang kejap [ muka sehabis baik ]

aku terus blah dan sempat se'DAS' aku kasik

Oh ye ke? ingat dah tak minat lagi dah,

Aku terus tinggalkan mereka dengan keadaan yang serba salah [ ye ke rasa serba salah ]

Dan tak lama aku kebelakang dan mereka mengikut ku.

Nah !!..acane tu? mana tak kami ni menyirap je dengan kaum kaum nak pencen ni.Bukan nak cakap apa.Patutnya la kan.Kalau orang macam tu disiplin tu kena jadi contoh la.Bukan sebaliknya.

Yang aku menyirap tu, jawapan dia.Kalau kau rasa nak MOTONG lepas ni.Baik amik kursus motong gotah terus.Tak payah la nak bersusah payah datang kelas pukul 8.Eh silap, 8.30 pg baru masuk.

Nak kata mulut aku laser?lantak kau la.Nanti boss aku melenting dengan aku jugak.Kalau aku ni tak kena marah, tak la kan.Saya pun tak jadi masalah [ ttiba nak guna saya..apakah?? ]

Yang paling tak syiok tu, acer kamu mengajar LAKI KAWAN KAMU.Adeh !!! kalau tak banyak hal tak apa.Kalau macam macam hal?

peace yooo !!! 

Balik tido je la macamni, tak payah masuk kelas.


Tuesday, February 19, 2013

Penat La Oii.........

hai, pakai baju biasa ada gotong royong ke?

tu baru satu

eh ada 5s ke?

erk....

eh pakai seluar?

Aku pakai seluar je pun bukan aku tak pakai spender.Adeh !! la.Aku pakai seluar dengan tshirt je bulan ni sebab kelas aku 1 bulan penuh.Kiranya bulan penuh la semester ni.Eh sebelum tu aku kena sound dengan bos masa nak apply cuti.

Semester 1 dah ajar?Bila nak ajar ??

aku pun diam je la.nak buat acanerkan.malas nak layan la.kan dilayan dengan aku aku sekali meroyan.gasakkkk !!! kau la.ikutkan sebelum ni kaum adam je yaang ajar modul tu.Tapi disebabkan beberapa faktor makanya aku pun terpaksa la mengofferkan diriku untuk mengambil modul ni dengan relahati.cakap banyak pun tak guna.nak maki pun buang masa.

perasaan?hahaa memacam perasaan ko.aku dah 3 ke 4 kali pergi kursus pasal modul ni.tapi pandainya idak.tu la kalau kita tak apply memang tak akan hengat kan.belum ajar memang memacam hal.bila dah ajar pon emm boleh la.tak ada la susah sangat.ye dak?nak nak kelas aku ada 2 orang tua.adeh !! sempott makcik.soalan kadang saja nak trap aku.haish !!!! ada juga aku sekeh kan.

aku ada masa 4 minggu untuk habiskan modul ni.sempat tak sempat kena sempatkan juga.

dah la haritu aku sibuk kenduri kawen adik ipar.hah yang tu ada cite tau.mesti korang tak caya.aku bekerja keras okeh.memang siaran langsung.badan aku memang penat.macam tak rehat je kan.kenduri 3 hari aku bekerja keras.then balik mendobi melipat mengiron.lepas tu aku kelas kehulu hilir.kelasnya kat belakang, opis depan.sambil sambil tu aku ngemas belakang sekali.dengan menghadap perangai orang meroyan lagi.sempootttttttttt

Ok biarkan dia meroyan dengan labu labunya.Kita teruskan dengan cerita asal.Huih !! aku kelas sebulan straight.Tapi eh eh dah nak habis la pulak.Ala,cepatnya nak habis.kihkihkih lega !!! nyah.

penat ke?ala, bukannya mengajar berlari

oh engkau, sedapnya cakap.tak penat kau cakap.Sambil tunggu diaorang buat kerja aku plak menyambil mengemas apa yang patut.Oh memang semput la.Banyak benda yang patut boleh dibuang.Nak simpan lagi.Aduh la.Yang order teruskan order.Yang ada tak dicheck ok ke tak.mana tak stok menimbun.Nah, aku dah buang separuh.Habis cerita.

Lepas ni aku rest 2 minggu dan lepas mereka naik cuti sem kelas aku semula.Fuh !!!

Eh eh next week kena buat soalan.horeyyyyyyy !! tapi?ada yang tak best la.

Sunday, February 17, 2013

Wahhhh Mahainya Hantaran Dia, ada berlian ke?

Best ke kawin?erk, apa punya soalan la kan.Tah la, best ke kawin ni korang?

Aku?urm..best la juga.

Bunyi tu macam tak best je kan.Eh nko, sapa cakap tak best.Selain dari kita dapat housemate kita juga dapat lepas soalan soalan banggang ' ni bila nak kawin?'..tapi jangan ingat dah kawin tak kena soalan banggang lain plak ' eh eh bila nak ada anak'.hamboih kemain kan.Tanya tu macam semua ni KITA YANG BUAT sendiri.Kan nanti dikatanya bongok, tau pulak marah.Ok biarkan mereka.

Berbalik pada nilai hantaran.Yeps, sekarang ni kalau cakap hantaran seploh ribu itu dah perkara biasa.Dah memang zaman hantaran puluh ribu belas ribu.Masa dah berubah.Barang sekarang makin mahal.Kalau dulu hantaran tinggi mula la presepsi orang kata nak jual anak la, ada berlian ke?tapi sekarang ni tak kira sapapun orangnya, kerja apa sekalipun hantaran tetap melambung.Dengan harga emas yang makin mencanak.Pergh !!! kena kuat kerja simpan duit sekarang ni kalau nak kawin. Ye dak?

Ingat satu ketika dulu, masa tu jaman aku sekolah menengah rasanya.Ada la seseorang ni kat kampung aku la.Time tu rate hantaran paling tinggi pun 6 ribu.Tu pun dah kecoh sekampung.Ada sorang tu 7ribu.Memacam cerita pula dengarnya, kononnya lelaki tu mak pompuan tu tak suka tu yang diletak harga tinggi, biar kan tak jadi.erk !! boleh pulak gitu.

Ok balik pada cerita kampung aku.Kalau kat sana masa kita bertunang pun ada hantaran tau, kawin pun ada hantaran [ ini pernah jadi isu masa aku nak kawin dulu ].Tak kisah lah apa yang kita nak bagi,tepi memang akan ada hantaran.Cincin macam biasa la ada 2 bentuk, 1 untuk merisik 1 lagi untuk tunang.Dan kalau nak tau berapa jumlah hantaran, biasanya ada diberi duit dan dari situ kita tau la berapa jumlah hantaran.10rm untuk 1000rm.Contohnya bakal suamiku memberikan 160rm.Ini bermakna jumlah hantaran kawin aku adalah 16k.Hah, macam tu la.Kalau dia gubah duit tu jadi bunga bunga, ko kira la berapa banyak bunga dia bagi.Kadang tu siap ada yang belek kelopak bunga ok, punya la nak tau sangat berapa hantaran.

Habis tu tak kan nak kat anak orang FOC pulak,ye dak?

Wednesday, January 30, 2013

Siap Sudah

Salam sejahtera semuaorang,

Alhamdulillah, setelah berbulan bulan akhirnya siap dah rumahku ini, tenkiu abah untuk semua ni.Sayang lebih sikit la **wink²

Rumah ni  bukan untuk duduk sendiri, tapi untuk disewakan.Tapi kalau tengok macam sayang je nak disewakan.Keluasan dia dalam 20 x 65 rasanya.Eh main rasa rasa pulak.Ye la sebab aku lupa la nak tanya detail.

Siap grill, kicthen kabinet,lampu kipas tempat mesin basuh, basuh baju bagai..amboih,best betul kalau ada tuan umah baik hati sediakan semua ni kan.pernah juga kami cakap ::

Ala, buat biasa - biasa dah la abah 

Ko tau apa jawapan dia?

Eh, jangan macam tu, tak  baik.Kita boleh duduk rumah selesa,kita sewakan dengan orang.Kita ambil duit sewa,biarlah rumah tu selesa macam kita yang duduk rumah tu 
Memang best la kalau dapat tuan umah super baik hati macam ni.Bila rumah ni dah siap, macam biasa la kan.Orang semua nak cadangkan harga sewa yang berpatutan.Ada yang kata :-

Kalau aku kan, RM 300 aku letak 

tak kurang juga yang cakap

Eh eh, kalau la cikgu sekolah tu yang nak sewa, harus RM330 sewanya

Ditambah lagi

wahhh, seronok la kan nak sewa murah murah, rumah nak best.Argh tak ada deposit 3 bulan termasuk deposit api air so semuanya adalah RM900 ya depositnya

Hah, lantak la semua nak cakap pasal sewa,kemain lagi kan.over tau.Dapat kat abah aku, ko nak tau berapa dia bagi??RM 250 sajork.

Dan,alasannya adalah :--

Selagi abah masih hidup,selagi abah masih ada,biar abah yang tentukan semua ni.Kita ni bila lagi nak buat kebajikan,bila lagi nak tolong orang.Masa kita hidup ni la kita nak buat semua ni.Esok kalau kita dah mati, memang dah tak dapat nak buat apa dah.Tak apa la,kita tolong orang tengah susah.Esok kalau abah dah tak ada, terpulang la ko nak letak berapa.Tapi ingat??jangan aniaya orang

Dah, jangan kau nak cakap apa apa lagi.Itu adalah muktamad.Kan nanti kalau dia kuar statement

EH,korang sibuk pehalll??? ni duit aku kan.bukan duit korang pon

Harus lah sentap kan?Tapi eh idak lah abah nak cakap macam tu

so?cemana...

Haruslah berderet yang nak menyewa kan.Deposit pulak boleh pilih,nak letak atau tidak.Kalau tak letak,bulan tu kau tak bayar je rumah tu akan di 'OPEN TENDER' kan.Tapi kalau deposit , hah tengok pada kau letak deposit berapa.Cuma kau kena jaga rumah tu macam rumah kau sendiri [ tapi?penyewa aku ada yang hampeh.com ]

Tarikh nak bayar juga kau boleh kawtim,bila sepatutnya last date.Tapi ni abah dah buat pelarasan , last date bayar sewa adalah sebelum @ pada 10hb setiap bulan.Tapi dalam pada ni biasalah kan.Orang orang ni bukannya nak bersyukur.Lagi nak buat onar.Sewa berbulan tak bayar.Ish ish ish !!! mujur la kena kat abah,kalau kena kat aku?? ehem ehem, sila 'BERAMBOS' sekarang juga.No kompromi,nah !!! gitu.

Rumah ni sebenarnya 2 bilik.Sama dengan rumah sewa yang lainnya, ada 8 biji semuanya sama je konsep 2 bilik & dapur adalah besar sepadang.Biasa orang buat rumah 3 bilik dan dapur adalah sejamban keciknya.Tapi,abah ni lain pesen sikit.Ramai juga orang tanya napa buat camtu,dan jawapannya :

Eh,yela ni rumah sementara orang tu ADA RUMAH SENDIRI, lepas kawin tak ada rumah duduk la rumah sewa,tak kan nak duduk rumah sewa selamanya.paling lama pun 2 tahun je la sewa rumah kalau tak Sampai bila kan hidup nak menyewa.Orang yang kampung jauh, boleh la duduk sementara kat rumah ni.Kalau nak yang 3 bilik kena la cari rumah lain [ wah,budget kan rumah kami lariss ] itu kena pandai pandai lah.Mana ada orang dah buat rumah tapi masih menyewa lagi.Rumah pulak depan mata [ sebab target adalah orang kampung berdekatan juga ].Kalau buat 3 bilik dapur jadi kecik, sempit.

Pepepun jawapannya, itu bukan persoalan yang 'wajib' dijawab, kita ada hak untuk memilihkan.Jadi pilihan ditangan anda.


Muka depan [ tapi ni tak kemas lagi ]


Belakang rumah [ versi belum kemas ]


welcome


Bilik Utama


Bilik ke - 2


Dapur


nah !!! siap ada kitchen kabinet lagi
 [ aku dulu sewa dapat sinki BODOH je ]


The Jamban's


Wow !!


Selain dari ruang makan, boleh juga nak bertiduran kat sini


oit !! jangan buat onar ya --> abang kawasan ni [ kihkihkih ]