Friday, November 30, 2012

Penat Nak Cerita ...

Penat ?...urm ikutkan memang penat.Nak nak kalau nak cerita pasal 'anak'.Yess !! aku dah letih nak jawab pertanyaan pertanyaan yang sangat 'bodoh' aku kira untuk diberikan jawapan.Soalan soalan yang memungkinkan aku nak 'slap2' je orang tu sampai mati......

Baru baru ni bila seorang sahabat tanya aku ' zan...aku baru rasa apa yang kau rasa selama ni.Sebab aku tengah hadapi.Cemana kau tabah hadapi selama ni ya?Aku yang baru setahun kawin pun rasa macam tak sanggup nak hadapi'....makanya?...aku pun jalankan sesi kaunseling ,atau mungkin sesi meluahkan perasaan atau lebih tepat meluahkan kemarahan.Hiapppp !! tak baik ok orang tanya kan.Kena jawab bebaik.....kata nak jadi isteri solehah [ erk ! motip???]

Ada orang tanya aku jugak ' eh korang berdua je senang la ek nak romen melakukan aktiviti berfaedah tak ada sapa yang kacau'..erk !!!

Tak kurang juga soalan paling bodoh ' apa perasaan kau ek tak ada anak lagi'..haha kureng punya orang.

Ok mari sini ku cite ek [ cc :: kawan aku yang banyak tanya ] ::-

Sebelum tu aku nak tanya la, ada ke orang kawin tak nak anak?kalau ada pun memang ngok la orang tu.Hello !! yang belum kawin pun sibuuukkkk sangat nak 'anak' kan?ni kan pulak kita yang da habis berpuluh ribu buat majlis kawin.Mula mula tu memang aku rasa sangat sangat tertekan dengan soalan soalan macam tu.Macam macam perasaan.Setiap kali orang tanya pasal hal ni balik tu confirm nangesh macam mati laki.Hati ni tak tentu hala je ko tau.Kawan pun boleh jadi lawan.Sapa orangnya kan.Tapi??itu dulu.Sekarang tak lagi.Aku makin kuat.Aku makin tuli dengan semua tu.Aku tak peduli apa orang nak cakap dengan aku, apa orang nak cakap pasal aku.Aku tak pedulikan semua tu.Sebab aku yakin, tuhan sayangkan aku.Ada hikmah semuanya ni terjadi.Kalau dulu orang cakap pasal benda benda ni aku rasa sangat sangat kekurangan diri.Tapi, kini aku tak rasa apa apa.erk !! aku pun tak paham kenapa aku rasa macam tu.Aku rasa macam ' gasakkk !!! kau la nak cerita pasal anak ke apa, aku angin lalukan je '.

Kalau orang tanya aku ' kau bila lagi '..aku senyum je, dan monkey mind ku pun ligat ' kesian kau, bodoh...'hah !! nampak kasar kan?...dah tu kau tanya gitu napa?Ingat buat anak macam buat cekodok bilis cicah sambal kicap ke?

Kadang tu kan dorang cerita macam bagusss sangat.Nak aje aku ni jawab ' kau jaga anak kau sudah la.Sibukkan aku yang tak beranak ranak lagi.Anak kau huru hara'..haish !!
Bukan nak belagak.Tapi aku letih nak pikir.Letih nak amik pusing, letih nak terasa rasa, letih nak menahan perasaan.Tak kan aku nak bagitau semua orang apa yang aku buat.

Aku cerita dengan kawan aku yang sekarang tengah huru hara jiwa raga.Kalau nak diikutkan berpuluh ribu aku habis.Kalau nak cerita pasal mengangkang?kau tak payah cerita la.Habis doc aku jumpa aku 'tunjuk'.Ikutkan malu memang dah tentu la,Tapi apakan daya.Ada satu tika dulu..kau bayangkan la opismate kau sendiri perli kau depan depan..'idah, cakap dengan adik jangan la amik doc sakit puan.sebab adik tu lelaki'..pergh !! memang sakit sangat hati masa tu.sebabnya 'setan' tu tau aku  tengah follow up dengan doc sakit puan lelaki.Betol, ada banyak doc perempuan.Tapi?yang betol2 pakar & dapat detect kes aku adalah doc lelaki.Aku ingat sampai bila bila apa kau cakap...

Kalau kita fikir je pasal benda ni, memang tak kemana la kita.Usaha tetap usaha.Tapi apakan daya.Korang korang kat luar sana.Kalau nak tanya tu tengok la kiri kanan.Ni aku yang dah kawin , agaknya kalau yang belum kawin lagi?apa lah yang orang tanya mereka kan.Ingat !! semua orang nak yang baik baik.Tak ada sapa nak kehidupan yang tidak sempurna.Semua yang terjadi sudah tertulis.

Aku cakap lagi dengan kawan aku...' kau kena ingat, orang yang ada anak ni sebenarnya tanggungjawab dia sangat sangat besar.Tuhan tengah uji mereka untuk membesarkan anak anak di akhir zaman ni.Dugaan makin banyak diluar sana.Dan kau kena ingat juga, anak bukan jaminan syurga.Kalau didikan tu elok, maka elok lah.Kalau mak pun hidup huru hara, anak apatah lagi kan?'......

Tapi, sapalah kita nak menghukum orang kan?...biarkan la apa yang dorang nak cakap.Biarkan mereka cakap selagi mereka mampu.Biarkan mereka bebas untuk berkata, kita tak mampu merubah apa kata mereka......


Dari aku pening dengan soalan2 ngek tu,Baik aku picit jerawat

Monday, November 26, 2012

Ye La Sangat ...

Kisah berlaku disuatu malam dikala bersiap siap nak pegi kuar makan :-

aku :: urm, lepas ni nampak gayanya no tudung,no enbag, no pavi,no kolumpo,no lepak lepak makan tuti puti...everthing is no no no. Pakai la enbag ni sampai jahanam [ sambil ku membelek cik 'c' berry ].

roomate :: Ye la sangat tu, tak percaya aku ... 

aku :: hahahahaha [ gelak setan ]..sampai hati kau tak caya.Tapi, ye la kan.Belum apa apa hari hari dah blog walking.Hari hari intai enbag baru idaman hati.Tapi ada 1 lagi tu hah,Yang leather tu.Jarang pakai.yang ni nak pakai sampai jahanam la [ sambil belai cik 'c' ]

roomate :: dulu masa JaNDa pun cakap macam tu jugak, tapi?makin melampau aku tengok.Beribu jugak beli enbag..

aku :: hahahaha [ lagi kuat aku ketawa ]...argh !!! kau.

roomate :: hahahaha..........konon kan.

aku :: Tapi, ye la...ni pun tunggu gaji bulan 12 nak grab tudung PH lagi.

roomate :: tengokkkkkkk...

aku :: Ye la, sebab rugi tau tak redeem 30%......

roomate :: kannnnnnnnn dah kata.

aku :: Ye la kan... agaknya kalau haritu dapat 36 confirm la beb !!! setok 'kuar kilang' kita amik ek...[ muka habis kerek..haha]

roomate :: tak apa la, tu la hikmah sebenarnya..nanti kalau dapat, amik la yang 'kuar kilang'..

aku :: hah?tapi..aku la kena bayar??..argh !! memang TAK LA KAN.....kau yang nak, kau la bayar.

roomate :: tengok??

aku :: ye la...aku kan nak jadi pompuan kaya......[ ketawa macam kena histeria ].kan tanggungjawab isteri ngabihkan duit somi.Sebab, nanti kalau somi banyak duit.Confirm !!! somi menggatal dengan anak dara orang.

roomate :: oooooooooooooo gitu..

aku :: nasib kau la...kata nak jadi suami mithali.Jangan sesekali derhaka dengan isteri .. muahahaaaaaaaa

roomate :: kehkehkeh..ampeh

** sekian sedutan cerekarama bertajuk :: bini ku mata duitan **



cik ted sayang 'abang' .... 

Sunday, November 25, 2012

Andai Itu Takdirnya ....

Setiap orang ada masalahnya sendiri, setiap orang juga ada ujiannya sendiri.Andai itu takdirnya, kita kena hadapi juga kuat tak kuat, kena kuat lah.

Bulan ni macam macam cerita aku dengar.Ada yang sedih dan tak kurang juga yang gumbira.Aku ni kadang jadi kaunselor pun boleh, jadi setazah pun boleh, jadi batu api??lagi la sangat boleh.Wah !! serba boleh katakan.Kau bole?.........jalannnnn

Beberapa bulan yang lepas, masa aku balik kampung mak aku bagitau sepupu aku dah peknen.Biasa la kan, semua pun bergumbira sakan.Ye la dah 10 tahun lebih kot dia kawin now baru nak melekat's.Then last 3 week aku dapat tau yang dia dah bersalin.On Fine !! tahniah dah beranak.Yang paling terkejut's sangat tu.Last week GF sepupu bagitau yang anak nora [ kazen aku ] tu ada masalah jantung dan doc kata anak dia ada jantung berlubang.Ui....besar betul dugaan nora ko tau.Dari kecil lagi dia tanggung derita.Lahir dari keluarga yang memang huru hara.Dengan bapak yang panas baran.uiiii.. ngeri beb.Sekarang tuhan uji dia sekali lagi.Moga dia tabah hadapi dugaan ni.Andai Itu Takdirnya...

Semua orang idamkan perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat.Betol, kita ni manusia biasa kalau nak dapat apa yang kita nakkan [ perfect ] memang sukar nak dapat lah.Kita kena terima kelebihan & kekurangan pasangan kita.Aku terkejut juga bila dapat call dari kawan aku cakap yang ' izan aku dah cerai' kau bayangkan la yang kawan aku tu baru kawin bulan April tup tup dah cerai raya haji haritu.Alasannya ' tak bahagia selepas 1 bulan berkahwin' [ menurut kata ex-SUAMInya ].Kuang ajor ek?kawin 1 bulan kau dah cakap camtu.Dia ingat kawin ni pakai buang kot.Ke?dia nak 'TEST' ok ke tak?..otak kau.Tapi, tu la.Kita memang tak dapat nak menidakkan sesuatu perkara yang berlaku tu.Andai itu takdirnya ...


**Bila nak ke sini lagi? *

Macam tu juga aku.Tahun 2012 memang memberi kesan yang amat besar dalam diriku.Macam macam hal berlaku.fuh !!! tahan tak tahan je la nak hadapi semua tu.Mungkin ada yang tau, dan mungkin ada yang tak tahu.Aku memang kena redha atas ketentuannya.Ikutkan hati memang akan ada yang mati.Tapi?alhamdulillah diberikan akal & fikiran untuk memikir sedalam dalamnya tiap tindakan yang nak dibuat.Bila difikir balik, inshaallah apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, yang kita pun tak tau....

Wednesday, November 21, 2012

Pasrah..

Pasrah ....... amboih ! kemain senang nak suruh pasrah kan.hait !!..aku nak cerita sikit pasal kerenah kerenah setuden aku tu hah,Ya ampun, kalau tak bagi kita sakit kepala sehari memang tak sah tau.Ada je yang buat kita nak membebel.Kadang tu kelakar pun ada perangai dorang ni.

Kes yang baru ni jadi, bila ada sorang masuk bilik kami then bagitau ada orang sakit.Wah !! kami pun ala - ala, eh eh bantuan bantuan.Bila kawan aku cakap yang budak tu sakit perut sampai nangis nangis duduk kat bawah lantai aku pun macam eh eh apa ke teruk sangat tu kan.Aku pun dengan penuh kekuatan keluar la tengok.

Budak gedik tu dah nangis.Aku pun tanya lah dia :-

 ' hah, awak ni sakit apa?'

--> GASTRIK

'habis tu?makan tak tadi'

--> tak makan

'hah??? tak makan?dah tau sakit kenapa tak makan'

--> dah tadi DM lauk daging, saya tak makan daging

'dah tau tak makan daging, susu ada??biskut ada ?? roti??..makanan lain ?'

--> tak ada

'tak ada???......kita ni kalau tau kita banyak sangat hal itu tak makan ini tak makan, kena la ada standby semua tu....'

Aku terus blah, malas nak layan.Lagi aku tunggu, lagi banyak pulak budak tu makan maki.Adoiyaai !! nampak sangat kan?tak matang.....


nah !! aku bagi kau makan unta sampai pengsan..

Tuesday, November 20, 2012

Berita Terkini ...


MOOD :: TAK PAYAH NAK BANGGA SANGAT LAH.tengok berapa lama boleh tahan...haha

Saturday, November 17, 2012

Kalau Gitu Ceritanya ...

Phew !! lama kan aku menyepi ?Ikutkan banyak nak cerita tau, tapi itulah kemain malas kelaut aku ni.Nak nak sekarang ni jadual aku macam padat gitu.Rasa macam ahli parlimen pun ada juga kononnya.Tapi ye la kan, setiap manusia tuhan bagi 24 jam sehari , so pepandai la kita nak adjust timing kita.Tak payah nak poyo sangat kata kau sibuk sangat la sampai kentut pun tak perasan..

Kerja aku macam biasa la.Aku kan dapat kelas hujung hujung.Makanya? harus la berbogel sambil membuat kerja kan.Dengan kelas yang nak dijenguk, dengan kertas merah biru nak minta dibelai, dengan aktiviti yang menyesakkan kepala, dengan bermacam kejadian yang harus ditempuhi ,dengan kerenah manusia yang minta penampo percuma.Apa pun harus bersyukur sebab kita masih lagi ada kerja kan.Pepepun i love my job but i hate my &*^.[ hahaha.....sori &^% aku memang tak suka kau.nasib kau la sapa suh jadi &^% akuyangmacemharemm ].

Jadual aku kalau hari biasa tu isnin -> jemahat sama je sekarang ni, pagi 8 - 5 kerja macam biasa, lepas tu aku akan berbadminton sampai 6.30ptg.Balik sampai rumah dah 7 malam.8.30 malam pegi ngaji dengan muka terpisat pisat mata stim bacaan kadang kelaut.Dah makin bertambah usia ni kan.badan pun dah tak fit.Kaki pun lenguh lenguh je.Nak tekan clutch kereta pun dah lenguh lenguh ----> [ macam tak ada kaitan je ].Kalau badan pun mengah mengah bila naik tangga.Apakah tandanya tu kan.Makanya harus la saya berusaha untuk menurunkan KG sikit.Yang lagi aku bersemangat yang tak berapa nak semangat ni adalah, bila aku nak cari blouse.Hah !! nangesh ok nerai nerai semuanya tak muat.Ada baju tu habis size aku boleh sendat juga.Nampak sangat kan??nampakkkkk sangat okeh..

Kadang kalau nak cerita pasal hati dan perasaan ni kan memang tak boleh nak diluahkan.Sebab kalau kita luahkan ada je yang makan maki percuma.Not good kan..sangat not good.Tapi sebagai insan biasa yang punya hati dan perasaan kau akan terasa nak marah terasa nak sedih terasa macam nak telan orang idup idup.Tak payah cakap pasal nasib a.Semua orang tau qada dan qadar ketentuan tuhan.Itu tak dinafikan.Tapi, sebagai manusia biasa yang kadangkala alpa, perasaan itu tetap berlegar legar dalam pala otak kau.[ fine !!! aku macam merapu dah ni.ok STOP !! ]


CIK TED mood :: menyampah !!!