Thursday, June 27, 2013

Air Oh Air ...

Assalamualaikum ....

Oh air, dimanakah dikau?...Dikau dimana, marilah kepadaku..ewahhh !!

Hah, korang tau tak? badan kita memerlukan air yang banyak.

25kg = 1 liter air.

Oleh itu, kalau berat kau 50kg kena la minum 2 Liter air.

Kalau macam aku, yang 73 kg [ sebelum diet ] kena la amik 3 liter air.

Nah !!! , itu pasal la dalam sehari sebaiknya kena minum 4 liter air.

Ada yang cakap 4 liter ait termasuk air dalam buah, masakan dan seangkatan dengannya.

Tapi, sebaiknya 4 liter tu adalah air masak.

Oh, kalau korang nak tau aku paling takut bila coach aku sms ...

Salam, akak harini dah minum air berapa liter?

Uwaaa !!!!!...

Aku kena fight untuk air ok, doaka kejayaanku..

Bila Izan Cakap Pasal Diet ...

Assalamualaikum, sahabat saya sihat?...

Diet ,

Tentu korang dah sinonim ataupun jelek dengan perkataan ni bila lepak blog aku kan?Memang aku akui tu, aku ni sembang je lebih, hasilnya memang KELAUT.Orang lain kebintang, manakala kau KELAUT.

Tanpa kesudahan, duit habis beribu [ sorry mate, dapat roomate yang MEMBAZIR ].Tapi, kan ke membazir tu amalan setan jahanam.

Untuk kesekian kalinya aku berfikir berfikir dan terus berfikir.Dengan keadaan kaki aku yang makin teruk sakitnya ni.Aku perlu 1 keputusan.Ok, jumpa doktor dan check apa yang patut.Atau aku perlu ubah cara pemakanan aku.

Kalau aku jumpa doktor, confirm dan sangat pasti lah ' AWAK KENA TURUNKAN BERAT' Nah, kau dah tau akan jawapannya.

Memang, ada yang cakap ' eh eh kau bukan gemuk pun '.Yes, aku tau aku bukan gemuk mana kalau nak dibandingkan dengan HULK HOGAN tu, tapi aku rasa amatlah tak selesa.

Bila kau kuat peluh, badan kau bau macam belacan, peha kau bergurau senda antara satu sama lain, bila period je peha kau akan melecet [ aku pakai whisper wing ..so, memang kesat sikit ] ,bangun tido sakit pinggang , berjalan sikit kaki kau akan sakit sampai bontot , perut kau membukit , naik tangga mengah , naik motor tayar pun nak pancit dann bila kau lalu depan tv 29 inci yang gemok dan besar tu roomate kau cakap ' excuse me, boleh tepi sikit tak? tak nampak la ', Nah !! apa maknanya tu? tell me ? tell me?..kau masih nak kata ' KAU TAK GEMUK MANA PUN '.Boleh ke?....kau mungkin boleh.But not me [ eceh, cakap omputih ] nampak sangat benggang kan?..hik's

Kalau nak ikutkan , perlbagai produk aku pernah cuba.Dari teh sampailah susu.Memang la ada perubahan, tapi? kalau disiplin kau tak ada, memang tiada guna langsung.

Pernah dengar kan kevin zahri  ? aku rasa nama ni sinonim untuk orang yang gemuk sibuk nak kurus.Aku pernah beli buku dia juga.Kalau nak ikutkan aku ni boleh konvo bab makan sihat la, bab senaman, bab kalori , bab kerbohidrat.Macam - macam kaedah cara nak turunkan berat aku baca.Memang aku guna sehabisnya la internet ni untuk cari maklumat.

Secara TEORInya , aku dah berjaya, tapi?secara amalinya?...oh terjun tiruk.


Yes, aku antara overweight ke obese 

Wednesday, June 26, 2013

Di Manaaaaaaaaaaa.....

Assalamualaikum, salam jerebu.Eh eh masih jerebu kan kat luar sana.

Kehadapan semua sahabat yang merindui diriku ini, kesenyapan ku beberapa ketika adalah kerana ku banyak sangat aktiviti yang memerlukan komitmen dariku.Nah !! orang kalau populer dan hangat memang menjadi rebutan semua.Korang kena percaya tau kata - kata aku ni.Hik's

Last entry aku pasal SELAMAT HARI GURU buat semua.Lepas tu memang tiada entry, woaaarrrrrrrrr..apa yang terjadi?Oh lepas tu kan sibuk dengan pilihanraya, masakan kalian lupa.Aku juga turut sibuk membuat kempen 'TOLONGLAH PANGKAH SAYA'.

Lepas je pangkah, aku terlibat untuk menjayakan Pertandingan Robocon.Ko bayangkan la.dengan kelas aku yang ribut taufan, mana nak bagi mereka tugasan, mana nak pergi meeting, mana nak menanda.Wah semuanya ke mana kan.Habis je Pertandingan Robocon aku terlibat pulak dengan Pertandingan Kemahiran.

Walaupun aku hanyalah seekor serangga sahaja, tapi aku kena la tunjukkan komitmen terhadap kerja yang dipertanggungjawabkan ye dak?Eh namun gitu aku sempat juga online.Kan online sebahagian jiwa saya.Ei macam geli je kan?..geli erk !!

Lepas tu mula la sibuk dengan nak siapkan tugasan student semula.Sebab mereka dah nak habis.Oh sapa cakap kami senanang lenang? terima kasih pada yang cakap tu.Kami sememangnya goyang kaki der, hah..lempang mau?

Habis peperiksaan nak menanda, bila semuanya selesai.Ewah !!! ada pulak majlis dah nak dekat ramadhan ni.Amboih , tak senang tau nak puasa sunat.ehek's.

Pelancaran Kolej Vokasional akan diadakan kat tempat aku kerja.Oh Myyyy......terima kasih atas tugasan baru ini.

Roomate ajak kita bercuti tau.... ehem ehem