Wednesday, March 13, 2013

Mari Menyampul Dinding ..

Assalamualaikum, selamat siang semua orang.Kalian gimana?baek baek aja?--> wah..mengindon ku harini.

Hati macam ada sikit girang sebab esok adalah aku coti.Best best best.Coti gantian bagi orang yang cintakan kerja macam puan wumpot ni.--> ini semua poyooooooooooo.

Ok, selalu tau suka menyimpang.Kali ni nak cerita sikit pasal sampaul menyampul dinding.Maklumlah , aku kan tak ada buku sekolah yang nak di sampul.Berangan nak buat wallpaper ni dah lama benornya.Berangan kan memang hobi aku kan.Sesajor berangan.

Tapi biasa la, kalau nak buat tu nak yang murah je.Rupanya, kalau murah tu adakalanya akan jadi lebih mahal.Bergantung pada keluasan juga ye kengkawan.So, aku dapat lah beberapa ilmu baru pasal wallpaper ni, apa yang kita perlu tahu..hik's

1 - Kalau harga wallpaper tu murah, kena tengok panjang dan lebar dia.Biasanya kalau harga dalam RM 150 per/roll size dia adalah kecik. [ ok aku lupa bab size / ukuran ].

2 - Macam aku punya RM480 /roll.Makanya bukaan dia besar.Untuk dinding rumah aku dapat 3 dinding untuk 2 roll.Tak silap aku size dia 42' x 15 meter [ mahap kalau aku salah ].lama nau la tak ingat.Tu pun ada baki lagi tau.

3 - Wall paper ada beberapa jenis ok.Yang mahal ni biasanya wallpaper korea.

4 - Kalau kita pilih corak corak, makanya banyak juga la kita kena pakai.Sebab dia nak matchingkan corak masa nak pasang nanti.Tapi kalau beli yang plain tak perlu risau sebab dia boleh hentam je.Kan plain tak ada corak.

5 - Perlu diingatkan.Konsep kertas.Bila dia basah [ kena gam ] dia akan mengembang.Dan...korang jangan pengsan pulak bila dah kering nanti.Ada yang renggang sikit antara penyambung tu.Sikittt je tak banyak melampau dan tak semua la.

6 - Apa lagi ek?ooooo lepas je pemasangan dibuat, memang akan ada gemebung gelembung tau, so?biarkan je.Jangan usik apa apa.Nanti dia akan hilang sendiri.Dan bila dah betul betul kering tengok lah apa akan jadi.Itu sebab orang biasanya akan pasang ikut kaler dinding asal.Sebab kalau dia mengecut tak perasan.

7 - Kalau langsir rumah dah corak bunga - bunga, elakkan dari pilih wallpaper yang sarat dengan corak morak.Kan nanti serabut perut plak suasana umah.

8 - Kalau yang suka corak jalur jalur, hati hati semasa memadankan dengan ruang ya.Jangan pakai taram je.Nanti kero mata tetamu.ehek's.

9 - Digalakkan untuk memilih warna warna selamat untuk diletakkan diruang tamu.Cuba bayangkan wallpaper merah, langsir pepel, kapet ijau?ngeri tak?

10 - Better ukur tinggi x lebar sesiap sebelum ke kedai.Senang sikit nak suh dia kira.

11 - Tanya juga upah dikira cemana?per roll atau pun lumpsum atau juga mengikut pada keluasan tak pun dia ikut berapa banyak dinding yang kita nak letak.

Ok, tu serba sedikit info yang saja nak share dengan semua.Harap terhibur [ tetiba pulak ].


Sebelum 


semasa - eh utin tu sebokk je


semasa juga, tak siap lagi


Ruang makan, dan yang sebenarnya ruang belakang tu tak tersenarai.Disebabkan ada lebih banyakk suruh juga dia pasang.


cecorak


proses men'GAM'


ehemmmm...baru la ada merah - merah sikit


sebelum letak frame.Tapi nampak macam pelik ek?
tak apa nanti nak raya aku beli bunga bunga

Tuesday, March 12, 2013

Oh Saya BerTabita...

Assalamualaikum..

Nama baru, suasana je lama.Cerita masih ditakuk yang lama.Rasa macam bagus je kan bila tukar nama belog ni.Terasa diri goblok.huih !!.. kita tak kisah kalau orang nak baca belog kita.Tapi kita dah bagitau dulu dulu.Kita tak suka kalau ada yang sibuk sibuk macam monyet dengan kita [ sori onyet, pakai nama mu -- ampoon ].

Biar la kita berada dialam rumput rampai yang hidup melata.Cukup masam panggil bangala suh mesin.Cukup !!..tak payah nak semak kepala.

Ok, kita balik pada cerita asal.Oh saya baru habis bertabita.Ingat ya, baru habis maknanya dah tak pakai lagi.

Tau kan tabita tu apa?ala..produk yang sedang hangit dipasaran tu.Yang rerata testimoni dok menceritakan akan kehebatan produk ni yang bisa membuatkan kulit mukamu halus bak bulus kucing ku si utin tu.Ate, cuba gugel testimoni.Majoriti akan cakap

 ' mula mula pakai muka akan pedih perit tegang, tapi cuma untuk beberapa hari saja, lepas 1 week...wah !! bercahaya tak payah pakai make up pun dah cungggg '

Itu kata mereka, nak dengar kata makcik wumpot pulak tak?

Mula mula nak pakai tu memang takut ko.Sebab semua testimoni cakap pedih pedih kan lepas 3 hari.Masa mula nak pakai tu dah kira, kalau aku pakai sekarang 3 hari lagi aku kena bertugas kat PD.Panas pulak tu cuaca.Aduh, cemana ni.Tapi sebab lepas tu katanya akan jelita kan.Dah nama pun pompuan harus la menerai.Aku gasak je la,tenyeh kat muka.Hari pertama berlalu, oh alhamdulillah.

Hari ke 2 .. urm masih sama lagi.

Hari ke 3 .. erk, ok ok bagus.sama je.

Hari ke 4 .. alamak, patutnya harini dah start pedih.Pejam pejam mata la masa pakai.Eh, maish sama juga

Hari ke 5 -- 7 .. ok fine, muka aku masih sama ok.samaaaaaaaaa.Adakah tiruan?urm tak berani nak cakap.Sebab aku beli dengan penjual yg jual set original katanya.

Dah, tak payah nak menghitung hari.Samaaaaaaaaaaaa je oi.Sampai ke sudah aku pakai muka aku tak ada rasa pedih walaupun 1 saat.Memang tak ada.Bila aku bagitau penjual tu.Dia pun felik gak.Sebab orang lain semua pedih.Aku je yang keballl.Kulit keturunan buaya tembaga agaknya.

Bayangkan la 1 bulan pakai.Tak boleh pakai bedak semua.Tapi kan walaupun tak pedih ada juga yang tegur.

Muka ko ni kan bersih je.

erk?bersih apanya.kau tak nampak itam ni?

Ala, tu normal la kulit gelap.Tapi jerawat tak ada.Aku dapat rasakan muka ko kan licin je.

Hah, ye la ko.Muka aku memang jarang la ada jerawat.Kadang kadang je.

urmmmm, tapi ye la.Apa yang aku perasan, sejak pakai benda ni 1 bulan muka aku macam tak ada jerawat hinggap.lelain tu.. macam biasa je la.Kan nanti aku cakap lelebih kata pulak ..

ini semua poyooooooooooo

Jadi aku ambil keputusan , pakai balik produk lama sudah.

Kalau korang nak try produk ni?urmmm sukati la kalau nak pakai.Aku tak kata tak bagus, aku juga tak kata bagus.Ikut kesesuian kulit muka la.Aku beli hat trial set pun dah sangap.


ni bukan aku punya --> aku gugel je tah sapa punya
 [ aku pinjam la ek gambor sebab aku punya dah bagi ciktong sampah merah pakai ]

Kesimpulannya --> Kau suka membazir kan??....

Friday, March 8, 2013

Enjoy Your Holiday ...

Assalamualaikum kawan kawan ..

Aku nak share sesuatu dengan kamu kamu dan juga kamu semua.Mungkin ada yang dah buat, dan ada juga yang mungkin tak buat ~~ oh itu adalah aku aku dan aku la tu.

Situasi ni berlaku masa aku buat soalan final last week. Petang tu aku nampak dari bilik kat kaunter depan hotel aku duduk tu ada orang macam kecoh kecoh.Drai jam 5.30 petang kejadian tu.Sampai la malam  dalam pukul 10 kot.Tak pasti.Aku turun makan jam 7 petang.Dengar la dorang bising bising pasal bilik.

Kami beranggapan dorang tak puashati dapat bilik tak best.Tak pun dorang dah bayar tapi hotel kata tak bayar.Memang kecoh beb, siap ada yang rakam aksi aksi tu lagi.Habis kat situ sebab malas nak kepochi sangat [ walaupun rasa nak duduk je situ dengar apa yang jadi ]..dasarrr penyibuk.

Lepas sarapan pagi terus lalu depan kaunter.

eh semalam acaner?settle?
--> dah kak 
oh ye ke, sampai malam kan?dan akhirnyaaa.... 
--> ha ah dari pukul 5.30 ptg sampai la malam dan akhirnya dia keluar la. 
oo ye ke?dah kenapa?tak puas hati bilik?

Dan dia pun bercerita, maka ceritnya begini :-

DIa dapat hadiah la kononnya dari 1 syaritkat insurans, percutian 3 hari 2 malam di Hotel SM PD.Dan dia pun bawak la anak anak sedara untuk bersuka ria.Siap bawak barang nak masak masak lagi [ aku tengok ada sos mee hoon.hehe ].Sampai je dekat hotel nak check in la kan.Dan hotel bagitau tak ada pun sebarang reservation untuk penginapan dorang tu.Lepas tu pun apa lagi, mula la cerekerama segala.Amboi siap bermakian lagi ko.

Hotel suruh dia call agen tu.Ada ke patut, dia suruh agen tu yang call.Haish !! macam lawka la pulak sebab pesal plak hotel nak call, padahal dia la patutnya call.Dan dia yg kena tipu.Dia tetap salahkan hotel.Kata memacam nko.Siap nak ugutan semua la.Habis manager & GM hotel turun.Fuh !! hebat tak hebat.Buat malu melayu's je tau.Siap cekak kolar manager lagi, siap cakap lagi, kalau dia tak salah dia suruh receptionist manager tu resign.haha lawak ek.Dah kenapa kau.

DIa siap cerita la dia dah bayar sekian ringgit, masalahnya dia bukan bayar dengan hotel, tapi dia bayar dengan agen tu sebab nak renew life insurans.Adoiyai la.Nampak sangat tak berapa nak bijak kan.Apa la masalahnya, kau call je la agen tu.Ini ko memekak dan akhirnya ko tak dapat juga duduk hotel tu.Siap makcik dia masuk kat receptionist tu nak kunci bilik hotel.Budak recep tu siap cakap lagi, kami sabar je kak.Sebab dah ditrain jangan melawan.Dia bodohkan kami, siap cakap nak rape la, memacam kak,dah macam gangster dah.

Itulah dia serba sedikit cerita yang aku nak share, dan pengajarannya adalah :-

1. Kalau memana kampeni bagi percutian , jangan nak suka suki sangat okeh.Tak payah nak feeling enjoy enjoy holiday.

2. Call hotel yang kita nak duduk tu, tanya ada tak sesapa bookingkan bilik untuk kita berholiday.

3. Kalau dah confirm ada, hahhh baru la boleh pergi bercuti dengan girang.

Paham tak?Tak payah nak suka sangat kalau dapat free.Mana ada FREE sekarang ni..

So?enjoy your holidayyyyyyyy

Thursday, March 7, 2013

Nampak Sama Tapi Bukan Dia..

' ala, baru nak beli handbag tu tapi dia dah beli pulak '
' alamakkkk baju kau sama dengan baju aku la '

Kehkehkeh alamak?sama la pulak.eh korang kesah ke kalau barang korang sama dengan orang lain?aku? kalau aku tak ada hal la.Tak ada masalah pun, sebabnya sapa la aku kan orang nak buat sesuatu barang tu khas untuk aku.

Aku memang tak kesah punya, sebab aku beli dengan duit aku. Lagipun kalau ramai yang pakai sama dengan kita, ini maknanya barang tu memang best la kan.Itu pasal la ramai orang berminat.Hah, gitu la.Lagipun kau bayar berpuluh ribu ke nak suruh orang buat SPECIAL EDITION kat ko?hahah jangan buat lawak okeh.


macam suka bag ni tapi kaler merah...ehem ehem jom kita beli sesama

Gasak la kalau sama dengan orang pun.Aku memang tak pedulik la.Lantak kau ... kau suka aku pun suka jomm kita pakai sama sama ya.

Tuesday, March 5, 2013

Bergantung Harap ..

'kalau bab bayar bayar bil semua suami buat, saya tak pernah buat'
'eh .. malas la nak ambik lesen, ye la apa guna ada suami kan'
'aku tak tau la subjek ni, kau ajar lah aku tak pergi kursus pun'
'eh, izan kena bantu kak, kak tak tahu la buat ni' 

Selalu dengar akan ada orang cakap macam ni kan.Kalau nak diikutkan memang best kan ada alasan alasan macamni.Tapi sampai bila kita nak bergantung harap pada orang lain.

Macam aku la kan, dulu sebelum kawin teman lelaki [ ayattt !! ] suruh aku ambik lesen kereta tau.

eh, awak ambik la lesen kereta, nanti kereta ada tapi tak boleh bawak, bukan apa kalau apa apa jadi boleh bawak sendiri.Kot la sakit ke kan.Emergency ke.
Itu tak masuk dalam hal seharian, kalau kita asyik la bergantung pada orang lain, sampai bila.Nak nak kalau kita ni perempuan.Semua hal suami kita yang uruskan.Ditakdirkan kita kena tinggal, hah harus lah kuar statement ' lumpuh aku tak der suami '.Sebab apa apa pun kita harapkan dia kan.Aku kalau boleh nak elakkan dari SANGAT bergantung pada orang lain.

Lagi best bila aku nak balik kampung, tapi jarang la aku balik sendiri.Melainkan kalau roomate tak dapat ikut.Memang aku akan balik sendiri.Lepas kerja aku terus berambos.Kadang tetangah keje aku dah berambos juga.Hah, nak balik kampung kan.Mana boleh delay.

Kalau bab mengajar, aduh !! yang ni agak sesak sikit.Sebab kita ni nak ajar orang.So sekurangnya kita kena tahu apa yang kita nak ajar.Aku rasa dalam bab kebergantungan harap, bab ni la paling perit bagi aku.Kalau dah memang tak tahu acaner nak ajor orang ye tak?betul, nak tak nak kena juga belajar.Itu lah yang berlaku sekarang.Aku terpaksa minta bantuan sahabat yang bermurah hati untuk mengajar pelajar aku dan mengajar aku sekali.Tapi ye la, kita ni nak minta MASA orang bukan mudah tau.Sebab dia pun ada MASA dia sendiri.Dia juga ada tugas yang harus dibereskan.Tak kan kita nak minta tolong orang tu kena ikut MASA kita kan.Harus la kena debik nanti.

Jadi untuk memudahkan kita pada masa depan, kita kenalah belajar sama bila pelajar belajar tu.Tak payah nak sombong badak sangat kan.Bio orang bergantung pada kita jangan kita bergantung pada orang...hehe bole ke gitu?