Tuesday, September 25, 2012

Siang Ke Darat..Malam??Terus Ke Laut..

Aduh duh duh..pernah tak dengar pepatah ' asam didarat ikan dilaut dalam periuk bertemu juga ' ewah...itu ikan dan asam.Bila masak asam pedas ikan.Alahai,memang boleh pitam 2 saat kan.nyum nyum.

Itu cerita ikan.Tapi bila dapat cerita izan?hah,harus lah jadi 'siang ke darat,malam kelaut,dalam perut bertemu juga' memang tak boleh nak tolong la kan.Apa pun memang tak boleh.

Itulah kisah diet izan yang makin lama makin mencarut.Hai la izan oi.Aku kan tengah masuk 'cabaran aisyah'.Ye la boleh pulak budak kecik tu main teka teki dengan ibu dia ek.'antara badan ibu dengan badan ibu haikal mana lagi tebal'.Itu soalannya.Sekali jawapan mak dia 'badan ibu haikal'..dia jawab ----> ' badan acu'...uwa !!!!!! ok fine acu sentap 2 minit ek.Aku tak masuk dalam ini teka teki tapi?kenapa mesti jawapan itu adalah akuu..kenapa? kenapa kenapa kenapaaaaaa...

Bila dia call aku tanya makan apa.Mesti jawapan dia ' acu jangan makan banyak nanti gemuk '.Aku ni kan memang kena tau.Kena kuat semuanya.Kali ni memang akan buat la.Mungkin hasilnya adalah lambat sikit berbanding orang lain.Yang penting usaha tu kan..

Berbalik pada tajuk tadi ya.Kalau siang cukup cantik je semuanya.Ku makan ikut keperluan bukannya kehendak.Tapi, bila malam?ala.....serba salah mak jadi oi.Malam aku kan pergi mengaji umah orang.Ustaz datang la rumah tu.Tuan rumah sangat la baik hatinya la hai.Mesti dia akan hidang makanan tau.Aku bukan apa.serba salah.Kalau kita makan sikit,katanya kita tak sudi nak makan makanan dia.Aku memang ligat cari alasan la.Tak kan aku tak nak ngaji sebab makanan tu.Lagi la macam tak logik dek akal.Apapun aku kan memang kreatip..haruslah ku pikior pikior acane nak elak dari makan....errr,nanti saya balik nak makan ,suami saya tunggu..eh eh saya nak kena balik awal ni,dah janji nak keluar..urm..air masak je la.tekak sakit [ tekak sakit betol padan muka ],mulut ada ulser la...tak boleh nak makan [ kene betol meraung kau ].saya dah kenyang la...alamak??saya puasa la.


nowww...izan on MISI MEMBURU LEMAK DEGIL.bolehkahhh kahh kahh

Monday, September 24, 2012

Cerita Wanita Bekerjaya ..

Ecececee, seronot sangat kan bila kita bekerja.Kalau kita tak kerja umpama kita makan nasi tak ada lauk la kan.Ye dop?..eh jap jap..kamuorang seronok tak kerja?seronok kan..malah beronok ronok.Bagi aku?urm..ku redha je la dengan ketentuannya.Ku bersyukur bila ku diberikan pekerjaan.Kalau tak?harus juga aku duduk rumah pakai kain batik tunggu laki balik kerja.Tak pun aku berbaju kelawar disamping sanggul lintang menunggu suamiku pulang dari mencari sesuap nasi..argh ! indah sungguh

Ok dah dah berbalik pada kerja ku.Aku nak start drai mana pun tak tau la.sebab aku pun kadang muskill jugak dengan kerjaya ku sekarang ni.Ikutkan pada surat tawaran kerja dari jpa dulu sebagai pen pengawai latihan.Tapi bila dah lapor diri dan mendirikan diri di tempat kerja.Wah ! bukan je sebagai penolong pegawai latihan.Malahan penolong kepada yang lain lain juga.Ada kalanya penolong pegawai setor,penolong pegawai driver,itu tak masuk lagi penolong pegawai cleaner.Nah !! betul betul multiskill.terbaik !!! orang kata belajar dari pengalaman.Yups, kita kena buat kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.Betul tu, aku pun tau tak payah nak ingatkan 100 kali sehari.Tapi?logik akal la jugak kan.Kadang seronok juga tau dengan kerjaya aku..kadang menyakitkan hati.Nak nak kalau dapat yang atas kita tu sangat sangat sangatttt la macam nyamuk punya kejadian.Haish !! rasa macam nak ridset sekarang jugak.Tanpa prejudis.hikhikhik

Aku lama dah rehat kononya.Sebab kami masuk kelas ikut modul.So, kita akan ajor selama 2 minggu pagi petang sampai besoknya selama 2 minggu.Lepas tu kita rehat la.Masa tu memang muntah la kita hadapppp mereka² itu.Turn orang lain pulak masuk.Sampailah nanti turn kita untuk masuk kelas balik.Tapi,dalam pada free kononya bukan free ok.Tu hah,kertas essemen tu belambak lambak tak menanda lagi.Itu tak termasuk j/kuasa yang kita kena lantik.Tak termasuk lagi kerja - kerja bermusim.Macam aset ke,kik ke,5s ke....hah camtu la.So, bebenda tu kena la buat.Kalau dapat pengerusi yang berwibawa tak apa la juga kan.Dibuatnya dapat pengorsi yang berdiri tegak dikerusi sendiri?mau tak pitam 3 saat.

Itu tak termasuk lagi dilantik untuk j/kuasa pujuk memujuk.Adoiyai, kalau budak 6 tahun ok lagi, tak nak pergi kesekolah.Memang cute la kan kita nak pujuk segala.Ini kalau kawin pun hukumnya wajib, lagi nak kena pujuk.Ish ish ish..tenang izan tenang.Parents call minta pujuk anak dia suh datang belajor.Uwa !! nak gelak pun ada nak sekeh² pun ada.Tak tau nak buat apa tau.Kalau dah mak pak sendiri tak boleh nak handle anak,kita yang tak ada kaitan ni apa kes pulak ye dak?haritu abahnya yang call.Dah selesai,budak tu pun kadang kelas,ku dengan segeranya pun apa lagi ' eh eh kenapa kamu tak nak datang?..kamu marah dengan saya ya.Kamu tak suka saya ya ' jejaka itu pun menjawab  ' eh eh tak ada la puan, mana ada saya marah sapa sapa.Saya tak nak belajar la puan.Saya nak kerja, dah dapat pun kerja tu.Tapi, mak abah saya tak bagi pulak '.Sempat juga la aku bagi 2 3 patah perkataan kat dia.Tahan la beberapa puluh hari.Lepas tu tak datang datang oi.Dari raya haritu terus dibawaknya ke raya tahun depan gamaknya kan.Kali ni apaknya dah pasrah kot.Mak dia pulak datang suh pujuk..alololo syomell sungguh.Udah udah la kan.Kalau dah anak tak mo belajar , nak dibuat apa lagi ek.Itu la budak budak zaman sekarang.Tah apa yang dipikirkan.

eh eh macam tak ada kaitan je dengan tajuk.....harus la kelaut kalau ku ni.

Sunday, September 23, 2012

Perempuan Kreatip Dari Gunung Berapi ..

Hah, bijak la sesangat ye tak?...Harus la bijak kamuorang oi.Aku kan tekanan perasaan betul la, dikala ku menumis numis dengan gigihnya sambil memikirkan menu yang osam seterusnya, sekalik???aik, pasaipa bau dah tak ada ni.Tadi kemain sedap bau dia....nah !! GAS HABISSSSSSSSSSSSSSSSS......uwa !! rasa nak nanges guling guling tau.Mencik mencik mencik.Nak tepon ane gas pun x koser.Confirm datangnya 2 jam lagi.nyampah3..

Tenang izan tenang,ko bayangkan la ek.sayur tu aku baru je masukkan dalam kuali.Kiranya tak sempat lagi aku nak layukan.Mujur la peria telur kan.so, ting ting aku dapat idea.Masukkan telur , gaul sebati aku masukkan dalam oven.Nah !! 1 dah settle.Tinggal 1 lagi menu.Urm...pikir2 eh eh tak pikir sangat pom.Terus je ingat kat rice cooker.Kusss semangat mujur la rice cooker lama tak humban lagi.Selamattt !!...

So,sayur aku masuk dalam bekas dan masukkan telur.Ala ala mcm buat macaroni bakar la tu..Aku campak dalam oven.Berguna juga oven ni kan..bagus3.

Sambung tumis asam pedas dalam rice cooker..hah hambek kau.Mujur la ada pengalaman masa belajar dulu masak dalam rice cooker.

So, hanya 1 lauk dan 1 sayur je la dihujung minggu ni...gas tu?tengok la kalau rajin ku call la ane tu.kalau tak?minggu depan je la kan....

Tuesday, September 18, 2012

Dah Tak Payah Nak DIET Sangatlah oi !!!

Hohoho...stress kan kalau cite bab berat badan meningkat merangkap gemuk terlampau atau erti kata lain.Oh besarnya dia...stress tak?kihkih..apa nak stress kan.Biasa la badan besar, cute apa.Sapa cakap badan besar ni tak cute.Itu sendiri je kata tak cute benornya kan.

Kalau cakap bab diet ni, bukan je korang nyampah nak dengar aku cakap.Tapi?aku sendiri pun menyampah lipas jugak nak cerita.Amboih ! cakap macam esok jugak nak diet.Tapi, dah nak sampai hujung tahun tak juga dietnya.Betul la ada 1 pakar omputih cakap [ ni pun aku cedok kat majalah tau ] 'perempuan ni akan berazam untuk diet 4 kali dalam setahun'.Aku rasa untuk tahun ni baru 3 kali kot aku berazam.Hah, tunggu la 1 lagi bulan 12.Sebab nak kurus pada tahun depannya.hik's..

Aku kan kalau nak cerita bab diet merangkap semoll kan badan ni.Dah macam macam bahan bacaan aku beli.Asal ada je orang cakap pasal produk?habis aku xplore.Kiranya secara teori memang aku dah semoll la.Tapi?praktikal dia memang hancus berkecai.Senang cakap memang hampeh la kan.Aacane la hai....aku boleh je nak nasihatkan orang merangkap jadi dietician kononnya, siap ada beberapa orang akan rujuk aku la, tak menahan tu siap bagi senarai apa yang dia makan untuk haritu.Hakikatnya?aku ni oi...aku ni sampai bila nak MULAKAN..

Kat sini aku nak share dengan korang, 5 SEBAB PELAN DIET kita gagal.eh eh ni aku baca dari http://kevinzahri.com. Aku ada beli e-book dia jugak.Apapun kan, kita kena ada SEMANGAT YANG TINGGI...ayuh !!!!!!!!!


  1. Crash Diet: Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat. Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.
  2. Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.
  3. Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.
  4. Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.
  5. Gagal kawal nafsu makan: Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.
Dapatkan eBook percuma saya – 45 Tip Kawal Nafsu Makan.
  1. Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).
Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.
Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

Monday, September 17, 2012

D'elise Setori .. Eh Eh Dah nak siapp da !!

Kalau loan dah lulus, payment pun gomen dah buat.Hah baru nak kata 'confirm la ini rumah saya'.Oh adalah sangat teruja.Dan macam bias ala rutin mingguan.Aku & roomate akan pantau pembesaran.Hah ! gitu.Kalau dibuatnya tumbesaran terbantut kan ke boleh jadi sewel kejap.Loan kau kena bayar tp?tumbesaran rumah terbantut.Hah padan muka aku.Sebab tu kalau nak beli rumah kena tengok jugak sapa la propety dia.Kalau ala ala je...urm, thinking thinking first ok.Kalau tak?harus kau merana bila tumbesaran rumah terbantut.

Aala, cerita elbih lebih pun bukan orang paham.Kan orang suka tengok gambor je.[ aku sebenarnya ].Eh kenangan ni tak tau la bila akan datang tau dalam hidup.Best what, kalau kita simpan memori memori indah ni [ alamak?? nak burn dalam CD la gambar ni...kan apa apa jadi ada back up ]


Nak siap dah

Tengok dari jauh je

Dah clear kawasan sekeliling tu

ops !! pagar dah start buat


Oh sudah cat tembok

wheww !! pintu pagar dah ada 

Mari ngecheck belakang pulak

Saliran

Oh dalam juga ek

?? aku pun tak tau apa benda

*layan je la gambar ek*

Sunday, September 16, 2012

D'elise Setori .. Booking - Tetengok Jek !!!

Mengimbas kembali ............

Kali ni nak mengedik's la cerita pasal My E'elise.Ikutkan lama juga la kitaoram dok mengushar property mana yang best untuk diduduki.Nak nak pulak time tu kami tinggal di rumahmerpati kan.Nak naik tangga tu memang hazab la kalau kau baru balik dari sopim2 barang dapur.Itu tak masuk lagi kalau jiran tetangga mula shooting drama.Memang haru la.Habis semua pintu aku tutup, dan terperap kat dalam bilik.Dok dendiam sudah.

Satu hari tu kami macam biasa la pergi Giant Mall kat senawang.Dulu memang rajin tau.Tiap 3 hari mesti akan ke senawang.Bosan katako hidup dekat kampung yang metropolitan ni.Haha..sentapp!!.Bila dah duduk bandor metropolitan ni?Nak kuar ke Giant pun malash !..macam hazabb je kau nak keluar --> kerek seh !!

Ok berbalik pada cerita.Dalam pada jalan jalan tu nampak pulak booth Taman Bandar Senawang.Ikutkan banyak taman dah survey, tapi?macam tak menarik je.TBS ni pun ikutkan kali ke 2 datang.Mula tu tengok juga koleksi d'palma.View memang cun la.Depan rumah nampak bukit bukau memang suajana mata memandang.Ciri ciri yang dicari pun ada.Cuma harganya tak menepati ISO..haha RM 330k tak silap aku.Opsss....ciri cirinya adalah Corner Lot.Sebab malas nak pikit jiran kiri kanan [ eh eh tak la..sebab senang nak bela rumput rampai lalang ].

Kali ni terus je la bayar booking RM100.Malam ni bayar booking, esok baru pergi tengok rumah contoh.Bila dah masuk je kawasan taman tu.Pergh !!! jakun kejap sebab suasana macam resort ko.Siap ada  fonten kat ronbot.Then setiap lorong yang jalan mati mesti ada kawasan untuk ko pusing balik.Tak adalah mati kutu kat situ.

Tetengok rumah yang dalam pembinaan.Ciri - ciri yang kitaoram nak pun ada , tapi?2 tingkat la pulak.Acane?yang setingkat semua fully book.Dan rumah aku tu orang sebelum ni loan tak lulus.Decide je la terus.Ok 'confirm' --> pejam mata je nok's time tu.Sebab kira kira kami kena bayor sehibu setengah lebih sikit...haish ! -- tido sambil tangan letak kat dahi .


Saya ada penduduk ditaman ini


Nah !! ada fonten - agak agak sesak tak ada air

Oh time ni sebenarnya rege dah makin naik tau.


Wednesday, September 12, 2012

Kemanisan Yang Semakin Tawar

Orang kata jangan minum manis manis nanti kena kencing manis.Tapi kena lebihkan manis dalam senyuman walaupun senyuman itu adalah plastik.Itu dalam senyuman.Tapi kalau dalam hati ni tiada kemanisan lagi acane?....

Semakin lama semakin menyampah nak masuk 'opis'.Mungkin dah bertukun agakny a berada disitu.Erk !! pindah institut?..ayark !! tak mo cakap cakap, mak ngeri ok.Kalau pindah department mak boleh terima lagi.Tapi? tapi tapi & tapi mak tak hendak ok nak berpindah ke 'depan pintu' sana.Uwaaaa !!! tak sanggup nak beropismate mereka itu..taubatttttt !!!.ei la hai selisih malaikat 44.Silap silap aku je la bertukun kat situ.

Fuh !!! tak tau nak meluahkan macamana lagi.Yups, aku tak kata mereka je tak manis, malah aku jua tak nafikan bahawa aku jua sebenarnya dah kurang manis.ngeee !!.

Betul la apa yang selalu diingatkan .KOMUNIKASI itu sangat penting.Tapi dalam hal ni.komunikasi hanya terjadi 1 hala.Manakala 1 hala lagi?ko ngumpat la tanpa kesudahan.huh !!...bila dah tahap tak manis macamni mula la.Semua pun tak nak mengaku salah kan.Termasuk la aku.....bole ke nak ngaku salah sesado.

Bukan juga nak buka aib sesapa.Tapi sapa yang pernah 'bersama' mungkin akan tahu situasi yang dihadapi.Bila tak tak manis mula la ingat semua yang pernah berkata kata ' kau jejaga la izan, semua dah kena, tiba masanya kau pulak.Kau tabah la hadapinya ok.Kami semua dah tak sanggup nak menanggung'--> oh yes, tenkiu sahabat.Kini betul betul MASA AKU.

Kau di beri surat cinta tanpa sedikit pun perasaan ingin tahu kisah sebenar.Kau di monkey mind macam macam tanpa sedikit pun kau ditanya dengan perasaan kasih sayang.Kau dibuat umpama sampah yang tidak bertuan sedangkan kau tidak dihumban dalam plastik hitam.Kau dipandang sepi walaupun hakikatnya kau tidak kesepian.Kau dipandang umpama gaji doposen walaupun hakikatnya dalam wallet memang tinggal doposen pun..

Bukan niat ingin mengadu domba kesana sini.Tapi hati kecil ni senantiasa dihantui bayangan umpama kau rasa macam nak bunuh nyamuk buat rendang dan bagi orang makan bersama kuah kacang & nasi impit.---> Hah ! tengok?dalam pada kepahitan boleh lagi pikir bab makan.

Kalau nak ikutkan hati ni, mau 3 tahun aku tulis tak habis.Tapi?cukuplah sampai disini saja.Biarlah semuanya menjadi tukun dalam hatiku ni....Biarkan kemanisan dah semakin hilang umpama aku yang tengah kunyah ching gum ni...


Tuesday, September 11, 2012

KL La Sangat ...

Whew !! tak payah mana nak KL sangat la oi..Tiba tiba teringat pulak kata kawan lama ' aku duduk kampung kejap je zan, dalam 2 tahun macam tu la.Tak boleh lama la zan.JIWA KL kan?'..chait !!.Mujur aku tak pengsan masa dengar statement tu ok.

Aku?tak ada la sampai jiwa KL sangat der.Tapi ye la ko,aku memang suka pegi sana sebab kebanyakkan barang ada.Bukan kata kat area aku ni tak ada.Cuma pilihan tu tak berapa banyak la kan.Eh eh aku layan apa, tesco, jusco,giant malahan zemart ok.Tak ada la KL sangat.Cuma aku suka jalan jalan ke sana sebab banyak benda kita boleh cari dengan harga yang boleh diterima akal.Tak kan nak suruh aku pegi kat utara plak nak jalan jalan sopim kan.

Kalau sebut pasal jalan TAR, SOGO memang tak sapa boleh nafikan la.Tempat tumpuan orang pada hujugn minggu, sale ke tak sama je ramainya.Kalau macam aku kan suka pergi hari sabtu.Sebab ada pasar malam.Hah ko, makanan tak payah cerita la.Macam macam ada.Antara larat tak larat je la nak makan.

Kadang aku suka jalan ke pavillion.Bukan sebab taste tinggi, haish !! tak la oi.Sebab sana pun ada juga barang yang murah.Tak ada la semuanya mahal mahal belaka kan.Ada je pun gula gula duposen.Cuma mungkin ada yang anggap mahal sangat dan tempat untuk golongan atasan sebab butik butik kat situ high class sama macam klcc.Ye la nama pun barangan updated memang la.Tapi kita tak payah nak update sangat.Lagipun sana banyak yang ikut 4 musim tu.Kalau dah hujung hujung tu nanti ada la SALE.Gitu la kekdahnya.Aku suka jalan jalan cuci mata penatkan kaki.Tapi last last aku ke sogo jugak.Tak pun sungai wang plaza...apakah??...haha

Ok sekian untuk kali ni...ingat ek aku ni bukan la KL sangat...ku sedor ku dari mana asalnya, yang pastinya ku bangga menjadi anak malaysia...

Monday, September 10, 2012

Jalan Jalan Raya ..

Raya masih ada lagi kan.1 sept, puas aku jalan ko.Ikutkan planning dah cun la kononnya, memula pegi daftar modul, umah sani kat melaka,umah nurul kat kajang, umah kak ani & last sekali umah kak ida.Hah, cun la kan.Sebab tu undangan untuk 1 september tu kan.

Sekali, ambik kau.Sampai melaka je jumpa si yana & jenal.Ajak singgah umah dorang.Dah alang alang sampai melaka katanya.Udahnya, memang kelaut la semuanya kan.Ikutkan boleh adjust lagi.Tapi, jalan sesak kat kuar tol senawang tu.Boleh ek kat lorong smart tag pun stuck.Sebabnya adalah, kereta sangat banyak didepan itu.hahaha hambek kau, sekarang ni senawang dah mula sesak tau.Dah nak jadi bandaraya katako.Nak nak orang ikut LEKAS kan nak ke kajang semua tu.Lagi la bertambah tambah sesak.

Best jugak jenjalan beramai ramai ni tau.Haritu masa raya pergi dengan kaum kerabat.Ni pergi dengan kawan kawan pulak..happening!!!!!

Berat aku pun dah mula SESAK........lemak semua berkumpul jumpa sanak saudara jauh & dekat.Fuh !!!!


Lawa kan?salah sebuah rumah yang aku pergi 'raya'


Sunday, September 9, 2012

Membazir Amalan Syaiton Patut DiRejam ..

Semua orang pun memang tau kan bahawa membazir itu satu amalan yang sangat tak baik.Tapi, aku bukan membazir pun,cuma stok belambak je.Eh bunyi tu macam belambak sangat, padahal?sikit je lambakannya pun.

Aku kan bila duduk kat dapur, mula la set kat kepala otak 'lepas ni stok dah betul betul habis baru pegi beli la'.Tapi, bila dah ke market, semuanya akan hanyut.Eh biar lah stok lebih tak apa,nanti dibuatnya stok habis time tu duit pun dah nipis acane' urm,pulak dah.

Tapi, korang jangan buat spekulasi aku masak stok lama bila korang datang bertandang dan bergossip dirumahku.Oh tidak ya, semua stok saya lambattttt lagi nak tarikh lupus.Saya amat mengambil berat akan perkara itu.Kalau pun sos tak bukak lagi tapi dia dah melangkaui tarikh lupus, memang ke tong sampahkan je la tanpa prejudis.Hah begitu.

Itu lah aku, kalau dah bersopim sopim memang tak agak agak, semua nak ku hangkut sekali.Eh korang perasan tak barang sekarang mahal la.Aku beli benda benda bodoh pun dah 100rm.Itu belum masuk benda benda pandai.Memang beratusan jugak la habisnya.



Saturday, September 8, 2012

Jasamu Akan Ku Kenang ..

Orang kata yang patah akan tumbuh semula, yang buruk haruslah diganti yang baru [  eh yang ini aku yang kata ].Itu lah kan.Dah namanya pun manusia tak pernah nak menghargai , eh eh bukan bukan, kurang untuk menghargai pada yang dah lama. [ aku kah ? ]

Sebelum ni aku ada buku kecik untuk aku tulis macam macam dalam tu.Hutang,No acc orang yang aku nak transfer duit,Pin no,eh eh macam macam la.Tapi, aku tengok macam dah nak penuh dah.Yang aku koyak tak kira lagi.Makin menipis aku nengok kawan tu.

Oleh itu, aku tamatkan perkhidmatan dia mulai 1 september dia boleh berehat sepenuhnya .haha

Hok itam tu dah 'pencen'

Friday, September 7, 2012

Oh MAZlinDA 3 ..

Sesejak dua tiga & empat menjak ni ouch !! sungguh berkenan la dengan si MAZlinDA 3 ni.[ nama tak ada kena mengena dengan sesapa ok --> harap maklum ].Mula tengok tu biasa je.Tapi, lama lama alolololo....macam dah memanggil manggil gitu kekdahnya.

Lepas je pegi daftar modul roomate terus ke umah MAZlinDA 3.Sekali la...dia tak ada kat rumah la pulak.Katanya dia tak sampai lagi.Funah !!! harapanku nak berposing dengan MAZlinDA 3.Sentap !!!!..yang ada cuma mak dia, kakak dengan abang.Urm, aku mana la mampu kan...eh eh MAZlinDA 3 ni pun bukan la mampu sangat.Tapi, orang kata kalau kita nak sesuatu kena la 'pasang impian' . Ye ke?

Dah MAZlinDA tak ada kan...kita layan gambor album je la.apakah???....


Dia senyum kan?....cair beb !


Sabar ye nak , buat masa ni mak tak dapat nak 'hangkut' ko lagi.Ko tunggu 'bapak' kau kaya banyakkkk --> dah kau tak payah nak sengeh2 senyum2 dengan aku ek MAZlinDA 3.

solerosplit :: eh eh tak ada nak 'anak' baru ek buat masa ni.Kan baru tahun lepas beranakkan si JaNDa ...

Thursday, September 6, 2012

Betapa kuat beta punya hati .....

Orang kalau anak pun tah bila nak ada, badan pun udah macam anak seploh kekdahnya haruslah ramai yang mengendeng untuk promote barang barang dagangan masing masing.Ye dok?.Macam macam la yang nak ditebarkan.Ini bagus itu kurang berkesan.Testimoni belambak lambak yang sangat berjaya.Wah siap ada jaminan lagi.Harga dari serendah rendah harga sampailah ke tahap mencekik punya harga.

Kalau korang perasan dha tahap menyampah, aku ni kan selalu cakap badan aku mencanak, nak diet la.Nak try la produk tu la.Macam macam la.Nak nak pulak kat luar sanun haih kemain banyak lagi produk.Dengan susunya la, shakenya la,sachet lagi,pil lagi..hayoooohh pilih je mana kau nak.Siap boleh cakap kurus tanpa perlu bersenam.Banyak la kau.Kalau tak senam acane lelemak nak mencair kak oi.Kalau ko minum la susu seploh tin pun tapi?duduk je besarkan bontot memang berkampung la lemak kat bontot ko tu.Ye tak?Kalau tanpa berlapar?yes, betul tanpa berlapar,Tapi kau kena tahan nafsu.Kalau yang kuat tu boleh la.Kalau kena yang tak makan saman macam aku?Ko rasa boleh ke?.haha memang TAK LA KAN.

Berbalik pada disiplin dalam menguruskan badan ni kan.Kalau di perhatikan pun semua produk tak kira la apa pun mesti kena disiplin yang tinggi, makan ikut sukatan.Siap ada yang tetapkan berapa karbohidrat yang kita boleh ambil dalam sehari.Memang kita tak akan lapar.Tapi emosi kita akan terganggu sikit la sebab keinginan tu ada cuma tersekat.Macam biasa la kan.Bagi yang KUAT boleh sebenarnya.

Kalau kita tengok balik kan.Kita tak payah nak makan produk apa apa pun boleh kalau kita ikut dia punya pantang larang.Cuba baca sesatu.Semua pun suruh kita jaga makan.Cuma kalau yang kata tak perlu senam tu ada penipuan sikit la.Senam tetap kena ada walaupun kita buat sit up.Kerja kerja rumah juga adalah satu senaman.So?kita boleh turunkan berat secara semulajadi sebenarnya.Aku ni tau semua tu cuma alahai,kemain liat nak buat tu dah kenapa.Kalau ikut kevin zahri punya lagi la.Dia tetapkan berapa kalori kau kena ambil.Yes, aku ada buku dia, siap beli ok.Kita kira la banyak mana kalori yang kita perlukan.Kalau ikut bebetul insyaallah confirm berkesan untuk masa panjang.

Ingat pulak kata kata kawan aku ' sampai bila kita nak bergantung pada produk ?'.kalau kita dah stop, hah mula la badan akan naik balik,apapun pun sebenarnya berbalik pada disiplin kah kita?.Kalau kita pegi slimming centre sekalipun tapi makan sekawah.Memang la tak akan menjadi.Ye dok?.

Aku ni lagi la pulak,orang TAG produk tak payah cerita la.Asal aku cakap badan macam badak, wah !! mencanak la yang inbox.Alahai ..... aku ni sembang je kan.So?nak mulakan tu bila.Aku ni gemuk air la rasanya.Sebelum ni aku pernah pantang sebijik orang beranak ok.Nah kau...selim katako.Bila nak start semula izan oi?Harini je dah kantoi bila sarapan mee goreng.Itu 500kalori mau tu.


Kita boleh tau sebenarnya kalau orang tu gemuk air ke apa, sebab muka dia akan sembab.Badan dia lembik tau.Memang badan pun ala ala sembab jugak la.Jalan pun semuanya akan bergerak.haha

Ko nak tau temahhhhhhhh!! aku stress sangat haritu bila nak cari blouse.Memang kau mimpi je la nak cari size L,memang TAK MUAT la kau...kena cari XL atau XXL...ayark !,terseksa batin ku tau ....

Wednesday, September 5, 2012

Tertinggal ..

Aku sebenarnya bukan nak pertikai atau nak buka aib sesapa.Cuma nak cerita je.Korang kan rasa, logik ke hantaran tertinggal.Ok senario dia camni , rombongan untuk majlis pertunangan, janjinya adalah pihak lelaki bawa 5 dulang hantaran manakala perempuan akan membalas 7 dulang.[ itu kat tempat aku tau, lain tempat aku tak pasti ].Rombongan tu dari kota tinggi, dan terdiri dari 7 buah kereta katanya.Sampai je rumah bakal tunang , tup tup hanya ada 2 dulang hantaran sahaja iaitu dulang untuk cincin dan juga dulang berisi sireh kononnya namun bukanlah yang ori, hanya daun daun plastik dan bunga plastik yang boleh diapati dikedai bunga.Alasan yang diberikan adalah ' barang tertinggal di ayer itam' ...urm, aku rasa macam musykil kat situ :-
* Acane boleh tetringgal kat ayer itam.
* Sapa orang yang patut 'handle' barang itu? Dari kota ko bawak, kau boleh tinggal kat ayer itam.
* Kalau 1 dulang boleh diterima pakai, ini tak kan la tetiga kau tertinggal.

Nampak sangat macam ada yang tak kena kan, aku bukan nak pertikai pasal ' ala gila hantaran'..oh no,ko jangan sesekali cakap camtu.Yang jadi point dia adalah ' kau dah janji' tak boleh la buat camtu kan.kau cuba bayangkan 3 barang boleh tertinggal dia ayer itam.Kenapa tak tertinggal di kota sahaja.Cakap je 'tertinggal kat umah kota, dalam bilik , sorang pun tak teringat'..walaupun tak logik, tapi boleh la takat kau nak nipu tu kan.

Ini?boleh tertinggal kat pertengahan jalan.Pikir logik la der kalau nak nipu pun kan.Dah la datang seramai umat ko bawak, tak kan sorang pun tak tertingat barang barang yang nak dibawa tu.Kan itu adalah point kedua kau datang.Dah la bunga pun bunga plestik.Kalau betul la kau tertinggal kan..sebelum sampai rumah pompuan tu, kau singgah la kedai beli kuih ke tuala ke..yang dalam kotak, kau kasi je sebab nak cukupkan 5 dulang tu.Urm..kecewa la aku dengar camni.Nampak sangat tak bersungguh.Yeps, ini raya kau boleh la bawak semua nak datang raya.Tapi kesian la kat tuan rumah.Dah la kau bawak sekampung, peh tu janji 5 kau bawak 2.Bunga plastik pulak tu.Cer bayangkan masa majlis berlangsung .. 2 barisan barang dikeluarkan tapi, 1 pihak ada 2 dulang je, satu lagi 7 dulang .. ngeeeeeeee !! kalau aku sebagai salah sorang dari rombongan tu, siyes aku malu.Baik kau datang 4 orang je.Tak ada la orang pertikai.

Nampak sangat kesungguhan tu tak ada aku tengok.Jadikan la ianya satu pengajaran.Kalau nak buat sesuatu tu biarlah bersungguh sikit.Kalau nak nipu tu biarlah berilmu sikit..

Lawa lagi munger aku ni dari kau bagi sireh plestik --> idop2 kena tipu

Tuesday, September 4, 2012

Terbukanya Rumah Dia ..

Aku masih lagi dalam mood cuti -- walaupun bila entry ni disiar aku dah kat dah ngadap muka 'temah'.sob ! sob ! sob! .Demi mencari singgit ku tabahkan juga walaupun hatiku betul betul lumat hancur lebur.

Cuti raya aku 2 minggu tau.Raya sakan la konon.Korang dah cuti sebelum kan.Aku la pulak cuti selepas.Mampukah??...Seperti biasa, kalau dah namanya raya mesti ada yang berzikir 'bila nak buat open house'..alololo comeynya kau kan.Tapi, aku teringat tau ada la sorang tu cakap dengan aku ' kau selalu pergi rumah orang, kau tak malu ke?' --> erk !! apakah...*sila terasa ek kalau kau yang cakap dengan aku, akan ku ingat sampai bila bila*.Motif nak cakap camtu kat aku apahal?kalau orang jemput kita datang.Kalau tak jemput pun tak apa la.Tak payah la datang.Tak payah la nak buat statement ' oh izan, kau buat open house tak ajak aku pun' <-- rasa nak lempang je tau.

Tah la, bagi aku simple je.Kalau tuan rumah tak ajak tak bermakna dia tak suka kau.Mungkin dia punya budget takat tu je.Mungkin dia lupa.Tapi, apa ada hal kan.Tak payah nak terasa sangat lah oi.Aku cakap terus terang la kan.Aku ni ramai juga yang buat open house aku tak di ajak, ada aku bising?ada aku perli?ada aku gejol gejol nak jugak pergi rumah dia?memang tak la kan.Gasak kau la..rumah kau hak kau ikut suka kau.Aku tak peduli.Yang sibuk sangat nak orang ajak ko tu dah kenapa?kau nak tolong dia basuh pinggan ke?kau nak kemas rumah dia ke?memang tak la selain dari kau macam aku juga hanya datang untuk melantak kan...so?hormat sikit orang lain ok.---> tadah je la telinga kau izan naik keje ni.aku pandang sepi je la.

Ada pulak yang buat statement bila aku mintak tolong orang lain sampaikan pesan ' tah, izan tak ada sms pun'..adoiyainye pun.Kalau orang dah sampaikan pesan tu kira ajak la tu.Kau ingat izan ni tak ada benda lain nak pikir ke?izan sibuk MASAK JUADAH BERBUKA tau.Baik aku pikir ikan aku tu bila nak siap.Nak jugak SENTAP aku tak sms sendiri.Kalau kau pikir pasal ADAB menjemput.Meh sini aku nak ajor sikit.Mana pulak ADAB kau dengan aku?...kau main kasar boleh pulak <--- ada juga mampos tersepit kat dalam longkang kang.gerammm ni gerammm.[ yang jadi batuapi pun satu hal...bebuat la insaf dari melagakan orang, kau ingat ni LAGA AYAM ke?]

Ok mahap ek, tetiba je aku emosi sikit di malam merdeka ni [ entry ni dibuat malam merdeka ].Aku saja la ajak kawan kawan datang rumah setahun sekali katanya kan.Dah alang alang aku cuti tu.Urm, best jugak..aku gigih masak sendiri.Tapi, ampun ya semua tetamuku.Kalau rasa dia kelaut lepas.Aku dah 120kali jugak rasa.Akhirnya itulah hasilnya.Sedap tak sedap alahai...tekak aku rasa ok aje.Tahun ni aku buat laksa & spagehty sebagai menu utama.Selain kontel ops..koktail sebagai sampingan karipap sardin aku beli pun ada.Air aku bantai air gas je sebab abah aku bagi 1 dozen.Sapa nak ngabiskan tu kalau tak kalian semua.Harus aku bawak pegi opis jugak ni nanti.Bagi budak budak aku minum merangkap clearkan.Ikutkan jadual asal aku ajak petang lepas kerja.Tapi bagus juga la ada yang datang tengahari ni.Mujur aku ni CEKAP.Semua siap menjelang dorang datang.Fuh !!!!!!!! macam rancangan masakan tau.Kau kena siapkan masakan sebelum jam 1 petang.<-- keluar semua peluh nebesssss...

So, tak ada la crowded sangat.Maklumlah rumah aku hanya 21 x 75 je.Lain la kalau AKU ADA BANGLO 40 X 80..haruslah muat kan.So, 1 gruop datang tengahari, 1 gruop datang petang lepas kerja manakala 1 lagi datang malam.Penat?...eh eh mana ada penat...gila kau tak penat.Walaupun penat tapi best tau.Orang datang rumah kau bawak rezeki..aminnn doakan aku murah rezeki ya kawan kawan.Esoknya aku TOTOP RUMAH terus.haha

Aku tak ada nak amik gambar ke apa...penat weh, mana sempat nak gambar gambar bagai.


Tak macam 'open haouse' ek .. ahak's


Monday, September 3, 2012

Anak Bulus ..

Meowww meowwww.......aummmmmmm

Dikala orang lain cite pasal kucin eh eh kita pun ada kucin tau.tapi bukan kita munyek.kucin kucin ni kat umah mak abah kita la.Aku ni sebenarnya dari dulu lagi tau suka kucing.Sampai kena sound dengan mak . ' kau cakap dengan kucing lagi, mak baling kucing tu'  hambek kau....sebabnya aku kan suka sangat cakap dengan kucing,agah agah kucing..haha macam orang sewel..saling tak tumpah.

Kucing ni sifat dia kan manja..macam aku la suka dibelai suka dimanja <--- suka sangat nak orang lempang aku lelaju sebab perasan.

Tapi memang betol tau,dulu siap kena sound dengan akak aku ' baik kau kuarkan kucing tu sekarang .. kalau x?kak na pijak kucing tu '..zalim kan?dia tak bagi aku tido dengan 'anyaooowwww'.Kat rumah aku dulu ada jugak sekor kucing tua hari hari akan datang rumah aku tau.Siap bagi salam bagai, dah makan lepak lepak tido, pastu baru keluar.Ni dah dekat 1 bulan tak ada.Mana mamposnya aku pun tak tahu.tapi, ada je makanan dia aku belikan tu.Kalau aku nampak je kucing kucing jalanan lalu kat umah aku..aku bagi la makanan tu sikit.rezeki kan..sama sama la rasa ye tak kucing??..

Dekat umah mak abah aku ada juga beberapa ekor kucing.Kucing datang la puncanya,tapi biokan aje la..duduk luar kan.ada saki baki lauk tu aku buang kat luar berebut dorang makan.rezeki kau la kucing oi..

Ni la 'tetamu' yang kini tah kemana --> ikot gadis ke lombok barangkali

Belang ni kan simple je idup dia.Pagi sarapan atas meja tu, tunggu je la abah akan bagi makanan kat dia [ 1 kilo 3 hari je abah cakap makanan dia tahan].Lepas makan tido..paling bangsat pun jalan kat pokok bunga mak.Lain dari tu jangan kau harap la.Bila nampak abah .. ecee kemain dia punya gedik.Buat la apa pun kat dia...TADAH je tanpa membantah.

Kuning ni kategori kucing jalanan tah dari keturunan mana aku pun tak tahu,bulus dia macam ada sipi sipi kucing parsi tak jadi.

Dia lagi...peknen dah 36 minggu kot,

Ni aku panggil dia gedik.kalau tengok muka dia memang stok ibu ibu la.memang pun anak 5 mati 1.Tapi sopan sungguh tau.Apa je ko buat kat dia.sepi je dia pandang --> apa la ko cuba buat .. itu la agaknya yang cuba dikatakan.