Saturday, June 30, 2012

akhirnya ...

As salamualaikum, an nyong hase yo..

Kembali semangat setelah semangatku hilang, gara - gara si siput yang bisa membuat hatiku gundah gulana.Apapun terjadi setiap yang terjadi adalah kehedakNYA.

Kalian mesti rindu akan celoteh dan juga kemencarutan ku kan?Ala, tak payah nak tutup muka la.Katakan aja YA.Tak apa, aku paham [ tetiba rasa nak kena lempang ]--> haish !! sudah.

Back on track izan ... jangan merapu.

Akhirnya kalian, aku dapat juga memilikinya.Tak adalah apa pun bagi sesetengah orang.Tapi pada aku sangat sangat teruja ok.Ikutkan aku macam tak sesuai untuk ni semua.Tapi, apakan daya.Kalanya aku amat memerlukannya.Nak nak bila aku diWAJIBkan untuk menadah telinga menghadiri perhimpunan bulanan seminar yang ...urm.Dari aku sesakkan pala otak , kan ke baik aku dengar selawat ke zikir ke kan..tak pun dengar lagu yuna :::: terukir dibintang tak mungkin hilang cintaku padamu........

Bukan senang tau aku nak dapatkannya.Permohonan ni lama sungguh aku buat.Baru la sekarang di LULUSkan.Fuh !! alhamdulillah akhirnya.--> tenkiuk roomate.

Ingat lagi dulu.Aku pernah beli walkman masa aku internship kat p gudang dulu.Masa tu kan aku terpaksa korbankan duit makan tau, sebab nak sangat walkman ni.Tu hah dok ada lagi.Elok lagi rasanya tu.Tapi kena pakai kaset la.Tapi yang paling aku tak tahan adalah baterinya.Pakai bateri AA tu.Tak ekonomi kan.Beli memang la murah konon, tapi masa tu MAHAL ok.RM 59.90.


Mula tu aku nak beli yang biasa je.MP3 biasa je la.Tapi tah la terbeli pulak yang ni.Gigih ok aku mengerjakannya.Dikala orang lain semua sibuk dengan IPOD la...Samsung SIII la...IPAD2 la..IPONE..tapi?aku hanya excited dengan siRED.

Dan juga...............................

:
:
;
;
;
;
;
;


** wink wink **

Monday, June 25, 2012

Saturday, June 23, 2012

kau kisah ke? ..


Haish!! pelik kan mereka ini.Napa nak sibuk dan amik kisah sangat dengan orang lain.Maksud aku, mereka mereka yang suka baca blog orang dan lepas tu kutuk kutuk ngata ngata dan sibuk menyibuk.Siyes la, aku kadang menyampah sampah dengan orang orang yang macam ni.Bila baca blog orang pasal orang tu pergi party sana sini,mula la nak mengata itu ini.Bila orang tu sibuk cerita pasal keluarga dan anak anak, hah mula kata ' macam dia sorang ada anak', bila orang cerita pasal kerja dia cakap pulak ' macam dia sorang keje best gaji besor', bila orang tu cerita pasal dia pergi overcee dan beli handbag mahal lagi la bercakap 'eleh nak belagak menunjuk pergi overcee blah la', bila orang tu cerita pasal dia suka handbag, hah itu lah lagi mengata sakan ' takat beli kat PS, tak payah sembang'.. Eh, biar lah kan dia nak cerita apa pun.Itu blog dia.Tak kan dia nak cerita pasal kau pulak?memang tak koser la kan.

Adoiyainyepun, kalau orang tu tak update blog mula la nak menceceh ' napa tak update blog'..wak luu !!.Yeps, aku memang suka baca blog orang.Saja suka baca apa yang orang minat.Apa yang diaorg buat.Bukan nak menyibuk pun.Kadang kita ni buat blog supaya kawan kawan kita yang duduk jauh tu tau la perkembangan kita.Cam tu juga aku.Suka la tau perkembangan kenkawan yang dok jauh nun disana.Kadang tu aku tak kenal pun orang tu.Tapi, suka la nak baca ... Ada info juga kalanya.Kadang aku suka baca pengalaman kerja dorang.Cemana rutin seorang dokter, juru terbang..hah aku suka tu semua.Then, cemana pengalaman tinggal di negara orang.Camtu la..yang baik kita jadikan ikutan.Yang tak berapa baik BAGI KITA , kita jadikan pengajaran.Bukan ngutuk dan ngata.

Macam aku la.Saja suka suka tulis blog.Tah la, saja suka je la pun.Kau ingat aku kisah ke kalau tak ada orang baca blog aku.Siyes, aku NO HAL la.Tapi, aku kisah kalau orang yang suka sangat nyibuk camni...

Orang baca blog ko pun nak baca juga,.Tapi?ko kutuk kutuk belakang.Yang kau kisah sangat ni dah kenapa?Kalau kau rasa tak nak baca?Kalau kau rasa blog orang tu semak mata, sakit jiwa raga kau kan.Kau tak payah la baca.Heloo, tak semua blog tu tak bagus.Tak semua ok.Mungkin la ada sesetengah tu macam ... errrrr.. sikit.  Tapi. kau tak payah la nak KISAH SANGAT.Atau mungkin kau ni sakit kan?SAKIT JIWA kot tengok orang lain.Hah, kau je la yang bagus....

**sessi luahan perasaan [ tetiba kan ].

Friday, June 22, 2012

berudu or budu

Berudu?..tau tak berudu tu apa?Kalau budak budak zaman sekarang mesti tak tau apa itu 'berudu' .Tah tah mak mak orang ni pun dah lupa apa itu yang dinamakan berudu

 ini lah berudu 

Tapi, sebenarnya bukan nak cerita pasal berudu.Tapi nak setori pasal BUDU.Aku dengan roomate kan suka sangat budu.Eh tipu pulak.Roomate yang suka sangat.Aku cuma suka lite lite je.Sebab bila aku makan, hidung aku akan merenyam rasa nak garu pakai garok sampah sarap.Tapi, sejak semenjak ni kan.Alahai, aku macam jatuh chenta banget sih sama ini BUDU.

inilah BUDU

Budu ni rasa dia masin.Tapi kalau di campur dengan bawang besar,letak pulak cili api then perahkan limau..aww..memang osam la rasa dia.Makan pulak dengan ulaman tepian rumah yang segar bugar itu.Dah macam makan sireh ko tau.Balut balut pegaga cicah dengan budu.

bawang besar bersama cili dan juga perahan air limau

inilah pegaga

Thursday, June 21, 2012

bucuknya ..

Kaki anda berpeluh?kaki anda berbau belacan bakar?kaki anda berwangian jamban?....kami ada jalan penyelesaiannya .ececece, dah macam iklan pencuci kaki bucuk pulak kan.

Aku ni idok la nak ngata kaki kamu orang mahupun kaki ku jua berbau bucuk.Tapi aku ingin berkongsi pehtua bagi mengatasi masalah ini.Ingat ya, bukan hilang 100%, tapi kita ikhtiar untuk mengatasi masalah ini.

Cuba kamu orang bayangkan la kejap.Seorang gadis yang memandu kereta  extreme honda  putih, membawa enbag gucci prada , jalan dengan penuh gaya, kalau cakap eh eh dia aje la yang betol.Tapi sekali dia bukak kasut, nah !!!!!!! semerbak harum.apakah??..haha itu tak masuk lagi kau masuk dalam opis.terus, zuppppppppp , bau dia naik diawangan.ok sudah la ya.Itu aku tak kata sesapa cuma nak suruh bayangkan je **sila cium kaki korang sekarang.hehe


Sebenarnya masalah kaki ni disebabkan oleh bakteria + peluh = hasilnya..nah !!.Ye la kita berjalan sehari berapa kilometer agaknya.Turun naik bus,turun naik komuter,turun naik tangga.Kat opis pulak jalan 1 bangunan.Kalau kena macam aku ni lagi la kan.Masuk keluar kelas yang panash itu.Tak ke lagi menyumbang kepada pengeluaran peluh dikaki.Ditambah pulak pakai kasut bertutupkan.Kepada sesiapa yang ada masalah ni ,hah apa lagi, marilah kita bersama - sama bergabung tenaga untuk mengatasi masalah ini.

cemano??....

Tak payah nak buat hari - hari la,Seminggu 2 3 kali pun dah ok .Kalau malas sangat seminggu sekali pun boleh jugak kau buat sambil tengok cerekarama.

Masukkan 2 sudu garam + segenggam air asam jawa dalam besen atau apa bekas pun yang muat kaki size 9 tu.Masukkan sekali air bersih.Agak agak lah cukup untuk rendam kaki tu.Rendamkan kaki dalam besen tu selama 30 minit.Hah sambil rendam kaki tu kan, apa kata kalau ko gosok sikit kaki tu.Bagi la semua dakian dakian kotoron semua tanggal.

Ada lagi 1 petua.Yang ni pakai uncang teh je.Konsep sama je dengan buat teh - O.Tapi osahlah pakai air panas.Tak memasal kaki ko dapat MC sebab tak boleh jalan [ alasan bagi yang suka MC ]..haha.


Hah, cer terai petua ni.kot la menjadi.Tapi insyaallah, lepas tu wangi la kaki kamuorang semua.Tak caya?? cuba CIUM KAKI KO SEKARANG...sekaranggg !!!---> wangi bukan?**wink wink.

Monday, June 18, 2012

Jalan jalan kolumpo

Last week aku pegi jalan jalan cari pasal bazir duit ke kolumpo.

Dalam jalan jalan tu ada la beberapa barang yang sempat ku rembat.Kalau namanya perempuan kan memang suka membeli belah jalan jalan window sopim sampai kaki bengkak.

Jom kita tengok apa yang ku dapat ::-->

** ku macam tak reti nak buat ayat ek ..dasarrrrrrrr pemalashhhhh !



ni kat dalam PAVILLION


Bersimpang siur --> so?nampakkan cemana aku boleh lepak sini dari kol 11 pg sampai 7 malam dengan si nisak....habis semua kedai kami explore.dari yang seMAHAL MAHAL kedai sampai ke kedai 2 hengget 


kat tetengah bawah tu senantiasa ada aje aktivitinya..kali ni pasal mickey mouse dari giordano


eh eh ini kat jalan TAR la...tudung manyakkkk ! sampai kau pun pening & last last tak beli..haha


la...patut ni last sekali.air teh bunga --> now air 2 hengget bekas besor..dah upgrade


ini kat japan street pavillion tingkat atassssssssss sekali.--> verangan verangan kat jepun katako..
[ jangan ada tsunami sudah ]


ni farenheit depan pavvy...--> tak payah la penat ko nak menapak.Tak ada yang best pun


masa OTW pegi KL jalan ke selatan adalah sesak daaa....
.
.
.
.
sekian cerita jalan 
;
;
;

Saturday, June 16, 2012

cili jeruk

CILI JERUK 

cili besar / cili api
cuka
garam
gula
air
periuk
dapur gas beserta api

CARA :-

1. Masakkan air hingga mendidih bersama sedikit cuka [ cuka masak tau ] jangan ko pakai cuka getah pulak, gula sikit dan juga garam.--> korang agak2 je la.

2. Masukkan cili dan biar sampai cili tukar kaler.Jangan sampai lodoh lembik pulak.Warna dia sweet sweet je la.

3. Tutup api dan biarkan sejuk.


4.Siap untuk di makan bersama kue teow kerang.

mengetam

Sekarang ni musim ketam besor besor tau korang. Memang puas sangat makan.Last week aku beli 3 ekor 44 hengget.nah ! hambek kau.Tapi memang makan sampai sumbing mulut la sebab tersepit..

Aku kalau ketam ni memang masak lemak cili api je.Lain lain tak boleh masuk la.Ada orang suka buat sup, bakar, panggang rebus je.Tapi dah dulu dulu mak aku masak lemak cili api.Aku ni kan anak yang patuh kepada ajaran ibu bapa :: wink wink


versi baru masukkan dalam kuali lepas tumis cili .santan pun belum masukkan lagi 

Thursday, June 14, 2012

clorox mata

Zalim tak tajuk kali ni?..haha keji bukan.Ada ke patut suruh clorox mata.sewel ke apa.Ku ni saja je nak ajak kamu-kamu ni menclorox sikit mata.Verangan verangan sikit....

Kali ni kita cuci mata dengan handbag 'coach original' plak nak..ala, saja nak share share apa yang aku dok ngintai ngintai dengan korang sesemua.

Jom jom kita verangan --> bagi yang tak suka jangan nak sibuk ek..nah !! gegula pegi duduk sanun.jangan sebok.....:)


Pernah nampak jugak kawanku pakai yang ini...urm, ok jugak kan....


Yang ni tak payah nak verangan la..memang dah 'sangat ok'..haha


sebelum ni aku dok ngendap yang ini.siyes beb, lawa.siap ku terjah kat pavi...sekalik nengok rege butik?mak ai...baik ku beli gelang emas..tapi,kalau direct US tak ada la mahai bebenor dalam 8** dapat kot sekarang. [ tak silap aku timah *I*KL pakai beg camni kaler maroon]


ehem ehem.....lawa tak yang ni.nampak je macam orang tua [ kata orang ] tp?ok jugak....tak ad la tua sangat .lagipun aku bukan kanak2 lagi...ye dok.tua pun tua la .. 


yang ni lebih kureng sama cam yang atas...cuma kaler dan juga bahan je lain.


yang ni pun boleh tahan juga


dulu aku mmng target yang ini.tapi apakan daya, nak cari yang boleh sandang & silangkan...oleh itu, aku HOLD dulu yang ini.


hah, yang ni pun apa kurangnya....macam menarik perhatian juga.harga pun kategori mampu la jugekkkkk


dalam dia ..


ni semua time factory online sale...setiap khamis aku ngadap je...haha apapun tak boleh kan?....


yang kiri atas sekali pun ok...bentuk petak


suka suka jugak design atas tu....tp, lama lama macam urm....tak mo la 
[ tak ado duit yang cukop benornya ]


yang camni pun ok juga...bawak pegi fangsen2 je....**aku ni fangsen apa je kan?

ala....macam dah sangat sangat suka dengan design baris atas tu la...--> cemana?


pun ok juga...

**sekian sesi clorox mata kali ni...kita berjumpa dilain siaran...babai

Wednesday, June 13, 2012

cer teka ..

Hahaha hah cer teka.---> apa ada dalam munger merah .. eh eh pasu munger ros kaler merah


Friday, June 8, 2012

Tukar lagi

Saya CAT rumah saya lagi..warna ala ala kelam je kan .Nak nak background pun katil.Haruslah terus babam nanti --> gasakk !!

cerita JPO lagi ..

Lalalala.kalau dah namanya jadi orag johor memang la mengeletik nak ke Johor Premium Outlet yang diperkatakan tu...haish !! malu seh kalau ku tak jejakkan kaki kat situ lagI.Sebab jauhnya cuma 1jam 15minit gitu la ikut highway.Masuk yongpeng utara kuar kat senai utara..mudah bukan?--> tol korang search kat PLUS website ek....

Kalau nak tahu detail pasal JPO, cuba korang SIASAT kat ---> SINUN 


keluar tol senai utara ke kawan2..kalau dari arah selatan 
[ ikut je velfire depan tu...confirm nak ke JPO la tu ]..haha


ehem ehem..dah nampak dah


Parking kena bayar.Boleh jugak kalau korang kedekuit.Parking kat luar la.Kalau kereta kena sagat aku tak jamin...


nah !! bukti saya sudah sampei...anda bila lagi.


GUESS 


VINCCI pun ada jugak tau ...


Ni kalau korang nak beli kena beratur dan bila dah siap order kita NOMBOR akan dipanggil.orang toksah cite bersusun nunggu [ sebab ni je yang murah ...haha ] --> paham kan maksud aku


tadaaaaaaaaaaa .. saya dah SAMA BESAR dengan TIANG SERI kat belakang tu


Last but not least --> tunggu mak ye nak...nanti hujung bulan mak bawak ko balik...yewwww

**ada banyak kedai sebenarnya, tapi semua tu pun ada muka aku..cemano? dah la besar mcm badak..harus penuh 1 gambar....haha apapuntakbolehblahhhh ok


Bagi pendapat aku la ek.JPO ni tak ada lah mahal mana kalau nak dibandingkan dengan harga sebenarnya.Dah namapun premium outlet.Kebanyakkan barangan dia adalah out seasson.Kan negara 4 musim ada musim bunga, sejuk , luruh dan panas.Jadi setiap sesson tu dorang akan keluarkan koleksi la.Kalau dah habis sesson tu jadilah barang tu habis tempoh kononnya.Ala kita nak ikut sesson dorang apa kes kan?kita hantam je la.Asal lawa ko belasahkan aje.Macam aku ni.gasak la sesson apa pun ada aku kesah sangat ke.

Harga barangan dia pun boeh la kalau nak beli.Mampu milik jugak.Macam bag merah tu kan.Jenama michael kors.Harga dia 1180rm..setelah diskaun 50% ko........jadilah 5 hatush lebih.Ala tak kan tak mampu kan?...Kalau nak tu seribu daya katanya.Kalau kita ni betol betol nak ikut dia punya sesson baik kita sopim kt pavillion ke...KLCC ke..hah yang itu baru la UP TO DATE..pepepun tepuk dada tanya selera.Tak payah nak ikut orang.Tak payah beli nak nunjuk...ni untuk kepuasan kita ya dok !!....ada 1 kasut clarks tu aku kenan jugak...hehe

Tunggu ya JPO .. akan ku melawat mu again .... JPO aku datangggggggggggggggggggggg