Thursday, July 26, 2012

HR Managment

Aku dah mula kelas hari sampai hujung minggu depan.Berbekalkan tempoh 2 minggu ni aku kena PULUN habiskan kelas jugak.Apapun yang terjadi kelas MESTI HABIS.Kalau tak?siap la kau mak temah kuar MEMO.-->hambek !!

Alhamdulillah, pelajar masih dalam golongan medium leaner [ aku sendiri letak ], aku cakap bebel bebel kat depan,sap sap soi.Paham tak paham aku pun tak tau sebab semua bila aku tanya 'Boleh buat tak ni?..Paham tak?' memasing muka macam mintak penampo.Malas nak bising bising aku pun amik pen kertas semua ' Awak bincang dalam kumpulan,cuba fikirkan apa nak buat.Kalau tak paham JUMPA SAYA'.Hantar harini juga.Udahnya,tercangak cangak muka memasing.Maklumlah, 3 minggu cuti.Nak pulak puasa la kononnya kan.

Aku tunggu pun tercangok la kat meja aku tunggu mereka datang untuk disemak sebelum aku suruh transfer kat PC.Senang, sebelum taip jumpa aku.Kalau tak, jenuh nak meREJECT.

Sapa sapa yang tak tahu kami punya pekerjaan meliputi semuanya.Dari pelajar masuk sampai pelajar keluar memang kami uruskan.Segala persiapan untuk mengajar juga kami kena buat sendiri.Kadang jadi mak supir,kadang jadi kakak kedai potostat.Kadang jadi jaga..semua pun boleh.


Jadual aku untuk sessi 2/2012

Meng'kambing' Again !!

Sebelum puasa haritu aku sekali lagi pergi ke Restoran Pondok Senawang.Hah ! macam biasa la kan.Mengkambingkan diri.Pergh !! sedap la hai.Tah napa suka sangat tau dengan nasi arab ni.Aku ni punya kategori akan makan makan & terus makan sampai satu tahap aku akan setop terus..Lamaaaaaaaaaa baru start balik.

Sebelum ni asyik la ke Sushi King.Tak pun ke Johnny..Hampir setiap jumaat balik kerja terus ke Jusco Seremban.Sekarang?dah jemu dengan itu makanan jipun & sayur bening.Beralih arah pulak ke Nasi Arab ..



Senarai Menu


Mandy Kambing & Teh Pudina [ wajibbb !!! ]

Wednesday, July 25, 2012

Ruang Tamu

Ruang Tamu saya yang agak 'masam' --> bila nak buat transformasi ni izan oi ....


Tiba tiba nak 'kutuk' ruang tamu sendiri [ kau orang jangan berani rani nak cakap apa apa...aku je boleh cakap ] :: sendiri kutuk sendiri JAWAB.

@----> Langsir tu bila nak tukor? =====> Eh,bio la aku beli mahal tu.Nak pakai sampai RABAK.sukati aku....

@---->Kerusi tu macam besor sangat la, penuh ruang =====> Eh,best apa.Boleh lepak lepak tido tido atas tu..empuk...haha

@----> TV tu tukor la LED 42" ====> pssstttt !! saja je nak pakai yang gemuk cam haku ni.Baru pueh.LED tu aku buh dalam jamban je.Stok tengok sendirik...fedulikk

@---->Pakai la ESTEROk ====>muahaha...nampak klasik sikit.OLD SEKUL la kata kan...nampak classic bukan?Atas Tv ada anntena ;; umah kau ada??

@---->eh eh plestik atas lemari tak bukak lagi ====>haha..senang nak buang habuk la..

@---->psssttt !! apa benda je dalam lemari tu ====> ha ah ek..aku pun semak sebenarnya...tak apa nanti aku 5s kan dia.

Ok ok..dah la tu.sikit sikit cukup la kan...Jangan la lelebih derrrrr.....kang majuk pulak kusi umah aku nanti.

Kain On Kain

Projek hari Ahad --> pufffffffffffttt !!!


Kalau dah namanya 'perempuan' .. memang sinonim dengan kain.Kalau dah namanya 'isteri' kalau tak menghadap kain.memang tak sah.Tapi tak tau la pulak kalau 'suami' yang hadap kain dirumah kalian.Wah !! makin besar la aku kalau 'suami' yang HADAP kain kayan ni semua.Kalau cerita bab kain baju ni.Memang berjela & lengkap la putaran tu.Bermula dari  PAKAI KAIN BAJU --> BASUH KAIN BAJU -->SIDAI KAIN BAJU -->HANGER KAIN BAJU KURUNG/KERJA -->LIPAT KAIN BAJU 'SEPNDER' [ ada ke?..] -->LETAKKAN KAIN BAJU 'SPENDER' YANG DAH LIPAT KAT 'PORT' DIA --> GOSOK KAIN BAJU KERJA ===> ulang semula hingga kau **pitammm...

Jangan kata aku hanya berdua kain baju tak banyak.Ni la akibatnya kalau menunda.Yang ada anak anak tu.Budget la korang punya 2 kali ganda dari aku kan.So, boleh la guna statement  ' kau 2 org je'..banyak la kau.Kalau aku pun sama naik malas cam kau, mana tak menambun.hehe 



Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Hari ke - 2

Orang semua dah hapdet berbuka hari ke - 3.Tapi aku masih terkedek kedek update buka hari ke 2.Nampak sangat kau malas kan...


Kari ikan tenggiri , bee hoon potih , ayam goreng pandan, air milo 3 in 1 , murtabak cheeese cracker


murtabak cheese cracker aku beli dengan jiran lorong 3 .. RM 12


Sedap jugak.Nanti nak order lagi la...hehe

Pavlova Again !!

Hari khamis lepas .Ju on the way nak balik batu pahat.Kan dia lalu depan umah aku ni.Aku pun apa lagi.Terus la mengorderkan pavlova kegemaran ku tu buat stok.Bole?...

Dah alang alang dia nak bagi aku rasa cheezy cheese layer [ aku rasa cm salah je nama dia ]..aku suruh dia buat kan PUFF doyan untuk aku.Ju ni masak sedap tau.Siyes la, ko boleh bukak kedai beb.Tapi, kalau aku yang jadi pelanggan kau.Harus sebulan dah totop.haha


Puff Durian


Close - up 


Ni la yang aku cakap tu...apakebenda tah nama dia.Sedap jugak


Lapisan dia


Tu dia .. pavlova aku [ filling ku letak sendiri ]


Apam jerawat .. haha

Monday, July 23, 2012

Puasa Hari - 1

Salam Ramadhan buat semua .. Alhamdulillah dapat juga aku menunaikan ibadah puasa tahun ni.Syukur padamu ya allah.Dan mokcik peid pulak sangat baik hati kerana berhenti sejurus semuanya keluar [ harap semuanya keluar la ya ].Ikutkan macam tak dapat juga aku menunaikan ibadah puasa pertama bersama orang orang lain.

Jumaat malam kan pertama kali tarawikh untuk tahun ni.Aku dan roomate solat terawikh kat masjid bandar baru senawang.hai la weh, sikit punya jauh [ eh eh tak jauh pun ].Saja je nak membuka solat terawikh di masjid.Padahal surau tak sampai 100 langkah jauhnya.Alhamdulillah, orang memang ramai.Erm ... memang tak dapat la nak solat kat ruang dalam masjid.tapi, alhamdulillah masih ada tempat untuk kita sebenarnya.

Hari pertama puasa pun dah berlalu, sampai la masanya untuk berbuka puasa.Kalau nak FB tu memang berderet la orang semua hapdet status.Aku je belum ada mood lagi nak apdet.Hari pertama ni kebetulan hari sabtu.Cuti hujung minggu kan.Hah apa lagi...pagi tu mengerjakan kawasan luar rumah dulu, sambil aku mendobi.Then ajak roomate ke family stor untuk beli apa yang patut la.sayur mayur segala.Stok memang dah clear.Sayur pun tak ada.Pegaga dah kena mesin bangla..haha.

Masak banyak cuma portion sikit.Masih gagah untuk melantak..acchummm !!


1- Udang galah masak lemak cili api dengan peria.
2- Lalah masak cili
3- Ikan sardin goreng garing
4- Budu - bawang besar , cili api dan air perahan limau
5- Peria tumis telur [ belen masuk dalam masak lemak ]
6- Kurma badam 
7- kopi - O sing sing
8- Tempoyak daun kayu [ nak kasi perabih orang kasi ]
9 - Tomato - ulam.

Sunday, July 22, 2012

JJCM NS-PHG -TGNU2012 - part 4

Pagi dalam pukul 8.30 pagi keluar untuk meneruskan MAKAN yang seterusnya.hehe

Misi mencari sarapan pagi.

1st day - nasi lemak ikan dengan nasi minyak ayam ... keropok lekor 2 hengget.roomate makan nasi dagang.
hambek kau....haha

Mana cukup makan sebungkus.Kecik portion dia.Dah la aku memang kuat melantak.haha.Lepas tu terus ke PASAR PAYANG.

*** gambar gambar jalan jalan lepas ke pasar payang nanti aku UPLOAD later ek.Sebab dalam kamera roomate.Aku kan busy sopim..

Lepas ke pasar payang kami terus ke NACC -- nor arfa craft compleks.


cuci mata sikittt...sambil lalu tu ambik gambor la.sebab parking depan kodai ni.


Ketupat Sotong --> akhirnya...dapat juga aku makan.Tanya kat pekerja nor arfa.


Restoren Lempeng ni dekat RUSILA.Rupanya dekat sangat dengan chalet yang aku duduk tu.Adoiyai !! lalu lalang tak perasan.Memang sotong la kau izan...


Roomate tebiat usha laut tengah panas matahari rembang --> sebab petang tu nak mandi pantai.Best kan?Next time kami pergi lagi [ insyaallah ] .. jom la ikut, cuma takut tak tahan je la.sebab konsep kami adalah jalan jalan cari makam sampai kembung..haha

Saturday, July 21, 2012

JJCM NS-PHG -TGNU2012 - part 3

Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya iaitu ---> Kuala Terengganu.


Gerak dari kemaman pukul 05.32ptg dan dijangka sampai kuala terengganu  07.09 ptg dengan kelajuan 75km/j [ kalau ko bawak laju .. lagi cepat la kot sampai ] .Perjalanan sejauh 130km.

Biasa la kan, memang tersasar dari estimate masa yang di bagi tu.Sebab trafik agak slow kat bandar kemaman tu.Ko berhenti beli makan makan tepi jalan lagi.

Sampai je Kuala Terengganu ngam ngam azan magrib.Kami meneruskan misi mencari chalet.Biasanya aku ni memang tak ada la nak booking booking.Sebab bukan pegi hari cuti ke apa kan.So, memang santai.Melilau la kau cari chalet yang best.Itu pasal kalau nak  ikut aku jangan bagi aku STRESS.haha memang saja aku tinggal karang. haha

Kami bermalam di RUSILA [ nama tempat tu la ] chalet ni biasa aku lepapk kalau datang terengganu.Best juga tempat dia.Ada juga la bilik - bilik.Macam homestay.


kami bermalam di chalet CE WER


Sana tu pantai tau --> mandi2 katako..


best juga -->RM 80 [ siap - siap rege aku letak .tak payah tanya berapa ]


tilam yang bawah tu aku baru tarik keluar dari bawah katil.Boleh lepak - lepak kat bawah juga


TV la kecik je.Sayup je lubang idung si ammar dejavu aku nak nengok 


ada aircond juga ada kipas juga


nah !! aku kasi nampak no tepon sekali
 [ ini kiranya aku buat IKLAN percuma la.Apa la salah share share benda best .. haha ]


Friday, July 20, 2012

JJCM NS-PHG -TGNU2012 - part 2

Sambil ditemani oleh teman perjalanan [ kadang tak boleh pakai jugekkkk ! ] kami selamat sampai kemaman dalam pukul 4.26 petang.


kalau tengok estimate time dia ---> feeling naik flight plak.huhu

Terus ke tempat yang nak dituju iaitu kedai sata yang biasa kami lepak.Kat kuala kemaman.Kedai ni ramai juga orang datang.Senantiasa ada je la orang datang makan kat sini.Kalau tengok banyak jugak orang luar yang datang makan.Mungkin dorang ada kursus kat INTIM kot.

Nampak tak nama warung ni...dia ada pokok besar depan kedai

see?...makan atau melantak --> hah !! lantakkkkk makan selagi boleh


tambah lagi keropok lekor pulak..


tu dia SATAR .. nyum nyum sekali ngap je habis


otak - otak IKAN .Ikan ok bukan ikan lenyek

Tu dia....kedai dia.

Perjalanan seterusnya ----> KUALA TERENGGANU

Thursday, July 19, 2012

JJCM NS-PHG -TGNU2012 - part 1

Cerita basi sebenarnya ni.tapi masih tak berapa nak basi sangat sebabnya belum sampai sebulan.
Aku , roomate dan juga siJaNDa memulakan perjalanan dan percutian pada 3.06.2012 hingga 5.06.2012.Gerak dari rumah dalam pukul 9.30pagi jugak la.Kira lewat jugak aku gerak.Singgah kat Kafeteria Terengganu Taman Lavender Height Senawang untuk sarapan sebelum meneruskan perjalanan.See?nak pergi terengganu tu.Boleh pulak melantak masakan terengganu.haha apakah?


kafeteria Terengganu


Nasi Dagang


Habis makan dan teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya., iaitu ke temerloh untuk menjala ikan patin pulak.Dalam pukul 10.10pg kami meneruskan perjalanan.Kami melalui jalan baru ke kuala pilah dan terus ke bahau untuk ke temerloh.Orang cakap perjalanan kami sangat jauh.Tapi, kau ingat kami kisah ke?suka hati la kan. [ wah !! kerek nampaknya disitu...]..eh eh tak la.Sebab ke temerloh dulu kan untuk menjala ikan patin tempoyak katanya.Haruslah gigih walaupun ikut jalan jauh.Itu la sebabnya kami takut untuk bercuti bersama orang lain.Takut tak terikut.Kalau jenis tak kisah tak apa.Sebab tema kami adalah JALAN JALAN CARI MAKAN tau.Kalau sanggup..ayuh !! kalau banyak hal? ---> kau pergi la sendirik..

Sampai temerloh dalam pukul 1.00 tgh gitu la.Macam agak lewat jugak.Tapi ye la kan.Biar lambat asal selamat.



Nah kau, sedap ok Patin Tempoyak, Sambal sotong,Ulam ulaman serta nasi tambah lagi 1..Semuanya RM 28 [ Harga termasuk AIR ]..hehe.Memang betul betul makan tau.Ikutkan aku nak aje aku ratah ikan patin tu sekor.Haha, dah macam hantu pocong ikan patin pulak nanti.Tapi, memang terasa rasa la ikan patin tempoyak ni.Stok tak boleh lupa.Kalau ingat terus nak **pitam....

 Siap siap makan semua dalam pukul 1.45ptg juga la kami meneruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu KEMAMAN pulak.

Perjalanan yang juga boleh tahan jauh.Singgah masjid untuk Solat Jamak.Senang dah solat siap siap.Buang apa yang patut dan bagi My JaNDa rehat kejap.Semput dia jalan jauh jauh.

Wednesday, July 18, 2012

Etika berpakaian

Kalau nak cerita pasal etika berpakaian ni kan.Alahai, aku bukan nak kata apa la.Sebab aku pun bukannya bagus sangat.Tapi lebih baik la berbanding yang lain.

Aku juga bukan nak sibukkan hal orang, tapi aku rasa patut la kan aku bercakap mengenainya.Orang kata ingat mengingati.Kalau nak terima alhamdulillah.Kalau tak terima terpulang.Yeps, bak kata orang kubur lain lain ..haish ! riaknya ayat...

Aku rasa kita kena sesuaikan majlis dengan pakaian yang akan kita pakai.Ye la kau, kalau pegi majlis kenduri doa selamat tak kan la nak pakai skirt pendek pulak.Itu namanya buang tebiat.Yang aku masih segar diingatan adalah malam tadi [senin malam selasa ] bila ada orang belajar bersama ku dengan hanya pakai baju kelawar & sarung seluar track kat dalam.Mesti ada orang akan terpikir, mujur dia sarung seluar tu kan kalau tak lagi teruk.Tapi nyahhhh , agak agak la kau.dengan nampak lengan kau yang gebu tu.kau mengaji al quran.Aduhai, tak terkata aku dibuatnya.Aku bukan nak cakap aku bagus.Tapi, tahukah kamu bahawa kita nak ni belajar mengaji bukannya belajar buat gubahan hantaran, mahupun belajar mengemas katil mencari gelang yang merajuk.Mula mula aku tengok sorang ni pakai tshirt lengan pendek je, mujur la dia pakai telekung.So, aku tak ada la terperanjat sangat, cuma.Eh eh..apakah?sekali datang yang sorang lagi.Hambek kau..terus rasa nak langgar dinding.Boleh kan dia pakai baju kelawar.Nak gelak pun ada sebab tanjat banget.Kalau budak budak aku dah suruh balik tukar baju.Ini?anak 4 katako...

Ini buat pengajaran untuk kita la.Kalau kita ada anak anak, pakai la baju yang senonoh sikit.Tak payah dah la pakai baju yang boleh nampak lelemak bertaburan sana sini.Dah tak sesuai kot nak jadi ikutan anak anak nanti.Ini untuk ingatan diri sendiri juga