Thursday, August 30, 2012

Derita Di Hari Raya ..


Bila tiba hari raya, semua insan bergembira, tetapi bagiku..............hanyalah kesedihan di aidilfitri --> ehem ehem, sodap ek sora emas ku..*pitam

Bila sebut je pasal raya, wah !! semua pun belakang tu nak kasi raya,semua la..sampaikan spender pun jadi spender raya.Apakah??....Kalau tengok tajuk pun dah macam derita sangat kan?padahal....propa je lebih.hampeh !!

Aku balik umah MIL hari SABTU,ulang sekali lagi hari SABTU dikala malam itu adalah MALAM RAYA.Gerak dari TBS pukul 10 pagi.Terus ke Pavi,round2 beli roti macam tak best je terus ke sogo.hah ! kalau ke sogo maknanya, harus lah aku membeli belah.Semua barang roomate je.Aku?tumpang beli sandal je pun..jadilah.Teruskan perjalanan ke Umah MIL.--> tak payah nak 'ooooo raya perak dulu ek'...itu rutin tahunan sejak aku kawin ok.Takat ni tak ada giliran.Akan dibuat juga satu hari nanti.[ harus lebih menderita ] :::: baik kan aku?...sangatttttttttttt tau

Raya 1 :- Pepagi aku lepak lepak kat umah sebab tahun ni cuti tahunan,So tak ke surau la.Tunggu la suami kononnya,Tapi?hampeh ok.Penat tunggu.MIL dah zikir bila nak pegi umah kakak ipar beliau.Then ajak MIL pegi umah makcik selang 2 rumah untuk sarapan pagi.hehe nasi minyak la aku rasa tu.[ teringat ketupat kuah kacang rendag yang super osam kat pt yaani ].Lepas makan, balik la kan.Singgah kat umah makcik sebelah umah MIL plak [ umah taman - korang bayangkan la sendiri ].Then sekali lagi MIL berzikir tanya bila nak balik kampung beliau untuk berjumpa sanak saudara beliau.Siap siap terus balik kampung yang jauhnya hanya 5 minit perjalanan menaiki BeeMerr laki aku tu.Pergh ! betol2 kampung ok.Turun naik bukit,jalan kecik.ngeri la kalau memalam tu oi.Habis round 2 umah kat kampung,terus balik taman semula. ---- habis derita di raya pertama.

Raya 2 :- Disebabkan bilik tu gelap je.Wah, memang ku lajak lajakkan la.Nak nak plak MIL sangat best.Tak berbunyi pun.Kalau mak aku?mau mak ajah berzikir siap beralun alun lagi sebab kau lambat bangun.Bangun pun pisat pisat je.Pergi lepak kat KK makan mee kari di dihari raya.kedai sikit punya ramai orang.Balik rumah lelepak kejap,tak lama tu ada la makcik laki aku kt kampung tu datang ziarah.Aku mulanya duk dapur je.Tapi dorang panggil suh lepak sama.Aku pun dengan sopannya duduk la sekali.Urm...memang menyesal ok aku lepak sama.Siyesss...dorang cite la bab anak semua tu.Aku diam je la, sambil mata jeling kat TV.Sekali ko tau boleh ek itu orang buat statament 'izan tak gaduh nak cerita pasal anak sebab anak tak ada'....pergh !!!! tetiba menyirap darah aku.Ikutkan mulut aku yang nak memblender je ni, memang sedap aku kasi.Choi betol la..dah la ajak aku joint sekali.Boleh pulak sound camtu.vongok vain punya orang.Kau ingat aku nak ke jadi camni?..tapi, izan kan super cool,tenang je gua beb ! sehabis tenang....ku cuma senyum pahit je..ok fine.aku BENCI kau.......

kopi 'o' panas ... kopitiam style

mee kari .. urm not bad

Raya 3 :- Macam biasa la bangun pun terlajak [off day].Nak plak dapat MIL yang lantak kau la nak oi.Terus mandi & ssiap untuk pulang ke sarang.Aku tanya roomate acane, nak balik raya 3 ke 4,Kalau raya 3 singgah d'elise dah babam semalaman, kalau ke empat pulak singgah kejap je d'elise dan terus ke pt yaani.Sebab raya ke 5 kami wonde2 seluruh kuarge hj Tayen.Makanya, ssiap la kami untuk pulang.Siap siap packing semuanya dan terus salam salam.Ouch !! sungguh terharu apabila MIL memeluk & menciumku dengan ku perasan air matanya mengalir, aduh mak oi, jangan gitu..sentap !! menantumu nengok mak.Tenkiu mak sebab menerima menantu hantu mu ni sepenuh hati.[bukan kipas ek...haha ]Hanya tuhan yang balas budi baikmu.OTW sempat lagi ke pekan KK, konon nak suh aku raya PAU KAYA yang osam sangat tu la.Ternyata bukan rejeki kami.Belum masak...tunggu sampai kol 2.Dang!! pitam gue cmni nak nunggu..sudahhh,teruskan perjalanan balik.Eh eh sempat lagi singgah SOGO.Belikan purse untuk kak ani tayen.Hujan lebat sangat sangat ko.Sampai d'elise pun dalam kol 9 kot.*kazen aku tunang ' ada cite'*

Raya 4 :-  Basuh baju sambil masak tengahari, masak nasi ko bersama ulam keciper tanam belakang ghumah.Lepas zohor bertolak balik pt yaani [ huyehhhhhh...sonot sampai terkentot ].Sesampai je terus terkam belang [ kucing atok abah ] sebab dia yang sambut kepulangan kami.Then masuk dapur bukak tudung saji & oh tidakkkk, ada ayam masak kicap.Ok fine, memang aku ni 'hantu' ayam masak kicap.Tak boleh nak pikir dah.terus amik pinggan makan nasi, nak nak pulak ada ikan asam pedas..alahai,ditambah dengan petai.Siap makan baru pegi salam mak abah sebab td dorang ada tetamu [ alasan..].Lepas asar aku roomate ee & family ke rumah nyai.

Raya ke 5 :- Dalam pukul 9 pg kami keluar rumah terus ke rumah BFF abah aji.cikgu amin merangkap tok kadi masa nikahkan aku juga ia seperti sedara ku sendiri.Kami beramai ramai tau berhari raya,sebab setiap tahun memang kami semua akan beraya di PONTIAN umah arwah abang abah aku.Then terus ke senggarang & akhirnya ke rumah pakcik di batu pahat.Seramai 15 orang camtu la rombongan kami termasuk anak arwah adik abah yang bongsu.Balik rumah sampai pukul 9 malam.Penat sungguh.Perut aku macam biasa la.Kan perut jakun sekarang.Confirm pedih ulu hati..atoiiiyaiii.

 Budak yang macam - macam hal --> tembak diri sendiri lepas tembak semua orang 

 sempat lagi tu buat lawatan 

Raya ke 6 :- Pagi ee & kak ana balik sarang masing masing.Aku je masih dikampung sebab baru balik kan.haha.Petang kami pegi peserai untuk berhari raya juga.

Raya ke 7 :- Lepak seharian kat rumah ... betul betul lepak.--> so macam bosan juga kan.Roomate & ipar ku ke BP Mall...malam tu beraya juga umah makcik pakcik sekampung ,dapat la 2 rumah.

Motif??--> nak tayang baju aya titer r butan kapet tu, buat apa


Raya ke 8 :- Ini baru betul kelepakkan kat rumah.Cuma petang tu ke BP mall...saja jenjalan beli sushi.

Raya ke 9 :- Semua orang dah naik kerja.Aku kat rumah tolong mak siapkan untuk orang akan marhaban petang tu.Kesian pulak dia sorang sorang.Petang dalam pukul 3.45 aku gerak balik d'elise.

**Seterusnya sampai la 2.9 aku berada di senawang dengan berbagai aktiviti**

Sekian sahaja cerpen 'deritaku dihari raya'...haha muntah ek baca


Bosan la zan oi baca cite ko ni ' babam lagi bagus' --> siot ko belang.


No comments:

Post a Comment