Tuesday, August 14, 2012

Raya Datang Lagi ..

Assalamualaikum & salam lebaran..

Eh eh dah 25 hari kita berpuasa kan.Eh eh 5 hari lagi nak raya.Hamboih ! cepat sungguh masa berlalu.Aku ni banyak benda nak cerita kat korang.Nak nak pulak aku ada dengar dengar je orang dok mempekatakan pasal kenapa aku tak naik pangkat la sangat.Aduh duh duh...tenang, aku memang nak cerita sebab apa.Dan tolong lah jangan nak menambah cerita dan membuat  gosip liar.Aku menten je, gasak la dapat ke tak.Yang lain pulak over gabra.1001 versi cerita lagi. ahak'sss...dari aku menten control cun sampai dah kembang kepala aku macam singa..haha --> nanti la ek aku cite.detail punya aku kasikkkkkkk.

Ok berbalik pada hari raya, semua orang akan bergumbira.Aku jugak akan berduka lara.Hah ! tidak sama sekali.Kalau dulu ya, aku paling berduka lara la.Sebab soalan wajibbb ' NI BILA NAK ADA ANAK?'..kalau dulu aku diamkan aje sambil dalam hati kedukaan.Tapi, kini tidak lagi.Awas kamu yah !!..kalau rasa nak kena blender, silakan !!.[ wah !! warning nampak.].Not good not good bulan puasa ni warning orang.

Apa pun soalan yang aku kena raya tetap akan ku teruskan.Gasak !! la korang.Jaga hal memasing sudah.Kalau cerita pasal raya ni , wah memasing persiapan memang terbaik la kan.Semua semua pun nak baru.Aku lagi la kan.Kali ni baju aku banyak ala2 kaler fink2 gitu.Baru la nampak gegurl sikit.Eh gaya macam banyak, tak la oi.Tak ada la banyak sangat.Nak nak plak raya ni kuarga 'c' dah bertambah.ehem ehem sapa kata 29 tak boleh menambah koleksi?..erk, ada yang kata ke?..haha gila

Duit raya pun dah siap siap letak dalam sampul mengikut kategori tertentu [ baginya tah ye tah tak ]..aku kan mengisi bersungguh sungguh.Baginya tu kadang tak pun.Sengal kan.Boleh pulak ikut mood nak sedekah.Sapa ajo? sapa yang ajo ni?

Macam biasa la kan, aku ni kan menantu paling best dalam donia.Itu pasal aku akan merayakan bersama mertua setiap tahun di raya pertama **pitammm.Tah bila nak raya kat b pahat dulu aku pun tak tahu la.Sebab macam tak sanggup je nak redah jem untuk ke utara.Lain la untuk ke selatan Akan ku gagahi jua walauapapun yang terjadi.Setakat ni tak ada gilir mengilir la.Janji aku dapat rasa ketupat mak aku buat, wah itu pun dah syukur sangat.

Tahun ni macam biasa la aku balik umah MIL malam raya.Haha, best apa.Sampai sampai je eh eh malam raya?memang feel habis la kan.Aku nak pegi sopim2 saat akhir.Selalu memang akan jalan jalan lepas tensen ke TAR.Kali ni TAR tu tengok keadaan.SOGO macam sesak je kan.So, kita lepak PAVILLION je la.Nak jugak aku update status sopim sopim kat pavi..haha kau hado?memang tak la kan korang nak sesakkan kepala ke PAVI nun.Tapi?tidak bagi aku...mak jemah sanggup okeh.Nak minta nafkah.Jejaga somi..

Ingat dulu tau masa aku kanak kanak, mak penah cakap' eh,cepatnya la masa, dah nak raya dah,kan bagus kalau puasa je'..aku masa tu macam ' eh eh mak aku ni'.Sekali kau dah kertu ni, hambek kau.Kos tinggi rupanya ek nak raya ni.Adoiyai pun.Padahal tetiap bulan biasa pun ada je beli baju baru,beli enbag baru,beli kasut baru kan?.

Ala, macam dah penat la...layan mata nak tak?


Ni kalau dapat melibas orang?lemayan ni...haha


Meriah baju mak jemahhhh

ahak's sedondon
**sama kaler dengan adik 'c'-->like

No comments:

Post a Comment