Saturday, April 20, 2013

uuupppssss cak !!

Assakamualaikum sahabat disana, moga kalian sihat sejahtera hendaknya.

Ehem - ehem, lama dah kan aku menyepi.Oh, bukan lari dari dunia blogging, bukan juga merajuk.Tapi biasa la, aku ni kan 'MALAS' adanya.Ikutkan hari - hari aku berblogwalking termasuklah kat blog aku sendiri.Ada je benda nak cerita, tapi syaitan tu hah, malapetaka sungguh.Aku nak berblog pun dia kata :-
' alah..nanti nanti la izan oi, banyak lagi keje ko boleh buat, eh dengarnya coach ada sale, tu? FB orang tu dok tayang enbag murah katanya '

Sekarang ni aku suam suam bizi, kelas aku ada lagi 1 modul yang tak mula.tapi 2 modul yang dah habis.Ok, jangan salah paham ye, habis bermaksud HABIS MASUK KELAS, bukannya HABIS KESELURUHAN modul tersebut.Sila paham keadaan saya.uwaaaahhh, tiba - tiba nak orang paham keadaan, sajak sungguh.

Aku semester ni kena ajor 3 Modul bersamaan 8 kredit.Makanya banyak juga esseemen dan bukti yang aku nak kena semak merangkap menyelak.Masa bagi tu kemain seronok macam main baling anak patung kat panpair tau.Tapi masa nak menyelak tu, adehhh kemain liat macam kuih terlebih tepung [ erk, kuih ?..gasakk ! ].

Itu tak ditambah lagi dengan kerja kerja sampingan,Jawatankuasa?? oh aku nak belagak sikit, pegi tengok kat file jawatankuasa, ko cari apa jawatankuasa yang nama aku tak ada?..hah aku tipu sket, aku tak terlibat pun dengan jawatankuasa sebut rege, tapi?aku pernah terlibat dengan jawatankausa teknikal.Ohhh apakah?aku dah merepek ni.Kerja memang tak akan habis.Dah jangan merungut izan, berdosaaa tau.

Aku pernah cerita tak kat korang yang kaki aku sakit.Siyes beb, sakit sangat ok.Sakit jenis sengal sengal nyilu kebas,tahap kalau dia sakit tu ko bersih, kau rasa macam nak jerit kuat kuat.Sakit kan?

Tapi, ada juga yang cakap ' eleh kata sakit, tapi main badminton terlompat - lompat, time tu tak sakit ke ?'..time ko lompat - lompat tu memang tak sakit.Tapi bila dah setop?hah, masa tu ko rasakan.Tapi yang aku perasan, dia akan sakit bila aku banyak gerak.That's mean kalau aku banyak jalan la.Eh yang sakit ni kaki kanan tau.Sampai bontot ko tau sakit dia.Kalau aku berdiri time tu, adehhh.Tiap pagi sebelum pegi kerja mesti aku akan sapu fellina sebab tak bau sangat minyak angin.Erk?...macam dah kantoi aku beli fellina.Hahaha ketawakan aku.Itu kalau nak pergi kerja, kalau nak tido malam hah, aku kena sapukan dengan krim yang berangin.Hui mak ai, ko tengok?very the nenek nenek kan.Tido berbaukan minyak angin.Tapi aku tetap sembur minyak wangi tau.Kasi wangi wangi sikit.

Dulu aku ingat lagi tau masa umur aku masih doplohan.Masa tu kak esah umur tiga pohan la.Aku tengok dia akan sapu minyak angin kat kaki dia, siap makan panadol yang untuk sakit sakit kaki ke sengal badan tu.Apa nama tah aku pon tak ingat.Masa tu aku ala ala macam.Eh macam tu ke aku kalau dah tigapohan?? hah sekarang, kau HADAP izan....hadap sendiri.Padan la muka aku.

Oh my lemakkkk..korangg berat badan aku dah bolat kembali.Ok sebab aku tak jaga makan.Asal malam je aku 'melantak' bukan makan tau, aku memang stok melantak punya.Hah dalam masa 3 bulan aku dapat balik berat asal sebelum aku turun berat haritu.Ini padahnya, kalau orang lupa daratan,aku gedik balik nak turunkan berat, doakan kejayaanku ye kawan kawan.Nak raya ni aku nak beli baju siap je la.Hah doakan aku berjaya, alau baju boleh settle, tapi bab kain tu kantoi.Aku kan ala mengalah.Kan nanti aku pakai kain paras buku lali, oh my kain senteng tajuknya.

Aku sekarang ni tengah gigih untuk habiskan semua kertas kerja tugasan pelajar, sebab lepas ni dah start ada event.Aku bukan orang penting pun dalam event tu tapi aku kan seorang yang akan memberikan sepenuh kerjasama, hah lagi 1 yang paling penting , KB aku dah cakap dengan opismate yang dia nak tengok file budak sem 3.Sebab opismate aku dah siap  semua.Oh, sebelum aku kena hentam baiklah aku pun menurut jejak langkah kawan aku tu kan.Aku nak juga tayang yang aku ni tak ada la BURUK sangat.gituuu.

Aku sebenarnya tengah masak laksa untuk kesekian kalinya, aku rasa bulan ni dah kali ke 2 aku buat laksa, rumet aku tak pernah jemu makan laksa,makanya aku sebagai seorang isteri yang TAAT kata suami, haruslah berusaha untuk menyediakan juadah untuk suami, orang tua tua cakap ' nak tawan suami , kita kena tawan dengan perotnya '.Hah, tawan la sangat.

Ok kalian, sampai disini buat kali ni, lain kali kita ketemu lagi...jaga diri hiasi peribadi.


oh sedapnya 'tupat sotom'

Oh, arini penamaan calon, selamat bertanding.Kita tengok sapa yang menangggg.

No comments:

Post a Comment