Wednesday, March 13, 2013

Mari Menyampul Dinding ..

Assalamualaikum, selamat siang semua orang.Kalian gimana?baek baek aja?--> wah..mengindon ku harini.

Hati macam ada sikit girang sebab esok adalah aku coti.Best best best.Coti gantian bagi orang yang cintakan kerja macam puan wumpot ni.--> ini semua poyooooooooooo.

Ok, selalu tau suka menyimpang.Kali ni nak cerita sikit pasal sampaul menyampul dinding.Maklumlah , aku kan tak ada buku sekolah yang nak di sampul.Berangan nak buat wallpaper ni dah lama benornya.Berangan kan memang hobi aku kan.Sesajor berangan.

Tapi biasa la, kalau nak buat tu nak yang murah je.Rupanya, kalau murah tu adakalanya akan jadi lebih mahal.Bergantung pada keluasan juga ye kengkawan.So, aku dapat lah beberapa ilmu baru pasal wallpaper ni, apa yang kita perlu tahu..hik's

1 - Kalau harga wallpaper tu murah, kena tengok panjang dan lebar dia.Biasanya kalau harga dalam RM 150 per/roll size dia adalah kecik. [ ok aku lupa bab size / ukuran ].

2 - Macam aku punya RM480 /roll.Makanya bukaan dia besar.Untuk dinding rumah aku dapat 3 dinding untuk 2 roll.Tak silap aku size dia 42' x 15 meter [ mahap kalau aku salah ].lama nau la tak ingat.Tu pun ada baki lagi tau.

3 - Wall paper ada beberapa jenis ok.Yang mahal ni biasanya wallpaper korea.

4 - Kalau kita pilih corak corak, makanya banyak juga la kita kena pakai.Sebab dia nak matchingkan corak masa nak pasang nanti.Tapi kalau beli yang plain tak perlu risau sebab dia boleh hentam je.Kan plain tak ada corak.

5 - Perlu diingatkan.Konsep kertas.Bila dia basah [ kena gam ] dia akan mengembang.Dan...korang jangan pengsan pulak bila dah kering nanti.Ada yang renggang sikit antara penyambung tu.Sikittt je tak banyak melampau dan tak semua la.

6 - Apa lagi ek?ooooo lepas je pemasangan dibuat, memang akan ada gemebung gelembung tau, so?biarkan je.Jangan usik apa apa.Nanti dia akan hilang sendiri.Dan bila dah betul betul kering tengok lah apa akan jadi.Itu sebab orang biasanya akan pasang ikut kaler dinding asal.Sebab kalau dia mengecut tak perasan.

7 - Kalau langsir rumah dah corak bunga - bunga, elakkan dari pilih wallpaper yang sarat dengan corak morak.Kan nanti serabut perut plak suasana umah.

8 - Kalau yang suka corak jalur jalur, hati hati semasa memadankan dengan ruang ya.Jangan pakai taram je.Nanti kero mata tetamu.ehek's.

9 - Digalakkan untuk memilih warna warna selamat untuk diletakkan diruang tamu.Cuba bayangkan wallpaper merah, langsir pepel, kapet ijau?ngeri tak?

10 - Better ukur tinggi x lebar sesiap sebelum ke kedai.Senang sikit nak suh dia kira.

11 - Tanya juga upah dikira cemana?per roll atau pun lumpsum atau juga mengikut pada keluasan tak pun dia ikut berapa banyak dinding yang kita nak letak.

Ok, tu serba sedikit info yang saja nak share dengan semua.Harap terhibur [ tetiba pulak ].


Sebelum 


semasa - eh utin tu sebokk je


semasa juga, tak siap lagi


Ruang makan, dan yang sebenarnya ruang belakang tu tak tersenarai.Disebabkan ada lebih banyakk suruh juga dia pasang.


cecorak


proses men'GAM'


ehemmmm...baru la ada merah - merah sikit


sebelum letak frame.Tapi nampak macam pelik ek?
tak apa nanti nak raya aku beli bunga bunga

No comments:

Post a Comment