Thursday, June 27, 2013

Bila Izan Cakap Pasal Diet ...

Assalamualaikum, sahabat saya sihat?...

Diet ,

Tentu korang dah sinonim ataupun jelek dengan perkataan ni bila lepak blog aku kan?Memang aku akui tu, aku ni sembang je lebih, hasilnya memang KELAUT.Orang lain kebintang, manakala kau KELAUT.

Tanpa kesudahan, duit habis beribu [ sorry mate, dapat roomate yang MEMBAZIR ].Tapi, kan ke membazir tu amalan setan jahanam.

Untuk kesekian kalinya aku berfikir berfikir dan terus berfikir.Dengan keadaan kaki aku yang makin teruk sakitnya ni.Aku perlu 1 keputusan.Ok, jumpa doktor dan check apa yang patut.Atau aku perlu ubah cara pemakanan aku.

Kalau aku jumpa doktor, confirm dan sangat pasti lah ' AWAK KENA TURUNKAN BERAT' Nah, kau dah tau akan jawapannya.

Memang, ada yang cakap ' eh eh kau bukan gemuk pun '.Yes, aku tau aku bukan gemuk mana kalau nak dibandingkan dengan HULK HOGAN tu, tapi aku rasa amatlah tak selesa.

Bila kau kuat peluh, badan kau bau macam belacan, peha kau bergurau senda antara satu sama lain, bila period je peha kau akan melecet [ aku pakai whisper wing ..so, memang kesat sikit ] ,bangun tido sakit pinggang , berjalan sikit kaki kau akan sakit sampai bontot , perut kau membukit , naik tangga mengah , naik motor tayar pun nak pancit dann bila kau lalu depan tv 29 inci yang gemok dan besar tu roomate kau cakap ' excuse me, boleh tepi sikit tak? tak nampak la ', Nah !! apa maknanya tu? tell me ? tell me?..kau masih nak kata ' KAU TAK GEMUK MANA PUN '.Boleh ke?....kau mungkin boleh.But not me [ eceh, cakap omputih ] nampak sangat benggang kan?..hik's

Kalau nak ikutkan , perlbagai produk aku pernah cuba.Dari teh sampailah susu.Memang la ada perubahan, tapi? kalau disiplin kau tak ada, memang tiada guna langsung.

Pernah dengar kan kevin zahri  ? aku rasa nama ni sinonim untuk orang yang gemuk sibuk nak kurus.Aku pernah beli buku dia juga.Kalau nak ikutkan aku ni boleh konvo bab makan sihat la, bab senaman, bab kalori , bab kerbohidrat.Macam - macam kaedah cara nak turunkan berat aku baca.Memang aku guna sehabisnya la internet ni untuk cari maklumat.

Secara TEORInya , aku dah berjaya, tapi?secara amalinya?...oh terjun tiruk.


Yes, aku antara overweight ke obese 

No comments:

Post a Comment