Sunday, September 1, 2013

Erti 'BUSY' Yang Sebenar ..

Salam,

Lama dah aku tak jenguk kat sini.Whew !! tak sempat ko.Aku rasa setiap minit sangat lah berharga.Cemana raya haritu?best kan?aku..?macam biasa la ada yang tak best dek multu puaka...phew !! mak letih nak dengar, mak laserkan aje.Rasakan kamu.

Disebabkan lama dah kumpul cerita,haruslah banyak nak diceritakan kan ...

Kerja Baru saya

Disebabkan aku baru lagi bertukar kerja, haruslah kalau jumpa orang akan tanya , ' Cemana JPK, Ok tak ?' maka jawapannya haruslah 'OK' apa lagi jawapan yang harus ku berikan.Betul la orang cakap baru lagi memang la semuanya ok.Aku harap lama - lama pun akan OK.

Aku ditempatkan dibahagian MOSQ unit PPT.Di unit PPT aku ditugaskan dibahagian persijilan.Bahagian yang mencabar juga, bak kata timbalan pengarah aku la ' oh bahagian sijil ni mencabar sikit, sebab orang nak tau OUTPUT dia, jadi awak kena sabar la '.Nah !! memang kena kuat sabar.Ikutkan aku yang kurang sabar ni mau aku buat amukan.Memang macam - macam ragam orang yang aku dengar suaranya [ sebab majoriti call je ] tanya status sijil.Ada 1 tu baru endose 2 minggu dah tanya sijil.PPL pun tak hantar laporan lagi dik, bawak2 la bersabar.Siap call sana sini.Then last kat aku, dia ingat aku ni PRINT sijil agaknya.Oh minta mahap ye adik adik.Akak hanya hantar laporan pada bahagian sijil HQ sahaja.

Aku punya kerja, akan key in data calon yang mana PPL dah hantar laporan verifikasi beserta borang pink yang dah selesai & layak untuk dipersijilkan.Aku akan cari data calon melalui desk officer setiap ZON.Carilah celah mana pun, kalau untung nasib jumpa.Kadang tak jumpa, urm kalau lambat sangat aku taip je balik.Tu pun kena tengok juga no pendaftaran, asingkan ikut tahun, ikut pulak dia under mana, wallawei, banyak cekadak jugak.Tapi kena buat sebab nanti orang mintak statistik, jenuh nak cari oi.Bab statistik aku belum buat lagi.Kalau dalam minggu depan boss mintak emmangnya aku bisa pengsan nak buat.

Bagi yang hebat dalam excell memang kacang godok la nak buat semua ni, tapi bagi yang lempun macam aku ni, memang sampai selow la nak siap.Tapi dah nampak la sesikit aku tau.hik's.

Bila dah siap key in semua data calon, aku kena buat DN pulak.Ok DN tu adalah untuk kita nak tau GROUP mana calon tu berada, kiranya kalau sekarang DN 0172 A makanya batch seterusnya DN 0173 A,awalnya agak pusing nak paham.Tapi kena buat, ok faham apa itu DN dan kenapa kena buat.Siap buat DN, kena copy pulak data tu ke dalam folder pengeluaran sijil untuk di hantar ke HQ untuk diprint, kena hantar ke bahagia persijilan HQ.Kena buat memo dan emailkan sahaja.Hah, dah selesai tu semua, biokan aje dalam beberapa ketika dan pergi ke HQ untuk ambik sendiri sijil tu.Cis !! ampeh.Ni yang paling aku tak suka.Buang masa aku okeh.Aku kena hapdet pulak ke dalam data sijil.3 kali la data tu berpindah rumah.

Bila dah siap, aku kena asingkan sama ada calon tu persendirian ataupun calon berkelompok.Aiseh, memang kental sungguh la kerja aku . Lepas tu baru buat surat, pakai mail merge.Uwaa !!! aku agak stress mulanya.Ko bayangkan hari - hari orang call tanya sijil.Kalau data tu ada tak pe.Kalau dibuatnya tak ada jenuh aku nak menjawab.Mula tu aku jujur juga, tapi sekarang aku akan jawab asal jawab.Aku tadah je la kalau kena maki pun.Gasak !! ikut kamu la manusia.Dah kalau memang data kau tak ada, kau nak salahkan sapa?mana aku tau.Siap cakap, saya ni dari bulan 4 lagi tak kan lama sangat, tak buat kerja ke?allahuakbar, sabor izan sabor.Udah kalau kau bulan 4, ko tau tak?ada orang tu dah bulan 4 tahun lepas pun tak dapat sijilnya.Kadang tu PPL la lempun hantar laporan lambat, kadang memang data ko tak ada pada aku, cemana oi.

Sekarang aku tengah check balik file yang KIV tu.Siyes kau, banyak kemain.Aku tengah clearkan mana yang patut, hah aku bagi je la sijil kalau orang tu layak.Apa da hal kan.Lantakkannn.haha tak baik oh buat orang tertunggu tunggu, hak orang bagikan aje la.

Aku rasa kehidupan aku berubah 300 darjah terus.Kalau dulu aku masuk kerja mesti FB aku bukak dulu.Kadang tu sampai pukul 1 petang, pergh !! memang tak boleh buat apa la.Pagi pagi perkara wajib adalah akan cerita tentang tak puashati akan 2 orang yang memang wajib jadi bahan la.Kadang 3 orang tengok la pada keadaan semasa.Siap buat marathon lagi kau.Rasa berdosa sangat.Tapi apakan daya, kena juga luahkan sesama sendiri la.Nak nak aku yang bukan pekerja pilihan kat situ.Sampai ada 1 tahap aku rasa sangat down la.Aku rasa tekanan bukan pada kerja tapi pada orang.Kadang terpikir, wah !! gaji ornag tu banyak, gred tinggi tapi?kerja senang je aku tengok, kadang boleh cuti sesuka hati.Tapi aku??urm tengok tu, aku sempat nak pikir pasal orang.

Tapi sekarang semua tu dah tak ada tau, aku masuk kerja je terus ngadap belai kawna baik aku, wiwiwi..tak senang la tengok borang pink tu, sebab nanti kalau orang call ko cari data dia tak ada memang sadis la nak menjawab.Kadang tu pukul 1 petang pun boleh terlajak, itu tak termasuk lagi pukul 5 petang aku masih tercongok kat opis, fuh !! rasa macam kejap je masa berlalu.Aku memang tak cara orang, aku tak ambil tau pasal gelang emas orang , pasal perangai bos, pasal orang keliling aku, yang aku tau aku punya kerja mesti settle, dan aku akan stop bila nak pegi jamban.Sekarang kira ada la duduk lepak kejap makan kuih sambil sembang - sembang.Kalau sebelum ni memang tak la oi aku nak buang masa macam tu.Baru lagi?mungkin la jugak sebba baru.Tapi aku tak nak kekalkan amalan aku yang BIASA tu.Aku mesti jadi yang lain jauh lebih baik dari dulu.Aku malas nak cara orang , nak cara kerja orang lain.

Memang macam - macam orang cakap pasal tempat kerja aku ni, katanya kuar mulut naga masuk mulut buaya la, kerja banyak la, sakit kepala la.Adoi !! lantak la.Buat masa ni masih under control lagi.Memang aku banyak kerja, tapi itu kerja aku, dan aku mesti buat walau banyak mana pun.Dari aku buat kerja orang lain, yang mana orangnya elok depan mata tengah layan facebook, kan lagi jahanam.Biar aku pepagi hadap PC dan borang pink sampai muntah dari pagi pagi aku hadap muka orang dengan perangai yang macam nak muntah.Stress dan penat kerja lain tau.ko relak's tido alhamdulillah lega la sikit walau tak semua.Dari kau sakit hati dengan orang effect dia sampai sekarang.

Tak apa la kawan, doakan yang baik baik saja untuk saya.Moga apa yang saya nikmati ni berkekalan selamanya, amin.

anda yang mana?hik's

No comments:

Post a Comment