Saturday, November 17, 2012

Kalau Gitu Ceritanya ...

Phew !! lama kan aku menyepi ?Ikutkan banyak nak cerita tau, tapi itulah kemain malas kelaut aku ni.Nak nak sekarang ni jadual aku macam padat gitu.Rasa macam ahli parlimen pun ada juga kononnya.Tapi ye la kan, setiap manusia tuhan bagi 24 jam sehari , so pepandai la kita nak adjust timing kita.Tak payah nak poyo sangat kata kau sibuk sangat la sampai kentut pun tak perasan..

Kerja aku macam biasa la.Aku kan dapat kelas hujung hujung.Makanya? harus la berbogel sambil membuat kerja kan.Dengan kelas yang nak dijenguk, dengan kertas merah biru nak minta dibelai, dengan aktiviti yang menyesakkan kepala, dengan bermacam kejadian yang harus ditempuhi ,dengan kerenah manusia yang minta penampo percuma.Apa pun harus bersyukur sebab kita masih lagi ada kerja kan.Pepepun i love my job but i hate my &*^.[ hahaha.....sori &^% aku memang tak suka kau.nasib kau la sapa suh jadi &^% akuyangmacemharemm ].

Jadual aku kalau hari biasa tu isnin -> jemahat sama je sekarang ni, pagi 8 - 5 kerja macam biasa, lepas tu aku akan berbadminton sampai 6.30ptg.Balik sampai rumah dah 7 malam.8.30 malam pegi ngaji dengan muka terpisat pisat mata stim bacaan kadang kelaut.Dah makin bertambah usia ni kan.badan pun dah tak fit.Kaki pun lenguh lenguh je.Nak tekan clutch kereta pun dah lenguh lenguh ----> [ macam tak ada kaitan je ].Kalau badan pun mengah mengah bila naik tangga.Apakah tandanya tu kan.Makanya harus la saya berusaha untuk menurunkan KG sikit.Yang lagi aku bersemangat yang tak berapa nak semangat ni adalah, bila aku nak cari blouse.Hah !! nangesh ok nerai nerai semuanya tak muat.Ada baju tu habis size aku boleh sendat juga.Nampak sangat kan??nampakkkkk sangat okeh..

Kadang kalau nak cerita pasal hati dan perasaan ni kan memang tak boleh nak diluahkan.Sebab kalau kita luahkan ada je yang makan maki percuma.Not good kan..sangat not good.Tapi sebagai insan biasa yang punya hati dan perasaan kau akan terasa nak marah terasa nak sedih terasa macam nak telan orang idup idup.Tak payah cakap pasal nasib a.Semua orang tau qada dan qadar ketentuan tuhan.Itu tak dinafikan.Tapi, sebagai manusia biasa yang kadangkala alpa, perasaan itu tetap berlegar legar dalam pala otak kau.[ fine !!! aku macam merapu dah ni.ok STOP !! ]


CIK TED mood :: menyampah !!!


No comments:

Post a Comment