Friday, November 30, 2012

Penat Nak Cerita ...

Penat ?...urm ikutkan memang penat.Nak nak kalau nak cerita pasal 'anak'.Yess !! aku dah letih nak jawab pertanyaan pertanyaan yang sangat 'bodoh' aku kira untuk diberikan jawapan.Soalan soalan yang memungkinkan aku nak 'slap2' je orang tu sampai mati......

Baru baru ni bila seorang sahabat tanya aku ' zan...aku baru rasa apa yang kau rasa selama ni.Sebab aku tengah hadapi.Cemana kau tabah hadapi selama ni ya?Aku yang baru setahun kawin pun rasa macam tak sanggup nak hadapi'....makanya?...aku pun jalankan sesi kaunseling ,atau mungkin sesi meluahkan perasaan atau lebih tepat meluahkan kemarahan.Hiapppp !! tak baik ok orang tanya kan.Kena jawab bebaik.....kata nak jadi isteri solehah [ erk ! motip???]

Ada orang tanya aku jugak ' eh korang berdua je senang la ek nak romen melakukan aktiviti berfaedah tak ada sapa yang kacau'..erk !!!

Tak kurang juga soalan paling bodoh ' apa perasaan kau ek tak ada anak lagi'..haha kureng punya orang.

Ok mari sini ku cite ek [ cc :: kawan aku yang banyak tanya ] ::-

Sebelum tu aku nak tanya la, ada ke orang kawin tak nak anak?kalau ada pun memang ngok la orang tu.Hello !! yang belum kawin pun sibuuukkkk sangat nak 'anak' kan?ni kan pulak kita yang da habis berpuluh ribu buat majlis kawin.Mula mula tu memang aku rasa sangat sangat tertekan dengan soalan soalan macam tu.Macam macam perasaan.Setiap kali orang tanya pasal hal ni balik tu confirm nangesh macam mati laki.Hati ni tak tentu hala je ko tau.Kawan pun boleh jadi lawan.Sapa orangnya kan.Tapi??itu dulu.Sekarang tak lagi.Aku makin kuat.Aku makin tuli dengan semua tu.Aku tak peduli apa orang nak cakap dengan aku, apa orang nak cakap pasal aku.Aku tak pedulikan semua tu.Sebab aku yakin, tuhan sayangkan aku.Ada hikmah semuanya ni terjadi.Kalau dulu orang cakap pasal benda benda ni aku rasa sangat sangat kekurangan diri.Tapi, kini aku tak rasa apa apa.erk !! aku pun tak paham kenapa aku rasa macam tu.Aku rasa macam ' gasakkk !!! kau la nak cerita pasal anak ke apa, aku angin lalukan je '.

Kalau orang tanya aku ' kau bila lagi '..aku senyum je, dan monkey mind ku pun ligat ' kesian kau, bodoh...'hah !! nampak kasar kan?...dah tu kau tanya gitu napa?Ingat buat anak macam buat cekodok bilis cicah sambal kicap ke?

Kadang tu kan dorang cerita macam bagusss sangat.Nak aje aku ni jawab ' kau jaga anak kau sudah la.Sibukkan aku yang tak beranak ranak lagi.Anak kau huru hara'..haish !!
Bukan nak belagak.Tapi aku letih nak pikir.Letih nak amik pusing, letih nak terasa rasa, letih nak menahan perasaan.Tak kan aku nak bagitau semua orang apa yang aku buat.

Aku cerita dengan kawan aku yang sekarang tengah huru hara jiwa raga.Kalau nak diikutkan berpuluh ribu aku habis.Kalau nak cerita pasal mengangkang?kau tak payah cerita la.Habis doc aku jumpa aku 'tunjuk'.Ikutkan malu memang dah tentu la,Tapi apakan daya.Ada satu tika dulu..kau bayangkan la opismate kau sendiri perli kau depan depan..'idah, cakap dengan adik jangan la amik doc sakit puan.sebab adik tu lelaki'..pergh !! memang sakit sangat hati masa tu.sebabnya 'setan' tu tau aku  tengah follow up dengan doc sakit puan lelaki.Betol, ada banyak doc perempuan.Tapi?yang betol2 pakar & dapat detect kes aku adalah doc lelaki.Aku ingat sampai bila bila apa kau cakap...

Kalau kita fikir je pasal benda ni, memang tak kemana la kita.Usaha tetap usaha.Tapi apakan daya.Korang korang kat luar sana.Kalau nak tanya tu tengok la kiri kanan.Ni aku yang dah kawin , agaknya kalau yang belum kawin lagi?apa lah yang orang tanya mereka kan.Ingat !! semua orang nak yang baik baik.Tak ada sapa nak kehidupan yang tidak sempurna.Semua yang terjadi sudah tertulis.

Aku cakap lagi dengan kawan aku...' kau kena ingat, orang yang ada anak ni sebenarnya tanggungjawab dia sangat sangat besar.Tuhan tengah uji mereka untuk membesarkan anak anak di akhir zaman ni.Dugaan makin banyak diluar sana.Dan kau kena ingat juga, anak bukan jaminan syurga.Kalau didikan tu elok, maka elok lah.Kalau mak pun hidup huru hara, anak apatah lagi kan?'......

Tapi, sapalah kita nak menghukum orang kan?...biarkan la apa yang dorang nak cakap.Biarkan mereka cakap selagi mereka mampu.Biarkan mereka bebas untuk berkata, kita tak mampu merubah apa kata mereka......


Dari aku pening dengan soalan2 ngek tu,Baik aku picit jerawat

2 comments:

  1. alolo ciannye ko toq....ala lek la kan dorg tu sengaja jeles ko bedua je ke hulu ke hilir..beromen ke..beramas2 ke kan!!....kalo leh wat dgn senang je anak...kite pn x kan la x nak kan???msk btg..koar air leh jd ke kan???hampehh...sumbat je ngn batang paip sapa yg ckp tu....aku penah rasa sume ni..so aku tau pasaan ko...lek yeee

    ReplyDelete
  2. kadangkala yg x diberi itulah pemberianNya. mcm aku pun sabar saja...dugaan kita sama saja kerana belum diberi didunia. absolute agree, harta & anak jua adalah ujian dan fitnah sabda Nabi SAW. Mungkin soklan kita hingga kini diakhirat kelak kurang sdkit. Insyaallah jgn kita berputus asa dgn rahmat Allah. (sebak baca entry ko beb)....

    ReplyDelete