Wednesday, January 30, 2013

Siap Sudah

Salam sejahtera semuaorang,

Alhamdulillah, setelah berbulan bulan akhirnya siap dah rumahku ini, tenkiu abah untuk semua ni.Sayang lebih sikit la **wink²

Rumah ni  bukan untuk duduk sendiri, tapi untuk disewakan.Tapi kalau tengok macam sayang je nak disewakan.Keluasan dia dalam 20 x 65 rasanya.Eh main rasa rasa pulak.Ye la sebab aku lupa la nak tanya detail.

Siap grill, kicthen kabinet,lampu kipas tempat mesin basuh, basuh baju bagai..amboih,best betul kalau ada tuan umah baik hati sediakan semua ni kan.pernah juga kami cakap ::

Ala, buat biasa - biasa dah la abah 

Ko tau apa jawapan dia?

Eh, jangan macam tu, tak  baik.Kita boleh duduk rumah selesa,kita sewakan dengan orang.Kita ambil duit sewa,biarlah rumah tu selesa macam kita yang duduk rumah tu 
Memang best la kalau dapat tuan umah super baik hati macam ni.Bila rumah ni dah siap, macam biasa la kan.Orang semua nak cadangkan harga sewa yang berpatutan.Ada yang kata :-

Kalau aku kan, RM 300 aku letak 

tak kurang juga yang cakap

Eh eh, kalau la cikgu sekolah tu yang nak sewa, harus RM330 sewanya

Ditambah lagi

wahhh, seronok la kan nak sewa murah murah, rumah nak best.Argh tak ada deposit 3 bulan termasuk deposit api air so semuanya adalah RM900 ya depositnya

Hah, lantak la semua nak cakap pasal sewa,kemain lagi kan.over tau.Dapat kat abah aku, ko nak tau berapa dia bagi??RM 250 sajork.

Dan,alasannya adalah :--

Selagi abah masih hidup,selagi abah masih ada,biar abah yang tentukan semua ni.Kita ni bila lagi nak buat kebajikan,bila lagi nak tolong orang.Masa kita hidup ni la kita nak buat semua ni.Esok kalau kita dah mati, memang dah tak dapat nak buat apa dah.Tak apa la,kita tolong orang tengah susah.Esok kalau abah dah tak ada, terpulang la ko nak letak berapa.Tapi ingat??jangan aniaya orang

Dah, jangan kau nak cakap apa apa lagi.Itu adalah muktamad.Kan nanti kalau dia kuar statement

EH,korang sibuk pehalll??? ni duit aku kan.bukan duit korang pon

Harus lah sentap kan?Tapi eh idak lah abah nak cakap macam tu

so?cemana...

Haruslah berderet yang nak menyewa kan.Deposit pulak boleh pilih,nak letak atau tidak.Kalau tak letak,bulan tu kau tak bayar je rumah tu akan di 'OPEN TENDER' kan.Tapi kalau deposit , hah tengok pada kau letak deposit berapa.Cuma kau kena jaga rumah tu macam rumah kau sendiri [ tapi?penyewa aku ada yang hampeh.com ]

Tarikh nak bayar juga kau boleh kawtim,bila sepatutnya last date.Tapi ni abah dah buat pelarasan , last date bayar sewa adalah sebelum @ pada 10hb setiap bulan.Tapi dalam pada ni biasalah kan.Orang orang ni bukannya nak bersyukur.Lagi nak buat onar.Sewa berbulan tak bayar.Ish ish ish !!! mujur la kena kat abah,kalau kena kat aku?? ehem ehem, sila 'BERAMBOS' sekarang juga.No kompromi,nah !!! gitu.

Rumah ni sebenarnya 2 bilik.Sama dengan rumah sewa yang lainnya, ada 8 biji semuanya sama je konsep 2 bilik & dapur adalah besar sepadang.Biasa orang buat rumah 3 bilik dan dapur adalah sejamban keciknya.Tapi,abah ni lain pesen sikit.Ramai juga orang tanya napa buat camtu,dan jawapannya :

Eh,yela ni rumah sementara orang tu ADA RUMAH SENDIRI, lepas kawin tak ada rumah duduk la rumah sewa,tak kan nak duduk rumah sewa selamanya.paling lama pun 2 tahun je la sewa rumah kalau tak Sampai bila kan hidup nak menyewa.Orang yang kampung jauh, boleh la duduk sementara kat rumah ni.Kalau nak yang 3 bilik kena la cari rumah lain [ wah,budget kan rumah kami lariss ] itu kena pandai pandai lah.Mana ada orang dah buat rumah tapi masih menyewa lagi.Rumah pulak depan mata [ sebab target adalah orang kampung berdekatan juga ].Kalau buat 3 bilik dapur jadi kecik, sempit.

Pepepun jawapannya, itu bukan persoalan yang 'wajib' dijawab, kita ada hak untuk memilihkan.Jadi pilihan ditangan anda.


Muka depan [ tapi ni tak kemas lagi ]


Belakang rumah [ versi belum kemas ]


welcome


Bilik Utama


Bilik ke - 2


Dapur


nah !!! siap ada kitchen kabinet lagi
 [ aku dulu sewa dapat sinki BODOH je ]


The Jamban's


Wow !!


Selain dari ruang makan, boleh juga nak bertiduran kat sini


oit !! jangan buat onar ya --> abang kawasan ni [ kihkihkih ]

3 comments:

  1. salam.. kak kitchen cabinet tu buat kat mane?? berapa harganya?? thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, kitchen cabinet tu untuk table top dia kontraktor rumah tu buat sekali & untuk pintu tu tempah kat y peng je dik.Kos keseluruhan plak? alamak...yang itu akak kena tanya boss besar la.sebab semua resit pada dia.tapi anggaran dlm 2k kot...hehe

      Delete
  2. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.

    ReplyDelete