Tuesday, January 1, 2013

Semangat Tahun Baru ..

Assalamualaikum kawan - kawan,

Muka ada senyum, mood pun sudah baik,hati pun ada lega sikit,jiwa ada tenteram.Cuma semangat tahun baru belum penuh lagi.

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013.

Semua kawan - kawan cikgu sekolah sibuk attend meeting, sibuk dengan LIST tanggungjawab yang harus dipikul.Aku tak terlepas dari situasi yang indah ni.Oh, jadi cikgu memang indah ok.Sapa cakap tak indah memang dia 'SAKIT'.

2012 tinggal pelbagai kisah DUKA, ku harapkan 2013 akan menjanjikan kisah yang SUKA.

Aku kan sekarang ni tengah cutian,lepak lepak membesarkan badan.Sebelum cuti bos cakap ' izan, kita meeting 4hb' ---> ' ok '

Sebenarnya aku malas nak attend meeting meeting yang plastik sampah ni.Masa meeting kemain semua cakap macam bagus je perancangan tu kan.Memang terbaik katanya.Tapi pelaksaan?...haha.Kadang tu lebih kepada 'LAYANKAN AJE LA'..Itu tak termasuk lagi sesuatu isu yang memang dah ada 'KEPUTUSAN'.

Dah, setopppp !!!

Ni hah, nak masuk tahun 2013, kalau tahun tahun sebelum ni ada je benda baru yang aku beli untuk jadikan semangat.Bunyi macam mengada kan.Tapi kalau nama izan tu memang hakikatnya macam tu.Nak beli kasut?..ala, dah cari tapi tak ada yang berkenan pulak.Lagi pun kasut tu macam elok lagi,tapak je la macam dah haus.--> wah !! nak pegi kolumpo la nak hantar kat tukang kasot tepi jalan TAR tu [ alasan nak pegi jenjalan hari sabtu ].

Nak beli enbag?..wah,kalau nak rasa kena 'LIBAS' kau try la beli ye izan.oooooo baru ingat, hehe aku nak beli jam baru la.JAM JAM JAM..lelama kepala pun JAMMED.


erm, lawa juga kan baju ni.eh eh nanti orang cakap
 ' izan, kau sama geng dengan &^%&$$ la'

No comments:

Post a Comment