Thursday, August 1, 2013

Kini .... Semuanya Telah Berubah .....

 Assalamualaikum ...

Setiap hari mesti ada yang tanya ' cemana tempat baru ? '

Maka jawapannya ::

Alhamdulillah harini dah masuk minggu ke 2 ditempat baru.Yes, semuanya serba baru.Enbag baru [ hik's ], angin baru, masa yang baru,aura yang baru, mental & emosi juga yang baru.Fuhh !! mencabar juga bunyinya.

Tak baik nak bezakan antara yang baru & yang lama.Tapi kalau tak ada yang baru cemana nak bezakan dengan yang lama, kann..hehe

DULU
Pepagi je 'boss' akan buat muka macam kau sorang je ada masalah
[ ok, tiba tiba je rasa nak naik angin bila ingat 'dia' aku rasa macam dah benci dia seumur hidup - ok tak baik cakap camtu.Tapi ko tak rasa cemana 'pedihnya' hati aku ni ] dah setoppp.
KINI
Pepagi boss dah senyum. Fuh, lega rasa...nyaman je nak hirup udara segar.

DULU
Masuk opis je kalau tak ada kelas, eh ada kelas pun.Akan bukak lama sosial dulu.Apa pun tak boleh kan.Bertahun kau macam tu.

KINI
Pagi - pagi masuk opis je mestiiiiiiii kena bukak email dulu.Sebab arahan melibatkan email.Nah !! padan muka aku.Lagipun PC aku je aku tengok tak boleh nak berlaman sosial lepas kol 8.30pg..uwaa !! itu pasal la senak.

DULU
Bangun paling awal kol 6.30 pagi.Pergi kerja paling lewat 7.30 pg.

KINI
Bangun paling awal kul 4 pagi [ padah tak siapkan barang - barang awal ] dan keluar rumah palinggg lewat 6.4 pagi.Sampai opis ngantukkk kau.

DULU
Duduk sebelah en rumet sambil mata pejam dan berangan angan sampai angkasa.
[ tak drive kan ]

KINI
Wah !!! terang mata aku tengok kenderaan kiri kanan depan belakang. [ kena drive kan ]

DULU
Huru hara dengan student, aset, kertas tugasan bagai, j/kuasa tah apa-apa, kerja semasa ke semasa, mesyuarat lagi,kerja pengurusan.

KINI
FOKUS !! 1 kerja sahaja.J/K ada tu ada lah function.Tapi biasanya yang atas atas je la kena, pekerja bawahan?..hik's dok dendiam sajork.

DULU
Asal masuk opis je ada je benda yang aku nak cakapkan pasal orang.Dengan erti kata lain mengutuk tak sudah.haha [ perit tau....]

KINI
Asal masuk opis je, hahhhhh harini aku nak siapkan kerja yang mana dulu ek.haha

DULU
Melayan kerenah boss yang sengal dan anak anak murid

KINI
Melayan kerenah orang ramai yang sangaaattt sengal

DULU
Duit tah kemana hala [ tanpa arah tujuan ]

KINI
Uwaaa !! duit dah tau nak pergi mana [ gaji banyak pun kuarnya banyak juga..ingat !! ]

DULU
Ish !! kafe tu tah apa - apa kan...

KINI
Atas bawah depan belakang kedai makan...adeh !!

DULU
Penolong Pegawai Latihan Vokasional...

KINI
Pegawai Pembangunan Kemahiran a.k.a PPLV la jugaaaakkk [ eleh !! eksyen je lebih ]


Dah dulu ek, kini aku nak sambung balik buat kerja...haha

No comments:

Post a Comment