Friday, July 26, 2013

Kerja Baru - Hari ke 3 & 4



Salam semua,

Aku satukan je la kan hari ke 3 dan ke 4.Senang cerita.

Oh hari ke 2 aku gatal - gatal nak balik senawang.Konon la kan nak berulang 2 hari sekali.Urm, lupakan je la.Ko tau sikit punya penat oi, dengan mata yang maha mengantuk.Ya allah, memang mengantuk sungguh la mata aku ni.

Pagi tu aku ikut kajang, mula tu kompiden la jalan tu, sampai 1 part tu boleh pulak aku blurr kejap.Adoi la kau.Boleh pulak kau blur ditengah jalan.Teringat kata laki aku, jangan teragak agak.Ikut kata hati, masuk je kalau rasa kompiden walaupun salah.uwaaaaa!!

Confirm salah, aku masuk putrajaya dan terus ke persint 1.muahaha nisak pun tanjat tengok aku boleh masuk kat persint 1.Terus ke kompleks D.Kerja banggang pepagi hari.

Orang kata, kalau kita tak sesat kita tak tahu jalan.Ho la, selama ni aku dok sebalah tak ambil port apa pon kan.Nah !! sekarang kau rasakan.

Masa kat highway tu kan, aku dah slow tau kat AES tu.Aku tengok macam had kelajuan 90 kmj.Tapi masa tu aku bawak 70 kmj.Aku dapat rasa yang aku kena tangkap gambor la.Cilaka betul.kalau betul la.Terbang 300rm.eh eh naik court je la.haha saman balik AES tu.

Terus segar mata aku, start tu la yang aku teringat ingat.Tapi, dah la malas aku nak pikir.Bukan sakit hati je.Tunggu je kot dapat surat pegi bayar sudah.Lain kali aku bawak 50 kmj je kat kawasan tu.

Berbalik pada perjalanan aku, hah aku bawak macam biasa ke cyberjaya.Sampai 1 tempat tu boleh plak GPS aku suh ke kiri.Aku yang bijak ni ikut la.Dan, macam biasa la.Kali ni aku pusing lagi 360 darjah kau.Siap lalu sekolah seri puteri la, lalu cyberview la.Argh sudah.Akhirnya aku jumpa jugak opis.

Itu cerita hari ke 3.

Hari ke 4, aku tido umah nisak.Aku buka pun orang bujang style.Malas nak masak beria sangat.Janji kenyang alhamdulillah.

Malam tu aku tidur la sesungguhnya, hah esoknya pagi baru la tak mengantuk.phewwww !!

Jumaat nuzul quran kan?ooo saya tak kerja.hik's

No comments:

Post a Comment