Thursday, June 21, 2012

bucuknya ..

Kaki anda berpeluh?kaki anda berbau belacan bakar?kaki anda berwangian jamban?....kami ada jalan penyelesaiannya .ececece, dah macam iklan pencuci kaki bucuk pulak kan.

Aku ni idok la nak ngata kaki kamu orang mahupun kaki ku jua berbau bucuk.Tapi aku ingin berkongsi pehtua bagi mengatasi masalah ini.Ingat ya, bukan hilang 100%, tapi kita ikhtiar untuk mengatasi masalah ini.

Cuba kamu orang bayangkan la kejap.Seorang gadis yang memandu kereta  extreme honda  putih, membawa enbag gucci prada , jalan dengan penuh gaya, kalau cakap eh eh dia aje la yang betol.Tapi sekali dia bukak kasut, nah !!!!!!! semerbak harum.apakah??..haha itu tak masuk lagi kau masuk dalam opis.terus, zuppppppppp , bau dia naik diawangan.ok sudah la ya.Itu aku tak kata sesapa cuma nak suruh bayangkan je **sila cium kaki korang sekarang.hehe


Sebenarnya masalah kaki ni disebabkan oleh bakteria + peluh = hasilnya..nah !!.Ye la kita berjalan sehari berapa kilometer agaknya.Turun naik bus,turun naik komuter,turun naik tangga.Kat opis pulak jalan 1 bangunan.Kalau kena macam aku ni lagi la kan.Masuk keluar kelas yang panash itu.Tak ke lagi menyumbang kepada pengeluaran peluh dikaki.Ditambah pulak pakai kasut bertutupkan.Kepada sesiapa yang ada masalah ni ,hah apa lagi, marilah kita bersama - sama bergabung tenaga untuk mengatasi masalah ini.

cemano??....

Tak payah nak buat hari - hari la,Seminggu 2 3 kali pun dah ok .Kalau malas sangat seminggu sekali pun boleh jugak kau buat sambil tengok cerekarama.

Masukkan 2 sudu garam + segenggam air asam jawa dalam besen atau apa bekas pun yang muat kaki size 9 tu.Masukkan sekali air bersih.Agak agak lah cukup untuk rendam kaki tu.Rendamkan kaki dalam besen tu selama 30 minit.Hah sambil rendam kaki tu kan, apa kata kalau ko gosok sikit kaki tu.Bagi la semua dakian dakian kotoron semua tanggal.

Ada lagi 1 petua.Yang ni pakai uncang teh je.Konsep sama je dengan buat teh - O.Tapi osahlah pakai air panas.Tak memasal kaki ko dapat MC sebab tak boleh jalan [ alasan bagi yang suka MC ]..haha.


Hah, cer terai petua ni.kot la menjadi.Tapi insyaallah, lepas tu wangi la kaki kamuorang semua.Tak caya?? cuba CIUM KAKI KO SEKARANG...sekaranggg !!!---> wangi bukan?**wink wink.

No comments:

Post a Comment