Monday, July 23, 2012

Puasa Hari - 1

Salam Ramadhan buat semua .. Alhamdulillah dapat juga aku menunaikan ibadah puasa tahun ni.Syukur padamu ya allah.Dan mokcik peid pulak sangat baik hati kerana berhenti sejurus semuanya keluar [ harap semuanya keluar la ya ].Ikutkan macam tak dapat juga aku menunaikan ibadah puasa pertama bersama orang orang lain.

Jumaat malam kan pertama kali tarawikh untuk tahun ni.Aku dan roomate solat terawikh kat masjid bandar baru senawang.hai la weh, sikit punya jauh [ eh eh tak jauh pun ].Saja je nak membuka solat terawikh di masjid.Padahal surau tak sampai 100 langkah jauhnya.Alhamdulillah, orang memang ramai.Erm ... memang tak dapat la nak solat kat ruang dalam masjid.tapi, alhamdulillah masih ada tempat untuk kita sebenarnya.

Hari pertama puasa pun dah berlalu, sampai la masanya untuk berbuka puasa.Kalau nak FB tu memang berderet la orang semua hapdet status.Aku je belum ada mood lagi nak apdet.Hari pertama ni kebetulan hari sabtu.Cuti hujung minggu kan.Hah apa lagi...pagi tu mengerjakan kawasan luar rumah dulu, sambil aku mendobi.Then ajak roomate ke family stor untuk beli apa yang patut la.sayur mayur segala.Stok memang dah clear.Sayur pun tak ada.Pegaga dah kena mesin bangla..haha.

Masak banyak cuma portion sikit.Masih gagah untuk melantak..acchummm !!


1- Udang galah masak lemak cili api dengan peria.
2- Lalah masak cili
3- Ikan sardin goreng garing
4- Budu - bawang besar , cili api dan air perahan limau
5- Peria tumis telur [ belen masuk dalam masak lemak ]
6- Kurma badam 
7- kopi - O sing sing
8- Tempoyak daun kayu [ nak kasi perabih orang kasi ]
9 - Tomato - ulam.

No comments:

Post a Comment