Wednesday, July 18, 2012

Etika berpakaian

Kalau nak cerita pasal etika berpakaian ni kan.Alahai, aku bukan nak kata apa la.Sebab aku pun bukannya bagus sangat.Tapi lebih baik la berbanding yang lain.

Aku juga bukan nak sibukkan hal orang, tapi aku rasa patut la kan aku bercakap mengenainya.Orang kata ingat mengingati.Kalau nak terima alhamdulillah.Kalau tak terima terpulang.Yeps, bak kata orang kubur lain lain ..haish ! riaknya ayat...

Aku rasa kita kena sesuaikan majlis dengan pakaian yang akan kita pakai.Ye la kau, kalau pegi majlis kenduri doa selamat tak kan la nak pakai skirt pendek pulak.Itu namanya buang tebiat.Yang aku masih segar diingatan adalah malam tadi [senin malam selasa ] bila ada orang belajar bersama ku dengan hanya pakai baju kelawar & sarung seluar track kat dalam.Mesti ada orang akan terpikir, mujur dia sarung seluar tu kan kalau tak lagi teruk.Tapi nyahhhh , agak agak la kau.dengan nampak lengan kau yang gebu tu.kau mengaji al quran.Aduhai, tak terkata aku dibuatnya.Aku bukan nak cakap aku bagus.Tapi, tahukah kamu bahawa kita nak ni belajar mengaji bukannya belajar buat gubahan hantaran, mahupun belajar mengemas katil mencari gelang yang merajuk.Mula mula aku tengok sorang ni pakai tshirt lengan pendek je, mujur la dia pakai telekung.So, aku tak ada la terperanjat sangat, cuma.Eh eh..apakah?sekali datang yang sorang lagi.Hambek kau..terus rasa nak langgar dinding.Boleh kan dia pakai baju kelawar.Nak gelak pun ada sebab tanjat banget.Kalau budak budak aku dah suruh balik tukar baju.Ini?anak 4 katako...

Ini buat pengajaran untuk kita la.Kalau kita ada anak anak, pakai la baju yang senonoh sikit.Tak payah dah la pakai baju yang boleh nampak lelemak bertaburan sana sini.Dah tak sesuai kot nak jadi ikutan anak anak nanti.Ini untuk ingatan diri sendiri juga


No comments:

Post a Comment