Tuesday, September 18, 2012

Dah Tak Payah Nak DIET Sangatlah oi !!!

Hohoho...stress kan kalau cite bab berat badan meningkat merangkap gemuk terlampau atau erti kata lain.Oh besarnya dia...stress tak?kihkih..apa nak stress kan.Biasa la badan besar, cute apa.Sapa cakap badan besar ni tak cute.Itu sendiri je kata tak cute benornya kan.

Kalau cakap bab diet ni, bukan je korang nyampah nak dengar aku cakap.Tapi?aku sendiri pun menyampah lipas jugak nak cerita.Amboih ! cakap macam esok jugak nak diet.Tapi, dah nak sampai hujung tahun tak juga dietnya.Betul la ada 1 pakar omputih cakap [ ni pun aku cedok kat majalah tau ] 'perempuan ni akan berazam untuk diet 4 kali dalam setahun'.Aku rasa untuk tahun ni baru 3 kali kot aku berazam.Hah, tunggu la 1 lagi bulan 12.Sebab nak kurus pada tahun depannya.hik's..

Aku kan kalau nak cerita bab diet merangkap semoll kan badan ni.Dah macam macam bahan bacaan aku beli.Asal ada je orang cakap pasal produk?habis aku xplore.Kiranya secara teori memang aku dah semoll la.Tapi?praktikal dia memang hancus berkecai.Senang cakap memang hampeh la kan.Aacane la hai....aku boleh je nak nasihatkan orang merangkap jadi dietician kononnya, siap ada beberapa orang akan rujuk aku la, tak menahan tu siap bagi senarai apa yang dia makan untuk haritu.Hakikatnya?aku ni oi...aku ni sampai bila nak MULAKAN..

Kat sini aku nak share dengan korang, 5 SEBAB PELAN DIET kita gagal.eh eh ni aku baca dari http://kevinzahri.com. Aku ada beli e-book dia jugak.Apapun kan, kita kena ada SEMANGAT YANG TINGGI...ayuh !!!!!!!!!


  1. Crash Diet: Kebanyakan diet mengehadkan penggunaan kalori. Akibatnya, metabolisma anda menjadi perlahan.Sebagai panduan jangan ambil kalori 50% kurang daripada keperluan kalori seharian (DCR) anda untuk kurangkan berat. Contoh: kalau DCR anda 2,400 kcal, jangan makan kurang daripada 1,200 kcal.
  2. Diet Extreme: Makanan yang lazat sepatutnya dinikmati, tetapi diet yang tidak enak, melemahkan mood kita, semakin turunlah berat badan.Bagi saya, biarlah diet untuk ada give and take. Tidak semua pilihan pemakanan tu semestinya sempurna. Contoh: Kalau Isnin-Jummat pilihan yang baik, tidak salah kita ganjarkan diri pada hujung minggi.
  3. Crash Course Diet: Kebanyakan diet tidak menggalakkan kita mengubah gaya hidup. Sebaik sahaja pelan diet anda tamat, anda kembali semula ke tabiat lama. Berat badan akan naik semula.Fakta: Diet saya sama dari Januari 1 sampai Disember 31. Ia bukanlah crash course 12 minggu tapi amalan sepanjang hayat. Kalau anda lihat pengalaman mereka yang berjaya kurangkan berat badan, diet mereka berubah permanently.
  4. Badan makan diri: Dengan diet yang berkalori rendah, bukan lemak yang dibuang, tetapi otot berdaging yang hilang, membuatkan kita lemah dan lesu.
  5. Gagal kawal nafsu makan: Saya rasa cabaran yang paling besar dalam berdiet adalah kawalan nafsu makan. Pastikan anda makan kerap, makanan yang berkualiti dan jangan tak makan.
Dapatkan eBook percuma saya – 45 Tip Kawal Nafsu Makan.
  1. Kurang aktif: Walaupun senaman tidak wajib dalam usaha anda turunkan berat badan tapi ia memberikan semangat dan sempurnakan diet anda. Tambah pula, biarlah kita kuat dan cergas pada masa yang sama. Pengurusan berat badan bukan hanya mengenai penyerapan kalori (melalui makanan), tetapi juga yang keluar (melalui senaman).
Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.
Untuk pengingatan, pastikan pelan pemakanan anda dibina berdasarkan ilmu pengetahuan yang bernas. Apa-apa pun, pastikan anda dapat melakukanya untuk jangka masa berterusan so that your weight tidak turun naik secara mendadak.

No comments:

Post a Comment