Sunday, September 9, 2012

Membazir Amalan Syaiton Patut DiRejam ..

Semua orang pun memang tau kan bahawa membazir itu satu amalan yang sangat tak baik.Tapi, aku bukan membazir pun,cuma stok belambak je.Eh bunyi tu macam belambak sangat, padahal?sikit je lambakannya pun.

Aku kan bila duduk kat dapur, mula la set kat kepala otak 'lepas ni stok dah betul betul habis baru pegi beli la'.Tapi, bila dah ke market, semuanya akan hanyut.Eh biar lah stok lebih tak apa,nanti dibuatnya stok habis time tu duit pun dah nipis acane' urm,pulak dah.

Tapi, korang jangan buat spekulasi aku masak stok lama bila korang datang bertandang dan bergossip dirumahku.Oh tidak ya, semua stok saya lambattttt lagi nak tarikh lupus.Saya amat mengambil berat akan perkara itu.Kalau pun sos tak bukak lagi tapi dia dah melangkaui tarikh lupus, memang ke tong sampahkan je la tanpa prejudis.Hah begitu.

Itu lah aku, kalau dah bersopim sopim memang tak agak agak, semua nak ku hangkut sekali.Eh korang perasan tak barang sekarang mahal la.Aku beli benda benda bodoh pun dah 100rm.Itu belum masuk benda benda pandai.Memang beratusan jugak la habisnya.



No comments:

Post a Comment