Monday, September 24, 2012

Cerita Wanita Bekerjaya ..

Ecececee, seronot sangat kan bila kita bekerja.Kalau kita tak kerja umpama kita makan nasi tak ada lauk la kan.Ye dop?..eh jap jap..kamuorang seronok tak kerja?seronok kan..malah beronok ronok.Bagi aku?urm..ku redha je la dengan ketentuannya.Ku bersyukur bila ku diberikan pekerjaan.Kalau tak?harus juga aku duduk rumah pakai kain batik tunggu laki balik kerja.Tak pun aku berbaju kelawar disamping sanggul lintang menunggu suamiku pulang dari mencari sesuap nasi..argh ! indah sungguh

Ok dah dah berbalik pada kerja ku.Aku nak start drai mana pun tak tau la.sebab aku pun kadang muskill jugak dengan kerjaya ku sekarang ni.Ikutkan pada surat tawaran kerja dari jpa dulu sebagai pen pengawai latihan.Tapi bila dah lapor diri dan mendirikan diri di tempat kerja.Wah ! bukan je sebagai penolong pegawai latihan.Malahan penolong kepada yang lain lain juga.Ada kalanya penolong pegawai setor,penolong pegawai driver,itu tak masuk lagi penolong pegawai cleaner.Nah !! betul betul multiskill.terbaik !!! orang kata belajar dari pengalaman.Yups, kita kena buat kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.Betul tu, aku pun tau tak payah nak ingatkan 100 kali sehari.Tapi?logik akal la jugak kan.Kadang seronok juga tau dengan kerjaya aku..kadang menyakitkan hati.Nak nak kalau dapat yang atas kita tu sangat sangat sangatttt la macam nyamuk punya kejadian.Haish !! rasa macam nak ridset sekarang jugak.Tanpa prejudis.hikhikhik

Aku lama dah rehat kononya.Sebab kami masuk kelas ikut modul.So, kita akan ajor selama 2 minggu pagi petang sampai besoknya selama 2 minggu.Lepas tu kita rehat la.Masa tu memang muntah la kita hadapppp mereka² itu.Turn orang lain pulak masuk.Sampailah nanti turn kita untuk masuk kelas balik.Tapi,dalam pada free kononya bukan free ok.Tu hah,kertas essemen tu belambak lambak tak menanda lagi.Itu tak termasuk j/kuasa yang kita kena lantik.Tak termasuk lagi kerja - kerja bermusim.Macam aset ke,kik ke,5s ke....hah camtu la.So, bebenda tu kena la buat.Kalau dapat pengerusi yang berwibawa tak apa la juga kan.Dibuatnya dapat pengorsi yang berdiri tegak dikerusi sendiri?mau tak pitam 3 saat.

Itu tak termasuk lagi dilantik untuk j/kuasa pujuk memujuk.Adoiyai, kalau budak 6 tahun ok lagi, tak nak pergi kesekolah.Memang cute la kan kita nak pujuk segala.Ini kalau kawin pun hukumnya wajib, lagi nak kena pujuk.Ish ish ish..tenang izan tenang.Parents call minta pujuk anak dia suh datang belajor.Uwa !! nak gelak pun ada nak sekeh² pun ada.Tak tau nak buat apa tau.Kalau dah mak pak sendiri tak boleh nak handle anak,kita yang tak ada kaitan ni apa kes pulak ye dak?haritu abahnya yang call.Dah selesai,budak tu pun kadang kelas,ku dengan segeranya pun apa lagi ' eh eh kenapa kamu tak nak datang?..kamu marah dengan saya ya.Kamu tak suka saya ya ' jejaka itu pun menjawab  ' eh eh tak ada la puan, mana ada saya marah sapa sapa.Saya tak nak belajar la puan.Saya nak kerja, dah dapat pun kerja tu.Tapi, mak abah saya tak bagi pulak '.Sempat juga la aku bagi 2 3 patah perkataan kat dia.Tahan la beberapa puluh hari.Lepas tu tak datang datang oi.Dari raya haritu terus dibawaknya ke raya tahun depan gamaknya kan.Kali ni apaknya dah pasrah kot.Mak dia pulak datang suh pujuk..alololo syomell sungguh.Udah udah la kan.Kalau dah anak tak mo belajar , nak dibuat apa lagi ek.Itu la budak budak zaman sekarang.Tah apa yang dipikirkan.

eh eh macam tak ada kaitan je dengan tajuk.....harus la kelaut kalau ku ni.

No comments:

Post a Comment