Wednesday, September 12, 2012

Kemanisan Yang Semakin Tawar

Orang kata jangan minum manis manis nanti kena kencing manis.Tapi kena lebihkan manis dalam senyuman walaupun senyuman itu adalah plastik.Itu dalam senyuman.Tapi kalau dalam hati ni tiada kemanisan lagi acane?....

Semakin lama semakin menyampah nak masuk 'opis'.Mungkin dah bertukun agakny a berada disitu.Erk !! pindah institut?..ayark !! tak mo cakap cakap, mak ngeri ok.Kalau pindah department mak boleh terima lagi.Tapi? tapi tapi & tapi mak tak hendak ok nak berpindah ke 'depan pintu' sana.Uwaaaa !!! tak sanggup nak beropismate mereka itu..taubatttttt !!!.ei la hai selisih malaikat 44.Silap silap aku je la bertukun kat situ.

Fuh !!! tak tau nak meluahkan macamana lagi.Yups, aku tak kata mereka je tak manis, malah aku jua tak nafikan bahawa aku jua sebenarnya dah kurang manis.ngeee !!.

Betul la apa yang selalu diingatkan .KOMUNIKASI itu sangat penting.Tapi dalam hal ni.komunikasi hanya terjadi 1 hala.Manakala 1 hala lagi?ko ngumpat la tanpa kesudahan.huh !!...bila dah tahap tak manis macamni mula la.Semua pun tak nak mengaku salah kan.Termasuk la aku.....bole ke nak ngaku salah sesado.

Bukan juga nak buka aib sesapa.Tapi sapa yang pernah 'bersama' mungkin akan tahu situasi yang dihadapi.Bila tak tak manis mula la ingat semua yang pernah berkata kata ' kau jejaga la izan, semua dah kena, tiba masanya kau pulak.Kau tabah la hadapinya ok.Kami semua dah tak sanggup nak menanggung'--> oh yes, tenkiu sahabat.Kini betul betul MASA AKU.

Kau di beri surat cinta tanpa sedikit pun perasaan ingin tahu kisah sebenar.Kau di monkey mind macam macam tanpa sedikit pun kau ditanya dengan perasaan kasih sayang.Kau dibuat umpama sampah yang tidak bertuan sedangkan kau tidak dihumban dalam plastik hitam.Kau dipandang sepi walaupun hakikatnya kau tidak kesepian.Kau dipandang umpama gaji doposen walaupun hakikatnya dalam wallet memang tinggal doposen pun..

Bukan niat ingin mengadu domba kesana sini.Tapi hati kecil ni senantiasa dihantui bayangan umpama kau rasa macam nak bunuh nyamuk buat rendang dan bagi orang makan bersama kuah kacang & nasi impit.---> Hah ! tengok?dalam pada kepahitan boleh lagi pikir bab makan.

Kalau nak ikutkan hati ni, mau 3 tahun aku tulis tak habis.Tapi?cukuplah sampai disini saja.Biarlah semuanya menjadi tukun dalam hatiku ni....Biarkan kemanisan dah semakin hilang umpama aku yang tengah kunyah ching gum ni...


No comments:

Post a Comment